Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 22 September 2017

Shinju Pearls, Berkilau di Paradigm Mall

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Shinju Pearls mula diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Ms Christina Toh dan mula membuka outlet pertamanya pada tahun 2006. Kini, Shinju Pearls telah melebarkan sayapnya dengan membuka beberapa lagi cawangan antaranya di Bangsar, Ampang dan paling terbaru di Paradigm Mall.


Menjadi antara orang pertama menghadiri majlis pembukaan outlet terbaru di Paradigm Mall ni buat AJ rasa teruja, sebab AJ sebenarnya salah seorang penggemar mutiara juga. Bagi AJ mutiara membuatkan si pemakai tampak lebih elegan dan bergaya. Lepas tu korang boleh gayakan mutiara ni untuk pelbagai acara tau.

Masa majlis pembukaan tempohari, ramai artis yang dijemput bagi memeriahkan majlis selain daripada blogger. Antara yang turut hadir Dato Zainal Abidin, Salma, Ayu Damit, Rehanna dan Thalia Mentor. Selain persembahan, mereka pun siap buat catwalk lagi tau! Haaaa... Kalau nak tau, mutiara bukan saja sesuai digayakan oleh kaum wanita, lelaki pun boleh pakai tau. Kalau perasan, masa majlis penutup Sukan SEA aritu, Dato Zainal Abidin ada pakai rantai mutiara Shinju Pearls. Cumanya kene berani la gayakannya.


Okay kalau sebut Shinju Pearls kan, ramai yang sangka disini hanya menjual mutiara. hakikatnya Shinju Pearls juga ada menjual pelbagai jenis aksesori bermotifkan gems juga. Kalau tak pegi majlis pembukaan ni kan, AJ ingat mutiara je la. Selain menjual aksesori, korang juga boleh mendapatkan pelbagai servis daripada Shinju Pearls. Kalau nak customize aksesori korang sendiri pun boleh. Harga yang ditawarkan juga berpatutan bergantung kepada saiz atau panjang aksesori tersebut.


Lagi 1 sekiranya korang ada koleksi mutiara sendiri dan nak buat pembaharuan design ataupun nak repair, Shinju Pearls dengan berbesar hati boleh buatkan untuk korang. Tak kisahlah kalau aksesori mutiara tu bukan asalnya dibeli dari Shinju Pearls. Bestkan? Yelah kadang kita melancong kat luar negara ke, Sabah ke beli mutiara lepas tu putus pulak. Takkan nak terbang ke tempat korang beli untuk baiki kan. Sekarang Shinju Pearls ada, korang boleh pegi sini je.



Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Shinju Pearls, apa kata korang singgah je kat mana-mana outlet Shinju Pearls ataupun datang ke outlet terbaru di Paradigm Mall ni. Banyak aksesori mutiara dan gems untuk korang pilih dengan range harga mengikut bajet korang. Kalau datang time sale lagi best! Hihihihhi.

Info lanjut boleh rujuk di bawah ni :

Website: www.shinjupearls.com
Instagram: @shinjupearls
Online Store : www.shinjupearls.net
❀ Paradigm Mall (Terbaru)
Alamat : G-28, Level G, Paradigm Mall, No. 1, SS7/26A, Kelana Jaya47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel : +603 78878308
❀ HQ
Alamat : Lot 1, Level 6, Bangunan Bangsaria 45E,Jalan Maarof, Bangsar59000 Kuala Lumpur,Malaysia
Tel : +603 2202 2482

❀ Pavilion
Alamat : Lot 4.15.01 4th Floor, Pavilion Kuala Lumpur No 168, Jalan Bukit Bintang,55100, Kuala Lumpur
Tel : +603 21459986
❀ Bangsar Village
Alamat : Lot 1F-33 First Floor, Bangsar Village II,No 2, Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru,59100,Kuala Lumpur
Tel : +603 22023180
❀ Great Eastern Mall
Alamat : Lot 1.10 First Floor, Great Eastern Mall, No. 3030, Jalan Ampang50450 Kuala Lumpur
Tel : +603 42578986
❀ Bangsar Shopping Centre
Alamat : F123, First Floor, Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya 59000 Kuala Lumpur
Tel : +603 20118308285,
❀ Sunway Pyramid
Alamat : G1.25A, Ground Floor , Sunway Pyramid Shopping MallNo. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway 47500 Selangor
Tel : +603 56121716
❀ Mid Valley
Alamat : F-084, 1st Floor, Mid Valley Megamall , Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Tel : +603 22018896
❀ Isetan KLCC & Midvalley
Jewelry Department

Kemain bergaya sakan masing-masing dengan koleksi aksesori Shinju Pearls tau!

P/s : Niat hati nak beli cincin tu, tapi takde size. RM39 je!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

1 comment: