Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 7 March 2018

Selamat Tinggal CikLulu

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Awal Mac bukan pembukaan yang baik buat AJ. Masa AJ tengah sebok sebab wedding abang Mr.JR, AJ terima 1 lagi berita sedih. CikLulu, kucing kesayangan AJ dah tinggalkan AJ buat selamanya. Kalau siapa biasa follow AJ kat social media, mesti perasan AJ banyak post gambar CikLulu berbanding kucing-kucing AJ yang lain.


Malam Jumaat lepas tu AJ dah perasan CikLulu dah terlalu lemah, tapi dia gigih jugak berjalan nak masuk bilik dan tidur dengan AJ. AJ dah cakap dengan dia, kalau tak larat takpelah, Lulu pegilah. Malam tu memang dia tidur rapat je atas kepala AJ. Tak berganjak kat tempat lain.

Pagi tu AJ kene bangun awal sebab kene ke Putrajaya. So AJ kene tinggalkan CikLulu. Sebelum keluar rumah AJ sempat peluk dan cium CikLulu. Dia pun pandang je bila AJ nak keluar tu. AJ tak sangka tu kali terakhir AJ Nampak CikLulu yang bernyawa.

Gambar terakhir AJ dan CikLulu 18/02/2018

Malam tu masa AJ balik nak packing baju AJ tengok Abah dah bungkus CikLulu dalam plastik. Terus berderai airmata AJ. AJ angkat dan pangku CikLulu, cium dia buat kali terakhir. Abah cakap lepas AJ keluar tu, dia ngiau-ngiau. Pastu Abah cakap dia dah terbaring mati depan pintu bilik tu. Sedihnya hati AJ. Tak tau macam mana nak gambarkan perasaan tu. Even masa AJ kat wedding tu pun, AJ nangis jugak bila baca komen pasal CikLulu.

Selamat tinggal CikLulu. Terima kasih atas memori selama lebih kurang 7 ke 8 tahun ni. Mummy sayang CikLulu, mummy takkan lupakan CikLulu sampai bila-bila. Tadi pulak kakak AJ ada tag memori FB 3 tahun lepas, terus berjurai lagi airmata AJ.



Sekarang ni AJ memang rindu sangat dengan CikLulu. Setiap malam sebelum tidur AJ cium bantal AJ sebab ada bau CikLulu. Dia kan suka tidur atas bantal kepala AJ tu. Walaupun tak sama macam cium CikLulu, lepas rindu AJ. Agaknya sekarang ni mesti CikLulu tengah men"diva" kat sana. Dia kan  sentiasa Diva, tengoklah kalau AJ amik gambar dia camne.

Harap-harap nanti AJ jumpa Ciklulu lagi.

P/s : Sambil taip, airmata pun merembes keluar.



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

6 comments: