Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 30 January 2018

Rock'N Bowls Innovasi Menu Terbaru di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Alhamdulilah minggu lepas AJ dapat luangkan masa di Hard Rock Cafe (HRC), Kuala Lumpur untuk mencuba hidangan dan innovasi terbaru yang disajikan buat para pengunjung Hard Rock Cafe, KL. Semua orang tau HRC memang selalu menghidangkan hidangan yang terbaik. Kali ni HRC tampil dengan konsep Rock'N Bowls dimana hidangan yang biasa dinaikkan ke level " rock star ".



Bermula 10 Januari lepas sehingga 13 Mac 2018 nanti korang boleh nikmati 3 jenis hidangan iaitu Southwest Meatball Bowl, BBQ Shrimp Noodle Bowl dan Chili Lime Chicken  Bowl di HRC. Sambil makan boleh juga layan live band kat sana.



Okay jom tengok apa yang menariknya 3 hidangan ni.

Southwest Meatball Bowl



* brown rice bowl cooked with a blend of Cajun and Southwst seasonings, topped with hot meatballs, honey sriracha glaze, chili lime crema, grated cotija cheese and crispy, seasoned tortilla straws. *

BBQ Shrimp Noodle Bowl



* rice noodle bowl served with grilled shrimp in an Asian BBQ sauce mixed with shredded napa cabbage, sesame soy glaze, sliced green onions, white sesame seeds, freshly squeezed lime juice and fried won tons. *

Chili Lime Chicken Bowl



* brown rice bowl topped with grilled chili pepper lime chicken, Cajun seasoning, diced avocado, black beans, roasted corn, grated cotija cheese, chili lime crema, chopped cilantro and nacho seasoned tortilla straws. *

Bagi AJ, hidangan kali ni lain daripada yang lain. Rasa dia pun unik. Paling AJ suka adalah rasa meatball yang kaya dengan daging berjus. Lepas tu AJ suka nasi dari beras perang yang dicampur dengan avacado tu. Terasa lemak dari avacado tu kat hujung lidah ni. Yelah, selalu avacado orang buat jus. Yang ni bila dicampur dalam nasi kena pulak padanannya tu.


HRC selalu tampilkan sesuatu yang berlainan bagi memastikan makanan yang dihidangkan akan menjadi hidangan yang takkan dilupakan. Bukan AJ yang kata tau, AJ petik kata-kata Darryl Mickler, Senior Director of Global Research and Development.

Selain dari hidangan Rock'N Bowls. kami juga dihidangkan dengan 2 starters dan juga 2 pencuci mulut sebagai menu tambahan. Bertambah-tambah jadinya makan. AJ suka sangat dengan dessert yang 1 tu, lupa pulak namanya, yang ada whipped cream tu. Dalam tu ada brownies tau, nyum! Berselera AJ makan tau!





Okay, kalau korang nak cuba sendiri apa kata korang layari : www.hardrock.com ataupun kunjungi Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Sultan Ismail. Jangan lupa tau cuba menu Rock'N Bowls, sampai 13 Mac 2018 ni je tau. " Cepat, cepat... Jangan lambat, lambat! "


Info Hard Rock International.

" Terdapat di 73 buah negara termasuk 178 cafe, 24 hotel dan 11 casino merupakan salah 1 jenama yang dikenali di seluruh dunia. Bermula dengan gitar Eric Clapton, Hard Rock telah memiliki banyak koleksi terunggul daripada banyak nama ternama. "

P/s : Terbayang pulak meatball nya tu!

Tuesday, 23 January 2018

Menangis kerana Makrifat Cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Jumaat lepas, AJ dijemput menghadiri Majlis Makan Malam dan Tayangan Perdana filem Makrifat Cinta. Filem yang dibintangi oleh beberapa buah nama besar seperti Syamsul Yusuf, Nabila Huda, Dato' Adi Putra, Nora Danish dan Puteri Balqis merupakan karya pertama arahan Kamal G terbitan Dhananwood Films Sdn Bhd. Serius filem ni best sebab AJ menangis kerana Makrifat Cinta ni tau!



