Click to Follow...

Monday, 13 February 2017

Studio Fotografi Kaio Studio | Abadikan Setiap Detik Anda!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa yang tengah mencari studio fotografi untuk mengabadikan setiap detik korang boleh pilih Studio Fotografi Kaio Studio yang merupakan studio photoshoot terbaik di Shah Alam..
Studio ini menawarkan white studio dan juga black studio...
AJ memang rasa berbesar hati sangat bila dapat mengabadikan kenangan di Kaio Studio dengan beberapa orang rakan blogger...
Gile tak bangga? Kaio Studio kot!

Studio Fotografi Kaio Studio | Abadikan Setiap Detik Anda!


Sebelum AJ mulakan, jom kita berkenalan dulu dengan Kaio..
Siapa dan bagaimana dia mula mengembangkan karier sehingga ke hari ini...

Lebih dikenali sebagai Kaio atau Anwar Abdullah dikalangan rakan-rakan, Khairul Anwar Abdullah merupakan lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan....


Image may contain: 2 people, people smiling, stripes and close-up
AJ bersama Kaio!

Pada tahun 2008, Kaio memulakan karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia dan berpengalaman menguruskan rombongan dari serata pelusuk dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab...

Tetapi bermula pada tahun 2012, Kaio telah terjun dalam bidang photography dan videography kerana minatnya yang mendalam dalam bidang kreatif ni dengan jenama Kaio Studio....
Pada mulanya Kaio mendapat banyak permintaan untuk videographer dan cover majlis-majlis perkahwinan....
Tapi kini Kaio telah melebarkan sayapnya ke pelbagai genre seperti muzik video, filem pendek, advertising, campaign video malahan program-program television...

Nama Kaio Studio bukan lagi 1 nama asing dalam dunia fotografi dan videografi....
Kaio Studio juga telah dinobatkan sebagai pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam (klik)


Banyak nama-nama besar telah berkerjasama dengan Kaio Studio antaranya :

Bersama Anuar Zain untuk sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel di Paris...
(Anuar Zain in Paris (klik untuk video)

Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com

Menjadi videographer untuk pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail di Cairo, Mesir...
• Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt (klik untuk video)

Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com

Antara nama lain yang turut menggunakan khidmat Kaio Studio ialah Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara...
Tidak ketinggalan juga nama-nama besar seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi....
Nak tau dengan lebih lanjut korang boleh layari website Kaio Studio...


Okay sekarang ni AJ nak cerita pulak pengalaman AJ berphotoshoot di Kaio Studio...

Memang 1 pengalaman paling berharga buat AJ...
Ini bukan pengalaman pertama AJ dengan Kaio Studio, banyak jugak gambar yang Kaio penah amik tapi tu semua masa event-event blogger la... Random pics...
Tapi untuk shoot dalam studio, ni kali pertama AJ dapat khidmat Kaio Studio...


Seawal jam 9 pagi, AJ dengan kawan-kawan blogger yang lain dah ada depan studio....
Usai mekap dan bersiap, mulalah masing-masing berikan pose terbaik untuk photoshoot ni....
Kalau korang tak pandai posing, jangan risau team Kaio Studio akan advise korang macam mana nak bagi pose terbaik...
Diorang memang proffesional gila.... Jadinya korang takkan rasa kekok ataupun malu...
Macam AJ sendiri pun, bukannya pandai sangat nak posing...
Tapi bila dah diberi sikit tunjuk ajar, bolehlah acah-acah model sikit.... 😃😃😃
Masa sesi photoshoot tu kan, kitorang gunakan white studio dan juga black studio...

Patutlah orang kata studio photoshoot kaio Studio ni terbaik kat Shah Alam, ruang photoshoot dia luas dan selesa... Wifi pun ada tau! So sambil-sambil tunggu giliran photoshoot tu, bolehlah posing-posing sikit belakang tabir dan post terus kat media sosial korang!


Studio photoshoot Kaio Studio ni, semua ada kelengkapan dia pun complete...
Nak bersiap mekap, salin baju pun senang....
Aritu AJ bawak 5 pasang baju termasuk baju yang AJ pakai masa datang tu....
Hahahahah....

5 perkataan untuk Kaio Studio dari AJ :

► BEST!
► SUPERB!
► AWESOME!
►AMAZING!
►THORBAIK!



Jom tengok antara hasil kerja sentuhan Kaio Studio....

Memang AJ boleh katakan, hasilnya cantik, menarik dan da'bomb!
Terima kasih Kaio Studio untuk studio fotografi yang best dan juga gambar yang cantik...
Terus berubah seorang Ayue 360◦ kat sini.. Hahahhahaha...



Antara favorite shot AJ!

Gambar rakan blogger yang lain :



Disebalik tabir sesi fotografi Kaio Studio 

Image may contain: 1 person, standing
Image may contain: one or more people, people standing, shoes and indoor

So kalau korang nak tau servis yang ditawarkan di Kaio Studio boleh klik sini...
Pelbagai servis yang boleh korang pilih iaitu Wedding photography and videography, Corporate photography and videography, Commercial video, Campaign video and photography, Music video dan bermacam-macam lagi...

Event-event lain dan hasil sentuhan Kaio Studio :

▻Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
▻Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
▻Ceres Jewels Bollywood Gala Night
▻Pure Lens by Mawar Rashid.
▻Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
▻Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis
▻Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd
▻Wedding of the Year SamTilla

Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Muzik Video : Azlan & The Typewriter



Untuk sebarang info lebih lanjut :

Alamat Studio : 
KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD, 
1-06, Mitea Residence Office, 
No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13, 
40100 Shah Alam, Selangor. 

Boleh waze sahaja ‘KAIO STUDIO’
(Landmark berhadapan dengan Acapella Hotel & Suite Residence)
 
Tertarik tak tengok hasil kerja Kaio Studio??
Kalau tertarik cepat-cepat book untuk sebarang majlis korang nanti...
Mesti puas hati!

P/s : Tak puas tengok gambar sendiri tau!
Hehehhehehe... Thanks Kaio Studio!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

2 comments:

  1. kemain galak kakak posing depan kamera yeee !
    ahhaha letopsss tauuu!

    ReplyDelete