Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 18 May 2017

Iftar di Verandah, Cyberview Resort & Spa


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Haaa.... Ni AJ nak cerita pasal lagi 1 tempat yang best untuk berbuka puasa...
Tapi kali ni AJ nak bawak korang ke Verandah, Cyberview Resort & Spa...
Kat sini konsepnya sangat santai... Terdapat  23 buat station makanan yang terdiri daripada lebih daripada 222 juadah yang dijamu untuk para pengunjung....
Menariknya station makanan ini diletakkan ala-ala dalam taman gitu....



Kat sini korang boleh pilih dari hidangan Melayu, Cina, Japan, Italian, Mexican dan juga hidangan favorite tempatan iaitu udang, sotong, kupang, sosej jumbo, kepak ayam, daging dan juga kambing...
Terliur betul AJ bile tengok menu-menu yang terdapat kat situ.....

Pertama sekali AJ nak tunjuk dengan korang bakar sebagai pembuka selera...



Selain tu kan, yang bestnya kat sini ada masak lemak! AJ punya all time favorite...
Ada ayam, daging salai dan juga itik... Paling spesel, kat sini ada siput sedut tau!
Kat mana lagi korang nak dapat hidangan masak lemak siput sedut? Susah nak jumpe sekarang...
Masak lemak ni korang boleh pilih nak campurkan dengan rebung ataupun pucuk ubi...
AJ ni kalau bercerita bab masak lemak, terbayang-bayang kuahnya yang berlemak tu..
Alahai... Dah tak pasal tetibe mengidam masa tulis entri ni...
Kalau tak gemar masak lemak, gulai kawah pun ada...



Korang penah makan Durian Rolls tak?
AJ bukan penggemar durian sangat, tapi bila AJ dah pekena crispy durian roll dia...
Ya ampunnnn... Tak cukup 1! Nak pulak durian yang digunakan tu musang king...
Perghhh! Merembes air liur rasanya.. Hahahahhahahaha....
Menurut chef Cyberview Resort & Spa, durian roll ni memang signature menu...
No wonder sedap gila!



Yang bawak anak-anak pulak, korang tak perlu risau sebab Cyberview ada menyediakan beberapa menu yang bakal menarik perhatian anak-anak macam popcorn bersalut karamel, kek, chocolate fountain, cookies dan aiskrim....
Bile sebut pasal aiskrim, kat sini perisa aiskrim dia pelik-pelik okay...
Paling AJ tak boleh hadam aiskrim rendang ayam! Yup aiskrim rendang ayam..
Rasa dia memang sebiji macam rendang tau.. Siapa ade rasa pedas-pedas sekali.....
Pastu ade jugak aiskrim teh tarik.. Yang ni memang kene dengan tekak AJ... Hhihihi...



Kalau korang nak tau setiap makanan kat sini kan, disediakan panas-panas...
Ada yang bila korang nak baru dimasak... Tu yang best!
Kesegaran makanan tu pun terjamin...
Jom intai lagi apa yang ada...










Okaylah apa kata korang datang sendiri cuba Buffet Ramadhan di Verandah, Cyberview Resort & Spa...

-------------------------------------------------------------

Harga Buffet Ramadhan Verandah, Cyberview Resort & Spa

Isnin - Jumaat
RM 138 (Dewasa)
RM 100 (Kanak-Kanak)

Sabtu & Ahad
RM 100 (Dewasa)

Alamat :
The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7,
63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel :
03-8312 7091
03-8312 7092

-------------------------------------------------------------

P/s : Tak sabar nak tunggu Ramadhan


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment