Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 2 January 2018

ANT Cafe & Bar Port Makan Baru di Jalan Klang Lama

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sebelum 2017 melabuhkan tirai aritu, AJ sempatlah menjengah ANT Cafe & Bar. Port makan baru di Jalan Klang Lama ni sesuai bagi mereka yang menggemari hidangan Asia dan Barat.


Jejak je kaki kat café ni memang nampak simple je. AJ suka susun atur dia yang tak nampak berat. Nak lepak santai dengan kengkawan memang sesuai sangat. Kalau kata nak buat private function ataupun sambutan hari lahir pun boleh sebab ANT Cafe & Bar ada 2 tingkat. Cuma aritu AJ tak berkesempatan nak naik tingkat atas.

Sebelah tu pun ANT Cafe & Bar punya jugak, tapi masih belum dibuka untuk operasi.

Okay kalau dari segi hidangan pulak, AJ boleh katakan rasa dia superb. Kat sini banyak menu yang boleh dicuba dari masakan tempatan sampailah ke menu barat. Chef yang menyediakan makanan pun bukan calang-calang. Meraka adalah antara chef yang terlatih.  Masa kat situ, AJ diberi peluang mencuba beberapa jenis hidangan antaranya nasi lemak, bihun kari, spaghetti Aglio e Olio, Pizza dan beberapa jenis dessert yang super duper sedap.


Spaghetti Aglio e Olio (RM 26.90 )

Bihun Kari Laksa. Favorite gile yang ni! Sedap (RM 13.90)

Mee Udang (RM 14.90)

Nasi Lemak Sotong (RM 13.90)
Pan-Seared Salmon (RM 29.90)

Hawaiian Chicken or Truffle Mushroom (Vegetarian) (RM 16.90)
Jom intai dessert dia sekali. AJ paling suka egg-let. Kalau nak tau dedua tu AJ yang bedal sampai habis! Hahahahaha.



Egg-let Mango

Egg-let Gula Melaka. Best!
Kat sini air yang dihidangkan sangat special. Dia punya "presentation" memang A+. Lepas tu warna dia pun cantik! Seriuslah, air kat sini memang cantik-cantik. Sayang nak minum. Hahahaha.

Citrus Galaxy

Pink Grapefruit Tea Float

Yuzu CheeseCake

Frosty Caramel Blended

Sebenarnya banyak lagi yang menu menarik kat sini tau. AJ pun dah too full untuk cuba semua. Lain kalilah AJ datang lagi. Hihihi.

Bagi pelanggan beragama Islam, korang tak perlu risau sebab disini kebanyakkan pekerjanya berbangsa Melayu dan Islam, serta bahan basah semuanya dijamin halal. AJ sendiri dah tengok cara mereka mengendalikan bahan makanan kita. Alhamdulillah takde yang meragukan AJ sebagai pelanggan.

Dari segi harga pulak bagi AJ masih relevan dengan potion makanan yang dihidangkan. So far AJ berpuas hati la dengan nilai dia. Haaa. Tak teringin ke nak nikmati sendiri hidangan kat sini? So kalau korang nak cuba sendiri boleh ke :

ANT Cafe & Bar
G-01, Petalz Residences, Residency Rimbunan,
No. 2, Jalan 1/132A, Off Jalan Klang Lama,
Kampung Pasir, 58000 Kuala Lumpur.





Senang je nak cari ANT Cafe & Bar sebab ianya terletak betul-betul kat tepi jalan. Kalau korang lalu Jalan Klang Lama tu, mata mesti cepat tangkap signboard café ni.

P/s : Orang dah start tegur, AJ gained weight. Hahahhaa. Tapi tak kisah pun, janji perut kenyang.






"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

1 comment:

  1. makannnnn je la keje nyaaaa,grrrrr terliur tau tak huhuuuu

    ReplyDelete