Sinopsis Makrifat Cinta

" Makrifat Cinta diilhamkan dari kisah benar tentang kesusahan dan keperitan hidup yang ditempuhi seorang lelaki bernama Mahadir (Syamsul Yusuf) yang berasal dari sebuah kampung sebelum menjadi jutawan segera dengan membina  sebuah aplikasi yang dijual denga harga jutaan ringgit. Mahadir telah berkahwin dengan Zarah (Nabila Huda) dan mempunyai seorang anak bernama Aisha (Puteri Balqis). Sepanjang berumahtangga, Zarah sering merungut dan memarahi Mahadir kerana kehidupannya yang susah sehinggakan sanggup meminjam wang untuk kemewahan hidup. Kerana sikapnya itu, Mahadir telah meminjam sejumlah wang dari along tetapi wang itu telah diberikan sebahagiannya kepada Abang Zarah iaitu Rizal (Dato' Adi Putra), seorang penagih dadah. Ketika kehidupan Mahadir dilanda badai dan ditinggalkan isterinya, dia telah bertemu kembali dengan rakan sekolahnya Sofea (Nora Danish) yang banyak membantu menyokong Mahadir. Perkara ini menimbulkan rasa kurang senang kepada Zarah dan menganggap Sofea telah merosakkan rumahtangganya. Ini menyebabkan dia berdendam dan meminta Rizal untuk mengugut Mahadir dan Sofea. Pelbagai konflik telah berlaku dalam kehidupan Mahadir untuk berjaya. Apakah yang terjadi seterusnya dalam kehidupan Mahadir??? Saksikan Makrifat Cinta dipawagam bermula 1 Februari 2018 "

Majlis Makan Malam dan Tayangan Perdana filem Makrifat Cinta diacarakan oleh Daphne Iking dan dihadiri oleh bebrapa tetamu VVIP antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak. Masa majlis ni juga 2 buah lagu tema filem ini diperdengarkan kepada para tetamu iaitu Makrifat Cinta nyanyian Shiha Zikir dan Duniawi nyanyian Dato' Adi Putra dan Blaaze, rapper terkenal di India. Majlis diadakan di IRDKL Shopping Mall.


Masa mula-mula AJ jejak pawagam, AJ tertanya-tanya mampukah filem ni tawan hati AJ? Yelah, filem ni merupakan filem pertama arahan pengarah Kamal G. Tambahan pula ini filem berbahasa Melayu pertama pulak tu, AJ takut cerita yang cuba disampaikan tak sampai kepada penonton. Tapi sangkaan AJ meleset sama sekali. Filem ni lain dari kisah cinta biasa. AJ berani katakan cerita ini tidak klise seperti filem dan drama yang biasa kita lihat.


Kisah yang berlatarbelakangkan kehidupan lelaki yang tidak kaya dan mempunyai keluarga tak bahagia yang ditonjolkan memang realiti yang jarang kita lihat dalam filem sekarang. Tapi Kamal G berani mengambil risiko mempertaruhkan cerita ini dalam filem Makrifat Cinta. Kepelbagaian emosi yang diterapkan menguatkan lagi plot filem ini.

Seawal tayangan, AJ nampak jalan cerita yang cuba disampaikan jelas. Tambahan pula dengan pemilihan pelakon yang tepat dan handal bermain emosi buat cerita sampai. Bayangkan, masa tengok tu memang AJ rasa geram sangat dengan watak Zarah lakonan Nabila Huda. Kalau dia ada depan mata rasa macam nak bagi penampar! Petengahan cerita pulak memang menusuk kalbu.  AJ yang orang kata kental ni boleh menangis-nangis dalam panggung. Memang sedih! Tapi bukan AJ je nangis, ramai dalam panggung tu nangis tau.


Keseluruhannya, cerita ni memang bagus. Korang kene tengok sendiri kat panggung 1 Februari 2018 ni. Bawak tisu tau, ada babak yang akan merentap hati korang dalam Makrifat Cinta. Tahniah AJ ucapkan kepada penerbit, pengarah, pelakon dan krew produksi yang berjaya menghasilkan sebuah filem yang baik. Semoga filem ini mendapat sambutan hangat dan box office! Rugi tak tengok.






P/s : Lama tak nangis tengok cerita Melayu.

