Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 23 August 2017

Kaio Studio Seksyen 13 Shah Alam, Meletop!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah, sekali lagi AJ diberi peluang untuk berkolaborasi dengan Kaio Studio yang sememangnya terkenal dengan hasil kerja yang meletop-letop! Gambar-gambar hasil sentuhan Kaio Studio tak penah sekali pun mengecewakan AJ tau! Dari gambar event sampailah photoshoot studio semuanya boleh dikategorikan sebagai thorbaik!



Sebelum AJ mula, meh sini AJ nak kenalkan korang dengan insan yang menjadi tulang belakang Kaio Studio ni. Pada tahun 2012, Anwar Abdullah atau Kaio iaitu pengasas Kaio Studio bermula sebagai wedding videographer dengan hanya bermodalkan RM5000 yang dikumpul ketika menjadi pemandu pelancong dulu.


Bersama pelancong Poland di Pulau Pangkor

Kalau nak tau, Kaio merupakan bekas pelajar Management & Science University (MSU) dalam bidang pengurusan hospitaliti dan tourism, tapi sebab minatnya lebih kepada dunia fotografi dan videografi, Kaio memilih untuk tidak meneruskan kerjaya dalam bidang perlancongan.



KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD merupakan sebuah syarikat yang menyediakan servis fotografi dan videografi. Sebut je nak servis apa, studio photoshoot, servis fotografi dan videografi perkahwinan, video korporat, muzik video, penggambaran filem pendek dan pelbagai lagi. Banyak nama-nama besar yang telah menggunakan khidmat Kaio Studio ni tau. Sayapnya bukan hanya dilebarkan di Malaysia malahan tugasan dengan kamera telah membawa Kaio terbang ke Paris, Mesir, Singapura dan Thailand. Lebar sayap Kaio!

Bersama Anuar Zain semasa shooting trip di Paris

Cairo

Servis Videografi dan Fotografi Perkahwinan oleh Kaio Studio

Bukan hanya orang biasa, beberapa orang selebriti popular tanahair juga telah menggunakan Servis Videografi dan Fotografi Perkahwinan oleh Kaio Studio antaranya Shaheizy Sam & Syatilla Melvin, Saharul Ridzwan & Deena Emir, Syukri Yahaya & Tya Adnan dan juga Ainan Tasneem.
Nak tengok sendiri hasil sentuhan Kaio Studio? Boleh tengok dalam video-video yang AJ sertakan kat bawah ni.

Kaio Studio Showreel


 Video majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan Ainan Tasneem






 Disebalik tabir Pre-wedding Saharul Ridzwan & Deema Emir




 Selain video korang boleh juga tengok sendiri gambar-gambar perkahwinan hasil bidikan Kaio Studio. Memang cun!







KAIO STUDIO, Seksyen 13 Shah Alam

Okay aritu AJ ada post kat FB dan IG gambar studio photoshoot AJ kan? Gambar-gambar tu semua diambil di studio fotografi Kaio Studio yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam la. Ini kali kedua dah AJ jejakkan kaki ke sini tau. Bukan AJ je, selebriti pun penah shoot kat sini antaranya Nora Danish, Bront Palarae, Remy Ishak dan ramai lagi! Kat sini pelbagai kemudahan disediakan, segala kelengkapan studio cukup lengkap. Lagi 1 kan, internet pun laju! Hahahahahaha....


Sedutan telefilem KUNTOM


 Disebalik tabir Pembikinan Poster Filem " Kau Takdirku " lakonan Bront Palarae, Remy Ishak dan ramai lagi...



Dibawah jenama Kaio Studio juga terdapat anak syarikat KAIO REKA yang menawarkan servis rekaan grafik seperti poster. Gambar dah cantik, rekaan grafik yang terhasil juga mampu memukau pelanggan dan bakal pelanggan. Kalau nak tengok lagi hasilnya boleh follow KAIO REKA kat IG : @kaioreka. Poster filem kau takdirku juga merupakan salah 1 hasil rekaan grafik daripada KaioReka.








Kejayaan KAIO STUDIO

Kalau nak listkan semua kejayaan Kaio Studio ni, AJ rasa sampai esok pun tak habis. Tapi yang paling AJ ingat KAIO STUDIO penah memenangi MOST GLAM FASHION VIDEOGRAPHER by GLAM MAGAZINE yang melayakkan beliau mendapatkan tugasan dari majalah tersohor di Malaysia!



Selain tu juga KAIO STUDIO merupakan DUTA jenama ONSMO iaitu sistem pencahayaan fotografi. Jenama ni juga turut menjadikan beberapa orang jurugambar tersohor seperti Eddie Putera, Alex Tan dan Saiful Nang sebagai duta mereka.



Bagi mereka yang nak lebih serius dalam bidang Videografi dan Fotografi, Kaio Studio turut menyumbangkan ilmu kerana baginya ilmu tu takkan putus bahkan sampai bila-bila pun ilmu tu akan berkembang. Kalau korang kenal sendiri Kaio, memang diakui beliau bukanlah seorang yang lokek bab-bab ilmu ni. Banyak dah sharing session yang Kaio dah curahkan kepada generasi baru dan mereka yang nak berjinak dalam bidang kreatif ni.





Sekarang ni, AJ nak share sikit kat korang gambar-gambar yang AJ amik kat Kaio Studio aritu. Jangan jeles tau tengok gambar AJ dan paling penting jangan muntah hijau pulak! Hahahahhaa.. Jenuh AJ nak mop blog AJ ni kang! Maklumlah, kakak bukan model professional pun, posing pun mana dan je. Nasiblah team Kaio Studio ni banyak membantu. Takdelah kayu sangat nampaknya dalam gambar tu. Kat sini yang bestnya, korang takkan rase kekok atau segan. Dari pengamatan AJ sendiri, team Kaio ni memang bagus dari segi teamwork nya. Sorang amik gambar, sorang edit, sorang buat itu, sorang buat ini. So segalanya memang nampak lancar dan tak kelam kabut, sebab masing-masing dah tau tugasan masing-masing. Pelanggan pun seronok je.


Dah tengok? Puas hati? Kalau AJ memang puas hati sangat lah dengan hasil kerja diorang. Kalau tak, takdenye berkali-kali pegi sana.

Kalau korang nak merasai sendiri pengalaman ataupun nak dapatkan khidmat KAIO STUDIO untuk sebarang majlis, boleh tengok info yang AJ sediakan kat bawah ni tau.

Website : www.kaiostudio.com 
Instagram : www.instagram.com/kaiostudio 
Youtube : www.youtube.com/kaiostudiotv 
Twitter : www.twitter.com/kaiostudio 
Facebook : www.facebook.com/kaiocreativestudio

Alamat studio : 1-06 Metia Residence Office, No.5, Persiaran Sukan, Seksyen 13,40100 Shah Alam, Selangor.
Pencarian Waze dan google maps  : KAIO STUDIO
Landmark : Berhadapan Acappella Hotel & Residence

P/s : Studio fotografi terbaik setakat ni!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

1 comment:

  1. cantik gambarnya, KAIO ni memang terbaik la servis dia, kalau tak, xde orang nak hire dia kan?

    ReplyDelete