Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 20 December 2017

Aku Sudah Hitam, Tak Tun Tuang...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Apa khabar kesayangan AJ? Harap korang sihat. Fuhhh.... Akhirnya barulah ada masa percuma setelah berbulan AJ sebok kat sana sini. Sampaikan kulit pun dah serupa " international ". Hahahahahaha... Ye! " Aku sudah hitam. Tak tun tuang, tak tun tuang.... "


Minggu ni masuk ofis semua start tegur apahal dengan AJ. Hahahahaha. Selalu masuk keje acah-acah jelita, minggu ni masuk ya ampun cam hape je kulit. Seriuslah gelap gile kot.

Start dari November AJ banyak event dan aktiviti yang memerlukan AJ berpanas. Dari trip Tanah Aina Fahad, sambung pulak cuti kat Pulau Pangkor 4 hari. Lepas tu AJ pegi daytrip Singapore. Paling buat AJ rentung masa Program TLDM bersama media, berlayar atas kapal latihan Gagah Samudera TLDM. Tapi best! Pengalaman tu yang penting. Dan minggu lepas pulak AJ berpanas kat race FIM Asia Supermoto kat Bukit Jalil. Bersambung-sambung kot, mana la tak terbakar! Hahahaha.

Hasilnya, kulit sunburn teruk dan menggelupas sana sini sampai jadi bercapuk-capuk. Waaaaaaa! Sampai nak post gambar kat media sosial pun jadi kurang confident. Tapi AJ tak kisah pun berkorban kulit demi minat dan pengalaman. Mana nak dapat semua tu kan? Esok lusa tak tau lagi.

Tapi takpe, nasib baik AJ guna produk Cosmoderm Vitamin E Cream 3,000 I.U. Produk ni memang bagus sebab dia kurangkan rengsa kulit AJ ni. Kalau tak mesti lagi teruk. Terima kasih Cosmoderm!


AJ dah berbulan dah pakai produk ni, kalau tak sunburn pun memang pakai. Sebab AJ ade masalah kulit kering jugak. So bila tiap kali lepas mandi, cuci muka sume AJ akan ratakan krim ni kat muka. Vitamin E Cream 3,000 I.U kaya dengan anti oksidan dan bagus untuk mereka yang mengalami masalah parut selepas pembedahan, parut jerawat, kulit merekah selaran matahari macam AJ sekarang, tona kulit tak sekata, kering dan sebagainya.



Lepas pakai je kan, kulit AJ rasa lebih berkelembapan dan lembut. Yang menggelupas kesan sunburn pun tak pedih dan gatal. Tu yang AJ paling suka la! Yelah, selain kulit kering, kulit AJ ni agaj sensitif.

So kalau korang berminat nak dapatkan produk ni, boleh dapatkan secara online kat website Cosmoderm. AJ gerenti korang puas hati!


Sebut pasal panas mesti kita duk fikir pasal sunblock. Rakan blogger kita, Eyqa Hasnan ni ada share pasal tips dan petua memilih sunblock yang bersesuaian dengan kulit wajah. Kalau korang nak tau macam mana, boleh rujuk entri dia okay! Mesti ada yang tengah nak habiskan saki baki bercuti kan. Kalau nak kurangkan sunburn, pilihlah jenis sunblock yang betul!


P/s : Ni dah nak hujung tahun, kurang sikit aktiviti. Sambung tahun depan pulak. Ada masa repair kulit! Yeayyyy!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

12 comments:

  1. Pakai jugak, untuk parut jerawat. Memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu bila pakai kulit yang tengah nak menggelupas tu tak nampak terlalu kering... Kalau tak obvious keringnya..

      Delete
  2. hitam tak apa lagi..sebab ramai mat saleh nak kulit gelap sanggup berjemur...tapi jangan tidak mandi tak tuang..tak tuang..hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang putih kalau berjemur berjam² paling kuat merah je kak... Kita kulit Asia ni, rentung! Hehehehhehe....

      Delete
  3. bawa2 berkurung bagi elok kulit dulu ye hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang masalah tu kak sue...
      Sebab awal² tahun dah dapat invitation outdoor.. Hehhehe..

      Delete
  4. Hitam pun takpa tetap nampak manis...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi menggelupas, jadi capuk² tu yang tak tahan tu.. Waaaaaaaa...

      Delete
  5. Hi u pakai sekali satu set ke atau pakai vitamin E tu saja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, AJ pakai vitamin E scrub & krim ni je....

      Alhamdulillah okay sangat!

      Delete