Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 16 June 2017

Jom Riuh Raya 2017 bersama IJM Land Menampilkan Akim & The Majistret dan Stacy


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Aritu AJ berbuka puasa dengan IJM Land kat Ice Gallery , Pantai Sentral Park. Tak jauh pun dari rumah AJ, kalau kata nak jalan kaki tu boleh sangat! Hahhahahah... Majlis berbuka puasa ni diadakan sempena perasmian Riuh Raya 2017 bersama IJM Land yang bakal berlangsung pada bulan Julai nanti.


Majlis berbuka puasa ni memang santai habis dengan hidangan yang menyelerakan. Tapi AJ bukan nak cerita pasal makan, AJ nak bagitau korang bende yang lagi best dari makan. Tak lama lagi dah nak raya, sure banyak majlis rumah terbuka yang korang nak hadiri kan? So apa kata pada 15 Julai nanti kita ramai-ramai ke Riuh Raya 2017 yang bertempat IJM Land Seremban 2 Sales Gallery. Acara ni memang menarik sebab ada barisan artis yang tak kurang hebat antaranya Akim & The Majistret, Stacy, Zulin dan Adam AO.


Riuh Raya 2017 ni akan bermula pada pukul 3 sehingga ke 6 petang. Banyak aktiviti menarik yang disediakan kepada para pengunjung dan juga pelbagai hadiah serta buffet "Riuh Raya 2017" yang disediakan oleh pihak IJM Land. Selain tu ada korang boleh abadikan kenangan di photo booth yang disediakan. Takkan pakai baju raya cantik-cantik taknak bergambar pulak kan? Rugi wooo.....
Pengunjung bertuah berpeluang memenangi hadiah menarik melalui "Spin the Wheel". Bagi mereka yang bawak anak-anak pulak, IJM Land bermurah hati nak berikan duit raya!!!! Yeayyyyyyyyy!

Kemuncak acara tu yang akan dihoskan oleh Zulin Aziz dan Adam AO, korang akan dihiburkan dengan persembahan Akim & The Majistret, Stacy... Kalau nak tau, inilah penampilan pertama Stacy selepas habis berpantang tau!


Menurut Dato' Hoo Kim See, GM IJM Land Berhad, Riuh Raya 2017 diadakan bagi mengeratkan Seremban community dan berkongsi keriangan hari raya dengan masyarakat. Acara ini dapat memupuk hubungan yang lebih erat antara keluarga dan rakan-rakan. Pada hari tersebut, IJM Land juga akan memberikan rebat istimewa sehingga RM10,000 kepada mereka yang membeli rumah idaman sepanjang musim perayaan. Jangan lupa tau korang nanti datang ke IJM Land Seremban 2.
Jumpa disana!



Sebarang info lanjut mengenai Riuh Raya 2017 hubungi :
IJM Land Seremban 2 Sales Office : 1800-22-2456

Terima kasih IJM Land atas hidangan yang enak masa berbuka puasa aritu....



P/s : Tak sabar nak raya! Weehoooooo




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

3 comments:

  1. syoknyaa jumpa Akim n Stacy.. btw selamat hari raya =)

    ReplyDelete
  2. minggu ni dah mode raye dahh hihihi

    ReplyDelete
  3. Meriahnya menu berbuka AJ...suka tgk!

    ReplyDelete