Monday, 22 January 2018

Kelas Mekap MUA Sue Melati dan Sue Melati FD

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Minggu lepas AJ join kelas mekap bersama MUA Sue Melati. Kalau nak tau ni kali pertama AJ masuk kelas mekap. Sebelum ni belajar kat youtube je.


Sue Melati bukan nama asing lagi dalam dunia mekap-mekap ni, misinya untuk membantu para wanita tambil lebih cantik, elegan dan bertaraf dunia. Telah banyak melibatkan diri dalam beberapa program TV antaranya :
  • Nona
  • Wanita Hari Ini Mentor TV3
  • Drop The Beats
  • Clever Girl
  • Anugerah Juara Lagu
  • Muzik Muzik
  • Hero Oven
Berpeluang join kelas mekap bersama MUA Sue Melati atau lebih mesra membahasakan diri sebagai Kak Sue memang 1 peluang yang AJ tak nak lepaskan, terima kasih kepada Kaio dari Kaio Studio atas jemputan untuk sama-sama berada di kelas kelolaan MUA ni. Seawal pagi AJ dah keluar rumah menuju ke Sungai Buluh, nampak tak betapa excitednya seorang AJ?


Perkara pertama yang diajar semasa dalam kelas adalah berus serta produk serta fungsi produk-produk yang akan digunakan dalam asas mekap. Selalunya ramai yang main bedal je kan pakai berus apa semua kan? AJ pun macam tu jugak kadang tu, main belasah je. Dah masuk kelas ni barulah lebih jelas mengenai fungsi sesuatu berus dan produk.


Kemudian Kak Sue buat demontrasi mekap untuk para pelajar ketahui cara sebenar apply mekap. Masa ni beliau menggunakan seorang model sebagai kanvas. Lepas tu barulah kami semua diminta mekap diri sendiri mengikut teknik yang ditunjukkan Kak Sue pada model tadi. Penjelasan Kak Sue sangat jelas tau. Kalau korang tak berapa faham pun boleh je tanya, Kak Sue akan menjawab segala kemusykilan korang tu.



Sue Melati Foundation (FD) dan Minyak Penaik Seri Wajah - SM Cosmetics

Semasa kelas tu kami semua diberikan produk Sue Melati FD. Kalau nak tau AJ dah mula jatuh cinta dengan produk ni sebabnya banyak kelebihan yang boleh AJ dapat bila menggunakan Sue Melati FD ni. Ianya sangat full coverage dan mampu tutup cela pada wajah AJ. Sue Melati FD ni pun pekat, tak payah nak guna banyak pun dah cukup untuk cover kulit kita.


Antara kelebihan menggunakan Sue Melati FD adalah :
  •  Full Coverage
  •  Sangat Wangi 
  • Anti -Aging
  • Mengandungi ekstrak Bunga Sakura & Tea Tree
  • Mencerahkan Kulit
  • Memudarkan Jeragat
  • SPF 50
  • Sangat Ringan Dan Tidak Bercapuk
  • Vitamin C & E
  • Mengecutkan Jerawat
  • Produk Formula Sendiri CFM Bukan Produk Rebranding  atau Repackaging
  • Mekap Tahan selama 14 jam dengan satu sapuan


Selain foundation, Kak Sue juga menggunakan Minyak Penaik Seri Wajah untuk digunakan bersama FD tu. Yang ni kalau korang pakai minyak argan pun boleh jugak.


Antara kebaikan minyak ni adalah :
  • Mengubati dan memperbaiki kulit yang rosak serta melembutkan dan menghaluskan kulit
  • Anti-bakteria
  • Antibiotik 
  • Antioksidan
  • Anti-alergi
  • Anti inflamasi
Kedua-dua produk ni sangat bagus untuk kulit dan sesuai digunakan untuk apa sahaja jenis kulit. Macam Sue Melati FD tu kan, dia cuma ada 1 warna je. Bagi yang berkulit medium ataupun gelap, korang boleh campurkan sedikit dengan foundation yang berwarna gelap.

Sekarang ni jom tengok pulak AJ mekap muka sendiri dengan tunjuk ajar Kak Sue. Best tau, sebab AJ diajar langkah demi langkah yang betul dari mana nak mula mekap semua. Kalau tak suka hati aku je nak start dari mana dulu! Hahahahaha...


