Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 4 January 2018

Wishlist 2018

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Wishlist 2018 mesti ada punya. Tahun ni AJ ada beberapa wishlist yang AJ carry forward dari tahun lepas. Heheehee. Insyaallah tahun ni kalau takde aral, AJ nak target untuk dapatkan barang idaman AJ.



Mirrorless Camera

Yang ni memang AJ berkenan sangat dari tahun lepas. AJ target nak Sony a5100. Yup, bukan latest model la, tapi AJ berkenan sebab dia punya screen boleh flip 180°. Sekarang ni kan AJ macam baru-baru aktif bervlog, bila pakai mirrorless camera jadi lagi mudahlah.

Ringlight

AJ pun tak tau kenapa nak sangat ade ringlight. Nak kate 1 keperluan sangat macam tak sangat. Tapi suka! Agaknya simptom minah suka selfie kot.

Vanity Mirror

Aritu plannye nak buat sendiri je, tapi masa takde nak buat. Eh! Bukan AJ la yang buat, Mt.JR. Kalau AJ buat tak tau jadi apa pulak nanti kan.

Melancong ke Negara lain selain daripada Thailand tapiiiii.....

Yang ni special sikit la. AJ nak melancong ke negara lain selain daripada Thailand tapi atas tiket blogger! Yup, ini kalau dapat ditunaikan memang AJ lompat bintang 100 kali kot. Hahahahaa. Sebelum ni AJ dapat ke Thailand 2 kali atas tiket blogger. Kalau ada rezeki, tahun ni AJ nak target ke negara lain. Caranya? Kenelah usaha kan, takkanlah nak meraih pulak.

So far ni je la yang AJ rasa teringin sangat tahun 2018 ni. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tak, panjang umur AJ carry forward lagi ke tahun seterusnya! Hehehehe.

P/s : Tak salah simpan impian kan?


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment