Blogger templates

Click to Follow...

Sunday, 17 September 2017

Menangis-nangis Tengok Kau Takdirku!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Aritu kan, tetibe terasa nak tengok wayang. AJ tak plan pun nak tengok cerita apa. Sekali masa tengah makan tu AJ cakap dengan Mr.JR jom tengok Kau Takdirku nak? Ehhhh! Dia ON pulak. Yelah, lelaki jarang la nak tengok cerita gitu, baca tajuk je mesti rase cam krik krik krik. Hahahaha. Betul tak? 

AJ takde idea sebenarnya cerita ni pasal apa, tengok barisan pelakon dia pun boleh tahan la. Tu yang tertarik nak gi tengok. Ikutkan AJ ni jarang sangat tengok cerita Melayu masa hari pertama keluar panggung, selalunya AJ akan baca review dulu baru pegi. Taknak la terasa membazir pulak kalau cerita tak best ke kan. Hahahahhaa. Kalau review tu lain la, tapi ni nak bayar tiket sendiri. 😋😋


Masa memula cerita ni biasa je la, cerita pasal budak lelaki yang hampir lemas terjumpa baby kat dalam hutan tu. Pastu dia bawak balik rumah. Dari situlah bermulanya kisah Kamar dan Alya. Diorang ni jadi adik beradik angkat la bila family Kamar setuju amik Alya jadi anak angkat. Bila dah besar, plot cerita pun bermula, bila Kamar sebenarnya dah lama simpan perasaan kat Alya, lepas tu dalam masa sama Alya jumpa pulak dengan Harris. Kalau awal-awal kan macam boleh agak kesudahan cerita ni kan? Rase  macam sama je dengan cerita cinta lain. Tapiiiiiiiiiiiiiii... Jangkaan AJ tu meleset, rupanya cerita dia ni power. Menangis-nangis AJ dalam panggung gara-gara cerita ni tau.



AJ ni nak tulis panjang-panjang kang spoil pulak cerita dia jadinya. So apa kata korang tengok sendiri. bayangkan AJ yang orang kata kental, kasar tapi bila tengok Kau Takdirku menangis sampai bengkak mata? Korang rase power ke tak power cerita dia? Tahniah kepada pengarah, crew dan barisan pelakon yang mantap. Dah lama AJ tak tengok cerita cinta Melayu yang lain pada yang lain macam ni. Mendalam mesej yang disampaikan. Terkesan kat hati AJ. Rupanya bila selidik pengarahnya, dia orang yang buat filem AdiwiraKu. Patutlah best! AdiwiraKu pun buat AJ tumpah airmata kot!

Pendapat jujur AJ, filem ni adalah filem yang tak merugikan duit korang bile tengok kat panggung. AJ sendiri pun 2 kali pegi tengok. Masa memula tu cam tak puas hati sebab ada "mangkuk" kat belakang buat bising. Ganggu mood orang je! Lagi 1 cerita memang best, so tak salah ulang tengok.
Cuma yang AJ agak pelik, bila dalam panggung banyak seat yang kosong. Rugi tau cerita bagus tapi penonton tak perasan. So apa kata korang yang baca ni pegi tengok okay. Support la filem yang bagus macam ni. Kalau bukan kita yang support, siapa lagi kan?



Info :

Pengarah : Jason Chong
Barisan pelakon : Remy Ishak, Bront Palarae, Ezzaty Abdullah, Kartina Aziz
Tahun penggambaran : 2014
Tahun tayangan : 2017
Rating : 5/5 <---- ikut AJ la ni

Kalau korang tak menangis, memang takde jiwa! Tak menitiskan airmata pun, jangan tipu kata tak terkesan kat dalam hati tu.

P/s : Tunggu Bisik Pada Langit pulak minggu depan.



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

2 comments:

  1. Tula ada dgr kt tv aritu org ckp last ending tu xsangka jadi lain..huhu..xsbrla plak nk tgk

    ReplyDelete
  2. Pelakon dia pon power2..cuma ezzaty abdullah tuh jer tak kenal sape..hehe. Ada masa Insyaallah tengok tapi biasanya kecundang..sampai ke sudah x tengok2..hehe

    ReplyDelete