Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 11 October 2017

#StartIoT : Segalanya Tentang Internet of Things (IoT)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Apa tu #StartIoT ataupun Internet of Things (IoT)? Serius AJ sendiri pun mulanya kurang pasti mengenai  IoT sampailah AJ hadiri sendiri perlancaran program ini yang diusahakan oleh REKA dengan kerjasama Telekom Malaysia, RE: Telekom Malaysia. Program ini merangkumi workshop yang diadakan selama 3 bulan khas buat pelajar bidang engineering, entepreneur tempatan ataupun SME's yang ingin belajar dan memulakan Internet of Things (IoT).


Zaman sekarang ni memang zaman teknologi dan AJ percaya setiap orang memiliki peralatan teknologi sendiri contohnya telefon pintar. Semua orang tak kira tua dan muda, pasti mengguanakan telefon pintar dalam kehidupan seharian kan? Telefon pintar tu contoh je la, sebenarnya istilah teknologi ni luas kan. Banyak teknologi lagi yang boleh direka untuk kegunaan masa depan.? Jadinya REKA mengambil inisiatif melancarkan program #StartIoT untuk kita pelbagaikan lagi teknologi yang kita gunapakai menjadi lebih pintar dengan wujudnya idea-idea global melalui IoT dan memperkenalkan peranti yang dikenali sebagai RIG.

REKA sendiri telah mencipta kereta pandu-sendiri yang tak perlukan pemandu dengan mengunakan kemahiran IoT yang ada. Jadi REKA percaya IoT sebanarnya lebih lagi dari sekadar kereta pandu-sendiri. Malahan dengan teknologi dan pendidikan yang betul, IoT boleh jadi lebih berguna kepada komuniti dari segi kesihatan dan agriculture juga.

Pada majlis pelancaran program #StartIoT ramai speaker yang telah dijemput untuk menerangkan lebih terperinci mengenai IoT, antaranya :

Encik Haziq Faris

❆ Encik Haziq Faris (CEO of REKA Inisiatif) - How we #StartIoT
❆ Dr Rezal Khairi Ahmad (CEO of NanoMalaysia) - IoT in Industry
❆ Prof Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid (Vice Chancellor-UniMY) - Importance of  IoT in Education
❆ Mr Thoo Wee Meng (VC Leonie Hill Capital) - Investing in Emerging IoT Technologies
❆ Nik Muhammad Aiman CEO of Moovby Mobility) - From Software to Hardware
❆ Mohd Yuzairin bin Md Yunus (President of ImBig) - Through the Eyes of the Machine



AJ ni kang kalau cerita panjang-panjang mengenai IoT takut korang tak faham pulak. So apa kata korang luangkan masa untuk menghadiri sendiri Workshop #StartIoT yang diadakan dari Oktober 2017 hingga Disember 2017 di TM Convention Center. Kat sini korang boleh belajar banyak ilmu-ilmu mengenai Internet of Thins (IoT) dari pengetahuan asas sehinggalah ke cara-cara memulakan IoT serta manfaatnya. Tak rugi pun okay!





Info lanjut :

Website : www.reka.com.my
www.startiot.co

Facebook : www.facebook.com/rekastudios

Instargam : www.instagram.com/rekastudios

Twitter : www.twitter.com/rekastudios

LinkedIn : www.linkedin.com/company/reka-studios




P/s : Zaman dah berubah



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

3 comments: