Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 9 October 2017

TOMBIRUO : Penunggu Rimba Diangkat Ke Layar Perak

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

TOMBIRUO : Penunggu Rimba karya  novelis thriller no 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid kini diangkat ke layar perak. Filem yang diadaptasikan dari novel bukanlah perkara asing, tapi bila karya Ramlee Awang Murshid ni mula difilemkan, ramai yang memberikan reaksi positif  kerana naskhah ini sememangnya hebat mengenai lagenda Hutan Keningau.



Sinopsis : Tombiruo : Penunggu Rimba

Filem ini mengisahkan Ejim yang digelar Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahan dan dendam. Sementara itu Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejakinya. Pergelutan diantara meeka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.




Selalunya kan, filem yang diadaptasikan dari novel memang agak susah nak digarapkan. Pengalaman AJ sendiri bila tengok filem adatasi ni, selalunya tak dapat puaskan hati AJ sebagai peembaca dan penonton, AJ rasa banyak plot yang tertinggal dan tak dimasukkan dalam cerita. Tapi berlainan dengan filem Tombiruo, plot cerita tak lari dari apa yang dibaca dari novel yang diterbitkan pada tahun 1998 ni. Teras cerita masih lagi dikekalkan dengan beberapa penambahan fiksyen. Lagi 1 pemilihan barisan pelakon yang mantap juga menjadikan setiap 1 karakter tu nampak hidup, terrtamanya Zul Ariffin yang memainkan watak utama sebab kita tak nampak muka dan emosinya. Tapi penjiwaan watak tu buat AJ sendiri dapat rasa keperitan Tombiruo.



Filem bergenre aksi drama ini hasil kerjasama dari empat penerbit Astro Shaw, Ideare Media dan Grup Buku Karangkraf dan layar Sunan. Filem yang menelan belanja sebanyak RM 6juta mendapat bantuan daripada FINAS, Content malaysia Pitching Center Production Grand Finas ini mendapat sentuahan dari pengarah yang mahir dalam bidang kesan visual iaitu Seth Larney. Memang AJ akui la, filem ni punya kesan visual memang tak nampak "fake" pun.

Masa Malam Gala Filem Tombiruo, rata-rata yang hadir pada malam tu memang puas hati dengan hasilnya. Tahniah AJ ucapkan kepada semua krew produksi dan juga penulis novel tu sendir Ramlee Awang Murshid. Kalau nak tau, sepanjang penggambaran penulis novel agung ni sentiasa ada kat set untuk memberikan pandangan dan memantau penghasilan filem ni. Patutlah filem ni tak lari dari cerita asal. Selain pengarah filem, penerbit, penulis novel dan juga barisan pelakon. Banyak lagi nama-nama besar yang terbabit di belakang tabir bagi memastikan penghasilan filem ni menjai antara filem yeng terbaik. AJ boleh katakan kalau korang tak tonton filem ni kat pawagam, memang rugi!



Filem  Tombiruo : Penunggu Rimba akan ditayangkan pada 12 Oktober 2017 di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura pada AJ filem mesti tonton. Banyak unsur-unsur menarik yang dimuatkan dalam filem antaranya penggunaan dialek Kadazan-Dusun yang dipantau oleh guru bahasa sepanjang penggambaran. So kalau korang nak tau sendiri hebat tak hebat filem ni, jangan lupa Khamis ni tau!

Barisan Pelakon :

Zul Ariffin : Ejim (Tombiruo)
Farid Kamil : Amiruddin
Nabila Huda : Wan Suraya
Faizal Hussien : Pondolou
Husnul Rahmat : Juslan
Michael Chen : Wong
Farah Ahmad : Monsiroi
Dato M.Nasir : Tan Sri Berham
Datin Marlia Musa : Bonda
Faye Kusairi : Salina
Dynas Mokhtar : Baizura
Artu : Ondu
Muhammad Ar-Rayyan : Ejim & Amirul kecil

Info lanjut :

Website : www.tombiruomovie.com
FB/IG/Twitter/Youtube : Astro Shaw dan Astro Gempak
#tombiruo #tombiruomovie #penunggurimba

P/s : Filem wajib tengok!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

6 comments:

  1. huwaaaaaa nak tengokkkkkkk selepas sunan tak jadi ke layar perak ,tombirou pun tetap di nantikan huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti keluar kot kak.....
      Sebab macam ada hint2 last tu...

      Delete
  2. Nak tengok.. tp celah mana lah nak p muvi ni. Adeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je bawak anak sekali...
      Hehheheheh...

      Delete