Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 19 February 2018

Sakan Semua Cuti Ye??? I Is JELES!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Arini pegi keje jalan lenggang, kat ofis pun lengang. AJ rasa kat ofis ni adalah beberapa kerat je yang tak cuti. Termasuklah seorang AJ. Yelah, cuti pun bukan nak pegi mana. Sepanjang cuti 3 hari ni pun jalan-jalan dalam KL je. Lagipun, AJ dah dapat titah tak boleh ada trip kemana-mana dari beberapa minggu lepas... Sadis tau! Korang yang lain sakan semua cuti ye? I is jeles okay! Hehehehe.



Sebab apa AJ tak boleh keluar KL?

AJ kan bela kucing, so kitorang yang kat umah tu tak boleh tinggal kucing camtu je. Nanti siapa nak bagi makan, bersihkan tempat kucing AJ tu kan? Nak pulak AJ ada baby kucing baru, so ibu kucing dengan baby tu kena bagi pemerhatian lebih. So disebabkan selama ni AJ yang selalu merayap, makanya kali ni AJ bagi diorang pulak berjalan.

Mak ngan Abah AJ awal-awal dah bagi hint nak balik kampung sebenarnya, kakak AJ pulak ke Terengganu untuk kenduri kawen kawan dia. AJ pun kebetulan minggu raya Cina tu takde pape aktiviti, AJ bagi la diorang sume jalan. Kalau tak balik-balik muka AJ je merayap! Hahahahahah.

So aktiviti AJ sepanjang 3 hari cuti selain jaga kucing, bagi makan kucing dan kemas rumah semua cumalah jalan-jalan sekitar Lembah Klang. Nak jalan shopping mall banyak kedai tutup. So AJ banyak habiskan cuti AJ dengan main bowling, karaoke, makan-makan dan jalan tepi pantai praktikkan ilmu bengkel fotofon aritu. Tapi tipu je lebih, sebab kebanyakkan gambar pakai kamera. Hahahahahaha.



So korang pegi mana je? Kalau ada yang pegi tempat best mana-mana sepanjang cuti tu bolehlah share dengan AJ tau. Nanti ada rezeki AJ nak pegi. Tapi bukan dalam masa terdekat la, sebab tahun ni AJ nak simpan cuti. Azam tahun ni tanak amik unpaid leave. AJ ni kan tetiap tahun da je unpaid walaupun annual leave ada 16 hari. Hahahahahahah.

Simpan cuti nak gi mana tu AJ??? Ehem! Surpriseeeeee...!!!! Hehehehehehehe.

P/s : Lama tak tulis entri santai-santai gini kan? Baru perasan takde gambar selfie sendiri dalam enteri ni. Malaslah, nak tengok AJ pegi kat IG. Ada #panamachallenge sekali kat situ. Kahkahkah!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

3 comments:

  1. Dah habis dah cutii. Kena kerjaa dah tsktskk. Cuti lama pon xsempat pegi mana manaa.

    ReplyDelete
  2. saya pun jeles sebab tak cuti hari tu
    hehe

    ReplyDelete