Blogger templates

Click to Follow...

Sunday, 21 May 2017

Kopi Badang Al Mubarak Health Sdn Bhd, 100% Kopi Tulen! Buka Peluang Tambah Pendapatan.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Jumaat lepas AJ menghadiri Majlis Pelancaran Kopi Badang keluaran Al Mubarak Health Sdn Bhd yang merupakan kopi 3 dalam 1 menggunakan 100% kopi tulen tanpa campuran bahan tiruan...
majlis pelancaran yang diadakan di Saloma Bistro ini bertujuan untuk memperkenalkan Kopi Badang dan juga memperkenalkan duta rasmi iaitu Aktor Zamarul Hisham...
Dan juga duta-duta kecil seperti Zur Eda, Nizam Laksamana, Rahmat Mega, Mus May, Acong dan ramai lagi...



Al-Mubarak Health Sdn Bhd merupakan syarikat kesihatan tempatan yang mempunyai kilang di Johor Bahru... Syarikat ini bertanggungjawab dalam pengeluaran Kopi Badang yang tidak menggunakan sebarang bahan tiruan untuk menjaga kesihatan para pengguna.. Kiranya kopi yang dihasilkan memang 100% tulen dan pemilihan biji kopinya juga dikatakan mengikuti citarasa orang Asia....

Dalam majlis itu juga, pihak Al Mubarak Health Sdn Bhd buka peluang menambah pendapatan kepada para stokis dengan tawaran insentif-insentif yang menarik.
Stokis yang berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan dalam masa 7 bulan, layak mendapatkan sebuah kereta Toyota Vellfire atau Mercedes Benz, Toyota Vios atau Honda City dan Perodua Axia atau Proton Saga... Dengan adanya insentif-insentif ni, stokis-stokis sedia ada mesti lagi bersemangat nak meningkatkan jualan sekaligus menambah pendapatan sedia ada...







Selain itu, para pengguna juga tidak ketinggalan untuk memasuki cabutan bertuah..
Hanya beli sekurang-kurangnya 12 kotak Kopi Badang, pengguna telah layak mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dimana hadiah yang ditawakan juga sangat menarik iaitu Perodua Axia, sebuah Motosikal, 2 unit Iphone7, Ipad dan Televisyen...



Kalau korang berminat nak menjadi stokis Kopi Badang, boleh hubungi :

Premier Victory Enterprise
07-2326124

Encik Hisham Khairil
019-7792211

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai Kopi Badang

Haaaaa... Sekarang ni AJ nak cerita pulak pasal Kopi Badang, kalau tadi AJ dah bagitau serba sedikit kan, sekarang AJ nak cerita pulak pasal rasa Kopi Badang ni...
AJ ni tak boleh sangat minum kopi, kejap lagi pening la kepala...
Tapi lepas pekena Kopi Badang ni AJ rasa okay je.. Takde pening kepala ke ape ke..
Dari segi rasa, masa hari pelancaran memang terasa manis sikit la...
Tapi bila balik rumah try buat sendiri, takdelah manis sangat... Cuma AJ kene lebihkan air sikit...
Masa tu baru terasa kaw sikit kopi dia...
Lagi 1 yang AJ suka pasal Kopi Badang ni kan, bila kita minum takde bau kopi...
Selalu kalau minum kopi, bau mulut kita pun ada melekat bau kopi... Nak cakap dengan orang pun macam tak berapa selesa... Dengan Kopi Badang, sikit bau pun  takde..
Lepas tu bila pegi tandas pun, air kencing kita tak berbau!


So kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Kopi Badang, korang boleh ikuti laman-laman sosial dibawah..

Facebook :
Kopi Badang Official

Instagram :
@kopibadang

P/s : Nak sihat amalkanlah pengambilan makanan dan minuman yang menyihatkan..




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

1 comment:

  1. Memang sedap kopinya...peneman balik kelantan selepas event tempoh hari.

    ReplyDelete