Ni pulak hasil sebelum dan selepas mekap. Amacam? Cantik tak? AJ suka sebab kulit nampak lebih flawless dengan Sue Melati FD tu. Pori-pori muka pun FD ni boleh cover baik punya.



Terima kasih MUA Sue Melati atas segala ilmu yang dicurahkan sepanjang kelas mekap ni berlangsung. Tak rugi tau kalau korang nak join. Lepas ni Kak Sue akan buat kelas mekap tour. Dengarnya sampai ke Brunei tau.


Kalau nak dapatkan maklumat lanjut mengenai kelas mekap Kak Sue yang akan datang dan produk yang dikeluarkan oleh SM Cosmetics, korang boleh rujuk info kat bawah ni :

Facebook Page : Sue Melati
Instagram : @sue_melati
Website : www.makeupartismalaysia.com
Email : suemelati2u@gmail.com
No. Tel : 018-2090617

Jom kita tengok apa kata mereka yang dah sertai kelas mekap MUA Sue Melati. Terima kasih Kaio Studio!



P/s : Sekarang ni kan, rajin pulak AJ nak mekap lepas tau teknik yang betul tau!

Tuesday, 16 January 2018

Aktiviti Sepanjang Berada di Natasya Riverside Resort, Gopeng

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Jom kita sambung lagi entri trip AJ aritu. Kali ni AJ nak cerita pasal aktiviti sepanjang berada di Natasya Riverside Resort, Gopeng. Sebenarnya banyak yang boleh kita buat kat sini tau. Bukan makan durian je. Hehehehehe.


Hari Pertama

Kami sampai lebih kurang pukul 12 tengah hari, lepas amik kunci bilik dan check-in, makan tengah hari dah siap tersedia. Lauk-pauk kat sini pun ala-ala kampung jugak, memang terbuka selera AJ tengok ulam dia tu.


Tapi sebelum makan tu kami dah bedal dulu durian, sampai terlupa Yanty Lee masa makan durian tu, tau-tau dah abis. Hahahahhaha. Lepas makan tengah hari Wak yang jaga ladang durian tu bawak lagi durian, apa lagi? Sesi bedal pun bermula. Oh ya macam AJ cakap sebelum ni,. Natasya Riverside Resort ni memang dikelilingi pokok durian, ko ghase???? 😂😂😂😂



Usai makan kami diminta tukar pakaian basah sebab kami nak pegi White Water Rafting!!! Aktiviti ni merupakan salah 1 sebab AJ join trip ni jugak. Seumur hidup AJ, tak penah lagi ada peluang merasai pengalaman white water rafting. Mesti korang tak percaya kan? Orang yang selalu join aktiviti outddor ni tak penah buat water rafting. Hihihihihi.


Nak ke sungai kami perlu naik lori, sambil-sambil duduk dalam lori menuju ke sungai tu sempat jugaklah tengok pemandangan sekitar kampung. Sampai ke Sungai Kampar, kami diberikan peralatan dan juga diberikan safety briefing oleh guide yang ditugaskan menjaga kami. Masa ni memang dah excited dah, guide bagi briefing pun kelakar gila. AJ lupa nama dia, tapi berasal dari Sabah.


Lepas dah clear semua kami kene buat water confident. Yang ni memang wajib buat mereka yang nak cuba white water rafting supaya kalau jadi apa-apa contohnya bot kita tu terbalik ke, kita tak panik. Dan lepas tu aktiviti white water rafting pun bermula...


Kami semua pakai 2 bot, 1 bot memuatkan 4 orang. AJ naik boat dengan Kak Min, Nan dan J. Tapi bot AJ takde adegan terbalik-terbalik sebab 2 orang naik dengan AJ ade injured, tapi guide kitorang tu kelakar gila. Herman nama dia. Dia tak bagi amik gambar dia, dia kate dia dah femes! Hahahahaha. Tapi tak kering gusi jadinya dengan dia tau. Ditipunya kami bulat-bulat dengan muka selamba dia tu. Laluan white water rafting tu ada beberapa kelas, so sebabkan kami ni kebanyakannya pestime, so dia bagi laluan yang mudah. Masa ni sambil-sambil buat aktiviti sempat jugalah kami melihat kawasan sekitar sungai. Selepas hampir 2 jam kami tiba ditempat mendarat.

