Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 5 April 2017

Blogger Kecantikan Adalah Tikus Makmal???


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  


Blogger Kecantikan dilabel sebagai Tikus Makmal?
AJ penah dapat soalan macam ni : " Jadi beauty blogger ni kan kene cuba macam-macam produk, tak sedar ke korang sebenarnya jadi tikus makmal je???? "
Hurmmm... Susah jugak nak bidas soalan ni...


Memang AJ tak nafikan la, bila pilih nak jadi beauty blogger kita dah merisikokan kulit jugak...
Sebabnya, kita akan cuba macam-macam produk...
Dari produk penjagaan muka, sampailah ke alat solekan.....
AJ yang bukan beauty blogger sepenuhnya ni pun, cuba macam-macam jugak tau....
Kalau yang blog dia memang niche beauty tu lagilah kan...
Almost everyday agaknya cuba produk yang berlainan....

Okay sebenarnya, takde masalah pun kita nak cuba produk itu dan ini....
Janji korang alert dan tau kondisi kulit, isi kandungan produk dan lain-lain lagi..
Selalunya sebelum ambik offer untuk review dan mencuba sesuatu produk mesti dah buat kajian sikit pasal produk tu kan?
Takkan main sapu je... Kulit kita nak pakai lama kot....
So pada AJ, jadi blogger kecantikan bukanlah bermakna korang jadi tikus makmal...
Tapi kalau tak cuba macam mana nak tau keberkesanan produk kan?
AJ sendiri sebagai pembeli lagi percaya yakin nak membeli bile tengok orang yang review, cuba sesuatu produk tu sendiri...

So kat sini AJ nak kongsikan sikit tips yang AJ amalkan kalau amik offer atau cuba barangan kecantikan ni....

Buat sikit kajian mengenai produk atau prosedur kecantikan yang kita kene cuba tu...
Kalau rasa tak OK ataupun was-was, tolak je...

Kene tau kondisi kulit sendiri macam mana....
Janganlah terima kalau produk tu bukan untuk permasalahan kulit kita!

Kenalpasti kandungan aktif dalam produk yang kita cuba...
Haaaa.. Yang ni memang kene betul-betul alert.. Tak semua kandungan ataupun bahan sesuai untuk kulit kita....
Seeloknya baca dulu kandungan dan bahan dalam sesuatu produk...

Sebelum berlakunya kejadian tak diingini, baik STOP!

Tapi yang paling penting kalau nak jadi beauty blogger ni, korang kene YAKIN...
Kalau tak yakin, memang tak jadi ape la... Huhuhuhu...

Bab Tikus Makmal?
Entah la, tu mungkin pendapat ssetengah orang, pada AJ takla...
Beauty blogger bukan tikus makmal!

P/s : Tak sabar tunggu minggu depan!




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment