Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 22 February 2017

Akhirnya Boleh Derma Darah.. Kudos!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Akhirnya setelah bertahun-tahun AJ simpan hasrat, arini AJ dah boleh derma darah...
Sebelum-sebelum ni AJ ada juga berniat nak menderma darah...
Tapi AJ tak dibenarkan menderma sebab berat AJ selalu tak cukup....
AJ penah tulis pasal derma darah kat entri NI dulu... Sadis gila tau...


 Penah jugak ada sekali tu AJ cuma kurang 1kg je....
Time tu frust gile kot... Kalau tau AJ letak duit syiling banyak-banyak dalam poket seluar... Hahhahahaha...
Tapi takdelah AJ buat... Mungkin ada sebab kot diorang letak syarat kene berat sekurang-kurangnya 45kg...
 AJ ni memang susah sikit nak dapat berat mencecah 45kg...
Kalau dapat pun sekejap sangat.. Lepas tu berat AJ akan kembali pada biasa.... Dalam lingkungan 39 - 43kg je...

Tapi aritu AJ timbang berat AJ dah naik 46.5kg... Tup-tup pulak AJ ada nampak diorang tampal notis beberapa minggu lepas cakap ada program derma darah ni...
Masa nampak notis ni AJ memang excited gile... Berdoa moga-moga berat tak turun...
AJ jenis senang turun, susah naik... Huhuhuhuhu....


Tadi AJ amik breakfast dalam pukul 10.30 pagi camtu...
Lepas tu pukul 12 tengahari AJ turun dengan beberapa orang kawan....
Sebelum menderma darah, ada beberapa prosedur yang korang kene buat...
Mula-mula kene isi borang dulu, lepas tu timbang berat dan check darah AJ jenis apa..
Korang tau tak, seumur hidup AJ memang tak penah tau pun darah AJ jenis apa....
Arini baru tau AJ ni berdarah A... A untuk Ayue! Senang nak ingat.. Hahahahhaha...


Settle tu, AJ kene check tekanan darah dulu...
Tang ni AJ agak nervous sikit sebab.. AJ ade history kene tahan wad sebab tekanan darah rendah...
Nak derma darah tekanan darah kene normal.. Alhamdulillah tekanan darah AJ normal...
Cuak jugak sebenarnya, 2 kali kot nurse tu amik tekanan darah AJ... Sebab memula tu dia kate bacaan dia rendah pulak...
Nasib kali kedua tu okay... 😁😁😁

Lepas semua prosedur tu okay, AJ dapat derma darah! Yeayyyyyyy!!!!
AJ memang seronok + excited gile kot....
Pertama kali dapat derma darah setelah sekian lama.....
Pastu bukan AJ je yang seronok, kawan-kawan lain pun sama....
Siap pakat update status tahniah kat FB... Hahahahhaha....
Thank you korang.. Supportive sangat! 😀 
Mr.JR dengan kakak AJ cakap, habislah siapa dapat darah AJ...
Mesti gila "swafoto" dan mewarisi semua gila AJ.. Hahahhahaha.. Ngek betul!

AJ harap darah yang AJ dermakan tu dapat beri manfaat kepada orang lain.... Amin....
Lepas ni AJ nak derma lagi, semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik....
Oh, kalau korang yang tak penah derma darah tu kan....
Pegi je kalau ada peluang.. Tak sakit pun la... Best tau!
Kudos AJ!


P/s : Next 3 months baru boleh derma balik...
Ada orang kata, derma darah buat badan kita naik.. Yeke?
Takpelah, AJ tak kisah pun...



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

1 comment:

  1. belum dpt derma lagi.. pernah nak derma baru test nak tahu darah apa dah pengsan.. hahahah..

    ReplyDelete