Lepas aktiviti white water rafting kami balik ke Natasya Riverside Resort, kat sini ada basikal disediakan kalau korang nak pusing kampung. Balik tu sempat jugak diorang pegi meronda naik basikal. AJ pulak pilih berehat-rehat kat hammock dan main trampolin. Hilang lemak 1.2kg melompat. Lepas habis bersantai, kami dijamu dengan minum petang, menu dia macam biasa, durian! Hahahahhaa. Bukan durian je, ada cempedak, goreng pisang dan juga sukun dengan teh o suam. Sedap wooo. Lama tak makan cam gitu. Dah habis makan, kami balik bilik dan bersiap untuk aktiviti malam pulak.


Malam tu pulak kami dihidangkan dengan makan malam yang pelbagai selain barbecue. Ada nasi goreng, sambal udang petai, tomyam putih dan sebagainya. Fuhhh! Banyak pilihan makanan yang ada, dah rasa macam santapan diraja dah. Hihihihih. Bukan tu je, ada lagi barbecue ayam dan sosej juga.

Kat Natasya Riverside Resort, Gopeng korang boleh pilih untuk berkaraoke tau. Kat sini ada menyediakan PA system untuk hiburan pengunjung. Kami pun apalagi, mana boleh simpan-simpan suara kan, memang segala bakat terpendam terkeluar. Terima kasih kepada staff Natasya Riverside Resort yang layankan je karenah masing-masing ni. Hahahahaha. Tapi karaoke hanya bermula dari selepas Isya' sampai pukul 12 malam je tau sebab berdekatan dengan penduduk kampung.


Lepas pukul 12 malam, kami sambung pulak game sendiri. Kali ni kami buat game teka tajuk filem. Pasukan lawan kene bagi tajuk filem kepada salah seorang dari pasukan sebelah, lepas tu orang tu kene buat gaya untuk pasukan dia teka. Masa ni macam-macam tajuk filem dan gaya keluar. Riuh rendah jadinya dewan tu kami buat. Nasib baik kami je yang ada kat resort tu. Tepat pukul 2 pagi, masing-masing balik bilik dan ZzZzZz......

Hari Kedua

Seawal jam 8 pagi kami dah bersarapan dan berkumpul, arini kami plan nak pegi hiking. Kalau sapa yang tak gemar hiking boleh pilih aktiviti masuk gua, antara gua yang berdekatan ialah Gua Tempurung. Kami semua sepakat nak pilih hiking di Bukit Batu Putih yang terletak berdekatan resort je. Nak naik sampai ke puncak bukit ni takdelah makan masa yang lama, adalah dalam 30 ke 45 minit je. Tapi kalau sapa yang kurang berstamina tu, agak pancit jugaklah. AJ? Steady boh!


Sampai kat puncak bukit tu, kami dapat tengok pemandangan sekitar Gopeng. Syok je bila dah sampai puncak tu, hilang lelah memanjat tu tau. Kat atas tu sambil-sambil berehat, sempatlah jugak bergambar sekeping dua dan seterusnya (takde mana 1 dua gambar je)! 😅 Selesai hiking kami turun ikut jalan lain yangmenuju ke sungai, sampai sini masing-masing dah tak tunggu dah. Gebebush sensorang dalam sungai! Hahahahahah.


Balik je resort kami bersiap dan check out. Sebelum balik tu sempat Datuk dan Datin jamu kami dengan pulut durian dan bekalkan kami dengan buahh durian tau. Terima kasih Datuk, Datin atas layanan yang baik dari pihak kalian dan staff. Terasa tak puas sebenarnya duduk 2 hari 1 malam kat Natasya Riverside Resort, Gopeng. Rasa macam banyak je bende lagi yang tak sempat eksplore kat sana. Tapi overall, AJ memang enjoy sangat. Terlupa sekejap pasal sibuk kat KL. Insyaallah kalau ada rezeki AJ nak datang lagi. Tapi tunggu next musim buah la! Hahahahhaha. Aci tak?

Okaylah korang kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Natasya Riverside Resort, Gopeng layari :

Facebook : https://www.facebook.com/natasyariverside/

Instagram : https://www.instagram.com/natasyariverside/


P/s : Next trip pleaseeeee.... Hehehehhehe