Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 4 May 2017

Beauté Library : Beauté Floral Essential Hydrating Enriching Facial Treatment


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Dah lama sangat AJ tak buat rawatan facial... Last AJ buat facial adalah 2-3 bulan lepas...
Baru-baru ni balik je dari bercuti memang kulit AJ terbakar teruk..
Cuaca yang panas buat kulit AJ jadi kering, kusam dan tak bermaya....
Ramai yang mula menegur masa hari pertama AJ masuk keje lepas balik cuti tu....
Malu jugak bila orang duk tegur pasal kulit muka kite kan....

Balik je keje AJ terus ke Beauté Library yang terletak di MyTOWN Kuala Lumpur...
Ini merupakan outlet ke-7 Beauté Library yang merupakan sebuah pusat rawatan kecantikan yang tak asing lagi...
Di sini, mereka sangat menitikberatkan soal kecantikan peribadi setiap orang...
Menjanjikan perkhidmatan dan transformasi yang terbaik untuk menonjol kecantikan sebenar setiap pelanggan di luar dan juga di dalam...


Masuk je dalam Beauté Library tu AJ terus disapa mesra oleh staff disana...
Suasana dan susun atur dalam tu pun nampak simple tapi mewah....
Latar belakang berwarna putih beige dan juga bilik rawatan yang bersih buat AJ rasa selesa sangat...

Banyak rawatan kecantikan yang ditawarkan kepada para pelanggan seperti rawatan muka, badan dan juga rawatan untuk membuang bulu (hair removal) termasuklah Beaute Beauté Floral Essential Hydrating Enriching Facial Treatment yang AJ buat tempoh hari....
Rawatan ni memang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering macam AJ...

Sebelum memulakan rawatan, AJ diminta mengisi borang soal selidik...
Dalam borang tu, AJ kene tuliskan produk yang AJ pakai sekarang dan juga apa sahaja rawatan kesihatan ataupun kecantikan yang penah AJ jalani sebelum menjalani rawatan di Beauté Library..
Memang ini adalah prosedur biasa yang mana-mana pusat rawatan kecantikan....
Selepas itu AJ diberikan penerangan tentang rawatan yang bakal dibuat supaya AJ tau jenis rawatan ataupun produk yang akan digunakan ke atas kulit AJ...
Bila AJ dah faham mengenai proses Beaute Beauté Floral Essential Hydrating Enriching Facial Treatment, kulit AJ mula dianalisis menggunakan mesin khas...
Semasa proses ni kan jurukecantikan jelaskan 1 persatu pasal kulit AJ....
Selain daripada kering melampau dan tona kulit tak sekata, AJ ada masalah whitehead dan blackhead...
Kadang muka nampak je okay, rupanya dalam pori-pori tu dah tersumbat.... Tu yang jadikan kulit AJ tak sihat.... 😭😭😭



------------------------------------------------------------------------------------------

Terdapat beberapa peringkat ataupun langkah-langkah bagi rawatan muka AJ..

Langkah 1 : Welcome Massage
Urutan untuk menjadikan wajah kita lebih relax..
Jangan tak tau, kulit muka pun boleh stress kalau tak djaga dan dirawat dengan betul


Langkah 2 : Remove Make Up & Double Cleanse
Seperti biasa, sebelum menjalani rawatan, jurukecantikan akan buang segala sisa mekap pada wajh dan bersihkan wajah dengan pencuci muka....
Pencuci muka yang AJ pakai ni wangi je... Lepas tu jenis yang foam, buat kulit jadi lebih bersih..

Langkah 3 : Aqua Exfoliator Cream Mask / Scrubber & Steamer (Hot/Cold)
Selepas proses membersihkan wajah, muka AJ di scrub untuk bersihkan lagi kotoran terutamanya di bawah kulit.. Selain tu scrub juga sangat bagus untuk membuang sel kulit mati...
Lepas tu cream mask disapukan dan muka di steam...
AJ dapat hot steamer sebab nak bagi pori-pori muka lebih terbuka...


Langkah 4 : Extraction, Rose Water
Toner rose digunakan untuk menyegarkan kulit wajah.. AJ suka baunya yang wangi dan menyenangkan...
Kulit muka pun rasa lebih lembab....

Langkah 5 : Apply Cream Mask / HA Collagen Soothing Gel & Machine (eye, face and neck)
Sekali lagi kulit wajah AJ disapukan masker dan kemudiannya 1 mesih khas digunakan untuk menjadikan kulit muka lebih tegang dan juga lebih lembab....

Langkah 6 : Face, Eye, Neck and Shoulder Massage
Urutan untuk meregangkan tekanan pada bahagian muka dan juga bahu

Langkah 7 : Apply Floral Mask
Masker Lavender disapukan pada kulit AJ dan dibiarkan selama beberapa minit

Langkah 8 : Apply Toner, Moisturizer, Sunblock & TQ Massage
Langkah terakhir rawatan jurukecantikan akan apply toner, moisturizer dan sunblock...
Semua ni memang penting untuk mengekalkan kecantikan...
Setelah selesai, diorang bagi TQ massage....
Best gile!




Usai je rawatan, kulit AJ dianalisis sekali lagi untuk melihat keberkesanan Beaute Beauté Floral Essential Hydrating Enriching Facial Treatment...
Berkesan ke tidak???

MESTILAH BERKESAN!

AJ dapat tengok perubahan pada kulit AJ...
kalau sebelum rawatan, kulit AJ kering sangat sampai nampak garis-garis penuaan, tapi lepas rawatan kedutan pada kulit AJ makin berkurangan...
Lepas tu whitehead dan juga blackhead juga makin berkurangan....
Kalau nak result yang lebih bagus, kita kene jalani lagi 1 atau 2 sesi lagi rawatan...
Tapi tiada paksaan la, bergantung kepada pelanggan tu sendiri...


Proses keseluruhan Beaute Beauté Floral Essential Hydrating Enriching Facial Treatment ini memakan masa lebih kurang 150 minit...
So far AJ memang berpuas hati sangat-sangat dengan layanan dari staff Beauté Library MyTOWN dan juga Beaute Beauté Floral Essential Hydrating Enriching Facial Treatment...


------------------------------------------------------------------------------------------


Kalau korang sendiri nak mencuba rawatan yang AJ cuba ataupun rawatan lain boleh layari :

Website :
www.beautelibrary.com

Facebook :
Beauté Library

P/s : Semua wanita nak cantik...




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

2 comments: