Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 21 December 2017

Hujung Tahun, Hari-Hari Yang Busy...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Hujung tahun ni kan, memang hari-hari yang busy buat seorang AJ. Bukan busy siapkan persiapan anak masuk sekolah, tapi busy dengan kerja kat ofis ni. Ofis AJ ni ada sebahagiannya kene pindah ke Kota Damansara, so kene berkemas itu ini. Nanti bulan 1 ofis nak renovate pulak. Makanya kami kene dismantle banyak ruang. Yelah, ramai yang kene pindah KD, yang tinggal kat ofis sekarang ni hanya sebahagian kecil.

Lepas tu pulak kena bahagikan masa, mana nak kemas mana nak buat keje hakiki dan mana yang errands yang nak kene buat dulu. AJ pulak bab manage task tu agak failed. Bukan failed terus, cuma kadang tu AJ confuse tak tau mana nak buat dulu. Hahahahahhahaha. Semua penting! Lepas tu masuk keje pun polos je, nak mekap pun takde masa. Selalu 10 minit pertama masuk ofis mekap-mekap dulu. Ini nan hado maknanya. Hihihihi.

AJ pun ada agak terpending beberapa entri. Entri cuti Pulau Pangkor pun tak habis tulis lagi. Minta maaf la buat orang yang tunggu entri AJ tu. Kakak busy noq! Ini sementara ada masa senggang sambil menikmati aircond yang sejuk, mehlah kita update dulu apa yang patut.

Tapi AJ rasa bukan AJ je yang busy sekarang ni kan? Ramai je senasib dengan AJ. Mana nak menghabiskan cuti, nak uruskan anak-anak sekolah. Yelah tak lama je lagi sekolah dah nak bukak kan? Makanya seminggu lebih lagi get ready je la untuk meredah jem mana yang drive pegi keje tu. Hahahahaha. AJ nasib baik merempit je, kuranglah sikit nak redah jem tu.

Okaylah, masa untuk bersantai dah tamat. Mohlah sambung keje oi. Banyak lagi berlambak-lambak ni. Hehehhehe. Semoga AJ bertabah, arini kemungkinan kene balik lambat. Bercintalah kat ofis ni. Huhuhuhu.

P/s : Lama tak menulis entri santai-santai ni kan?




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

6 comments: