Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 4 May 2017

Wan Izhar Abu Bakar, Jurugambar Rasmi Photoshoot Raya KBBA9

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sape follow AJ dekat Instagram dan Facebook?
Kalau belum mehlah follow @ayuejean dan Ayue-Jer Rejaluddin
 Okay-okay bukan nak promote IG dengan FB AJ sebenarnya 😬 kalau sape yang follow AJ tu mesti perasan seminggu dua yang lepas media sosial AJ banjir dengan gambar-gambar masa photoshoot raya aritu....
Tahun ni merupakan tahun kedua AJ join photoshoot raya ni tau dan bertempat di Muzium Kesenian Melayu UPM..
Kali ni dengan seorang jurugambar yang tak asing lagi iaitu Wan Izhar Abu Bakar, jurugambar rasmi photoshoot raya KBBA9 tempoh hari...

 
Bagi sesiapa yang belum kenal dengan pemilik nama Wan Izhar Abu Bakar ni, beliau merupakan salah seorang jurugambar yang sangat berbakat...
Mempunyai pengalaman yang cukup banyak dalam industri dan penah memenangi anugerah kulit album terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2014 untuk album Stacy...
Wan Izhar juga jurugambar yang amik gambar pre-wedding dan majlis perkahwinan Akim dengan Stacy dulu tau...
Hasil gambar dia memang superb! Tak caya pegi review balik gambar-gambar masa pre-wedding Akim Stacy tu... 😁

Berpeluang mendapat bidikan Wan Izhar merupakan 1 pengalaman berharga buat AJ... Yelah, bukan senang nak dapatkan sentuhan kreatif dari founder ODS Studio ni.. Bila ade peluang macam ni memang AJ takkan lepaskan la....
Masa photoshoot aritu, lebih kurang 40 orang ahli KBBA9 yang hadir.... Masing-masing dah amik mood raya awal dan tak sabar nak bergambar depan kamera Wan Izhar tau...
Tapi kan memang AJ salute dengan dia, walaupun ramai yang nak bergambar dia mampu berikan shot-shot terbaik untuk semua dibantu oleh 2 orang pembantu....
Senyuman memang tak lekang pada wajah walaupun berpanas dengan kami masa tu....


Pandangan peribadi AJ la kan, Wan Izhar ni memang komited dengan kerja... Seawal jam 9 pagi lagi dia dan pembantunya dah berada di Muzium UPM tu walaupun pagi tu cuaca agak sayup dan kami yang perempuan-perempuan ni ada lambat bermekap....
Sabar je dia tunggu, yang AJ perasan dia non-stop menembak kamera dari segala angle... Cuma berhenti makan dan solat sekejap je....
Lepas tu dia pun banyak bagi tunjuk ajar kepada blogger-blogger ni macam mana nak posing, nak pandang mana semua...
Seronok gile berkerjasama dengan Wan Izhar, walaupun korang tak fotogenik sekalipun korang takkan rasa kekok dengan dia....
AJ ni korang ingat fotogenik sangat ke> keras kejung je kalau bergambar weh...
Nasib baik Wan Izhar ni bagi arahan macam mana nak pose segala, kalau tak AJ lagi keras pada pokok! Hahahahahaha....



Sebelum habis photoshoot tu, AJ sempat tengok gambar-gambar raw hasil bidikan Wan Izhar sepanjang photoshoot tu, memang cantik-cantik...
AJ rasa tak payah nak buat editing sangat... Tak sabar nak tunggu hasilnya lepas editing semua...
Kalau korang nak tengok antara hasil kerja Wan Izhar Abu Bakar korang boleh follow :

Facebook :
 Wan Izhar

Instagram :
@wanizhar



Apapun AJ nak ucapkan terima kasih kepada Wan Izhar dan pembantu, Muzium Kesenian Melayu UPM dan juga penaja-penaja lain untuk Photoshoot Raya KBBA9...

P/s : Sesekali fefeeling model... 😂😂😂


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

5 comments:

  1. Mmg cool ja Wan Izhar, buat kita pun rasa selesa

    ReplyDelete
  2. Wahhh. Rerama keluar dr kepompong. Terbang lah kakak Ayue kita lepas ni.

    ReplyDelete
  3. Wah..bila dapat tgk hasil dia..nnti jgn lupe share kat blog..hehe

    ReplyDelete