Blogger templates

Click to Follow...

Saturday, 10 March 2018

KL Special Force, Dah Macam Filem Hollywood


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru ni AJ sempat ke malam preview filem KL Special Force kat E-Curve Damansara. Filem terbitan Skop Productions Sdn Bhd, Damofa Productions dan Viper Studios ini telah menjalani penggambaran pada tahun 2016 dan menelan belanja RM 4 juta. Sebelum AJ tonton filem ni, AJ anggarkan filem ni macam filem kepolisian biasa yang kita selalu tengok di kaca TV. Tapi jangkaan AJ meleset! Filem KL Special Force, dah macam filem Hollywood!



Filem KL Specil Force dibintangi oleh nama yang tidak asing lagi iaitu Dato Rosyam Nor, Syamsul Yusuf, Sabrina Ali, Tania Hudson, Ramona Zamzam, Fattah Amin dan ramai lagi. Paling AJ tak sangka ialah lakonan Fattah Amin. Macam yang semua sedia maklum, Fattah Amin telah dilabelkan sebagai .... Tapi dalam KL Special Force, Fattah Amin dah berikan AJ 1 persepsi lain dari lakonan dia yang biasa kita tengok! Wow sangat! 1 anjakan yang terbaik dari Fattah Amin untuk penonton. Guys seriously, I'm not a big fan of Fattah Amin, tapi yang ni AJ puji sangat lakonan dia tau!





Dalam filem ni, boleh dikatakan hampir semua aksi lasak dilakonkan oleh para pelakon tu sendiri. Bayangkanlah, Dato Rosyam Nor yang dah berusia 50 tahun tu terjun dari tingkat 7-8 bangunan. Difahamkan scene tu diambil berulang-ulang kali! Hahahahaha. Lepas tu watak Syamsul Yusuf juga lain dari lakonan biasa dia. Kalau AJ nak cerita panjang tak guna, apa kata korang tengok sendiri.

Dari segi jalan cerita pulak, Syafiq Yusuf berjaya buat penonton tak boleh nak meneka jalan cerita. Twist plot yang digarapkan dalam cerita ni buat korang susah nak tebak siapa sebenarnya dalang disebalik semua rompakan dan jenayah yang berlaku. AJ sendiri tak boleh nak meneka okay! Pelbagai emosi diselitkan dalam filem yang berdurasi 104 minit ni. Bagi AJ, kalau kita biasa tengok filem kepolisian, filem KL Special Force ni memang totally lain dari tu. Tak rugi ditonton. Personal rating AJ 9.5/10!



Tahniah buat Syafiq Yusuf, para pelakon dan krew filem KL Special Force. Dah lama AJ tak tengok filem Melayu yang boleh AJ samakan dengan filem Hollywood. Mungkin bukan 100% perfect macam filem Hollywood, tapi filem ni AJ boleh katakan antara filem wajib tonton 2018!

P/s : AJ ada terbaca yang tak okay pasal individu yang terbabit dalam filem ni, tapi tolak tepi la ek. Support filem ni sebagai tanda kita support industri perfileman. Filem bagus!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

5 comments:

  1. Replies
    1. Kannn.. Tak rugi sangat tengk filem aksi gini...

      Delete
  2. puashati sangat tengok filem ni. 1ST time berani tengok filem melayu.. hahaha,,tak mengecewakan langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai kate best... Orang pun nak tengok lagi ngan kawan-kawan lain...

      Delete
  3. Nak tgk gak rtu tapi takde masa huhuhu.. bila la nak tengok ni..

    ReplyDelete