Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 13 September 2017

Jom ke Penang 3D Trick Art Museum!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

29 Ogos lepas, AJ ke Utara tanahair dengan kawan-kawan. dah alang-alang pegi kenduri kawen dekat Sungai Petani, terus singgah kat Pulau Pinang sebelum balik KL tu. Pulau Pinang ni kan, memang banyak tarikannya. Dari makanan sehinggalah ke tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Selain Bukit Bendera, Pantai Batu Feringgi ataupun Kek Lok Si Temple, AJ nak bawak korang ke 1 lagi tempat yang tak kurang hebat iaitu Penang 3D Trick Art Museum. Penang Trick Art ini terletak di Lebuh Penang, Georgetown yang dikenali sebagai UNESCO World Heritage Site. 

Kalau nak tau Penang Trick Art ni terletak di sebuah bangunan 2 tingkat yang sangat unik kerana masih mengekalkan ciri-ciri lama bangunan. Kalau korang penah tengok rumah-rumah zaman P.Ramlee tu, macam tu la bangunan Penang Trick Art Museum yang telah dibuka pada 25 Oktober 2014.


Kat dalam ni terdapat lebih kurang 40 " trick art " yang boleh korang terokai... Kalau di bahagian bawah tu korang akan rasa macam kat kampung-kampung je kawasannya, ada budak tengah main gasing, tengah main guli, nak fefeeling naik sampan, beca dan sebagainya. Kalau di bahagian atas pula, kebanyakan art nye lebih kepada yang moden dan terdapat beberapa karakter dalam filem seperti E.T dan jugak Journey to the West. Kenal Wu Kong? Kot teringin nak jumpa Wu kong, bolehlah ke Penang Trick Art! Hehehehehehehhe.


Daripada AJ menceceh panjang, apa kata AJ bawak korang cuci mata kat Penang Trick Art. Bila masuk dalam tu kan, AJ pulak yang excited mengalahkan bebudak! Hahahahhaha...


Solo traveller???? Takkan la nak minta pengunjung lain snap kan gambar kite pulak kan? Kat Penang Trick Art takde masalah bab-bab nak minta orang amikkan gambar sebab staff-staff kat sini memang sentiasa ada dengan korang untuk snap dan bagi idea kat korang nak pose macam mana tau! Yang bestnya lagi mereka memang sangat friendly, kite pun tak rase janggal bila nak bergambar tu.


Dah puas tengok gambar? Kalau tak apa kate korang cipta kenangan sendiri kat sini. Tak lama lagi kan cuti sekolah. Time ni la nak bawak anak-anak berjalan. Caj yang dikenakan jugak agak berpatutan. Bagi AJ memang berbaloilah. Kat bawah ni AJ sertakan sedikit info untuk korang yang nak ke Penang 3D Trick Art Museum :

Alamat :
10 Lebuh Penang
Georgetown, Penang 10200

No. Tel / Email :
+60 (4) 263-1628

Bayaran masuk :
Dewasa (13 tahun ke atas)
MyKad – RM15
Non-MyKad – RM25

Kanak-kanak (4 tahun - 12 tahun)
MyKad – RM10
Non-MyKad – RM15

Pelajar & Warga Emas (60 tahun keatas)
MyKad – RM10
Non-MyKad – RM15

*Umur dikira mengikut tahun

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 9 pagi - 6 petang
Sabtu & Ahad : 9 pagi - 7.15 malam

Pembelian tiket juga boleh dibeli secara online di : 3d.penangtrickart.com

Facebook : Penang 3D Trick Art Museum
Instagram : @penangtrickart

Apapun, AJ nak ucapkan terima kasih kepada Penang Trick Art. Seronok seorang AJ dan kawan-kawan meneroka setiap trick art yang ada. Tak puas sebenarnya duk bergambar dalam tu. Insyaallah kalau ade rezeki, AJ akan datang lagi. Kali ni nak bawak anak-anak buah pulak. Sebenarnya kalau ikutkan, nak jalan kat Pulau Pinang ni mana cukup setengah hari. Kena stay 3-4 hari baru best! Hihihihi. Tu yang plan nak datang lagi. 😀😀😀


P/s : Rindu kampungggg...





"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

2 comments:

  1. teringin nak bergambar dekat 3d trick art macam ni, tak berkesempatan lagi!!

    ReplyDelete
  2. Hihi, selalu nengok member up gambor2 3D ni kat FB, tak pernah pulak teringin nak ikut bergaya hihi, nanti nak bawak anak akak bila dia cuti nanti, in sha Allah, thanks for sharing dik

    KakSu-Membantu ibu2 dirumah membina blog untuk menjana pendapatan

    ReplyDelete