Blogger templates

Click to Follow...

Saturday, 25 February 2017

Spicy Gilerrr! Kenny Roger's Roaster... Terangkat!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Baru ni AJ berkesempatan mencuba menu baru Kenny Roger's Roaster...
Menu baru ni dinamakan Spicy Gilerrr!...
Pedas sangat ke?? Haaa... Meh AJ nak cerita....


Menu terbaru ini ada dua iaitu Spicy Chicken Favourite Meal dan juga Spicy Chicken & Soup Meal...
Dihidangkan dengan Home-made muffin - Peanut Butter Chocolate Muffin....
Dipadankan pula dengan Blue Chillax.....
Gabungan yang mantap untuk rasa yang hebat....
Kalau korang jenis yang tak tahan pedas macam AJ kan, memang rase nak menangis makan....
Gravy dia tu terasa terus kat lidah..... Tapi rasa dia tu buatkan korang tak boleh nak berhenti makan..... Huhuhuhu..... 😆😆😆

Harga untuk setiap hidangan juga sangat berpatutan serendah RM 19.90 sahaja...


Spicy Chicken Favourite Meal - RM 19.90


Spicy Chicken & Soup Meal - RM 22.50

Blue Chillax - RM 9.50


**Peanut Butter Chocolate Muffin (1pcs) - RM 3.50

**1/2 Dozen Peanut Butter Chocolate Muffin - RM 20.50

**Not available in East Malaysia. Golden Vanilla Muffin for East Malaysia. 



Kalau korang nak tau, hidangan ni terdapat di semua Restoran KRR bermula dari 17 Februari lepas sampai diberitahu...
So apa tunggu lagi? Bawaklah family korang ke Kenny Roger's Roaster untuk rasa sendiri hidangan Spicy Gilerrr! ni.. Pasti terangkat!

Untuk info yang lebih lanjut layari :

Website : KRR


Instagram : @krrmalaysia

P/s : Tak tahan pedas, tapi makan tetap makan!
Heheeheh...

Wednesday, 22 February 2017

Akhirnya Boleh Derma Darah.. Kudos!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Akhirnya setelah bertahun-tahun AJ simpan hasrat, arini AJ dah boleh derma darah...
Sebelum-sebelum ni AJ ada juga berniat nak menderma darah...
Tapi AJ tak dibenarkan menderma sebab berat AJ selalu tak cukup....
AJ penah tulis pasal derma darah kat entri NI dulu... Sadis gila tau...


 Penah jugak ada sekali tu AJ cuma kurang 1kg je....
Time tu frust gile kot... Kalau tau AJ letak duit syiling banyak-banyak dalam poket seluar... Hahhahahaha...
Tapi takdelah AJ buat... Mungkin ada sebab kot diorang letak syarat kene berat sekurang-kurangnya 45kg...
 AJ ni memang susah sikit nak dapat berat mencecah 45kg...
Kalau dapat pun sekejap sangat.. Lepas tu berat AJ akan kembali pada biasa.... Dalam lingkungan 39 - 43kg je...

Tapi aritu AJ timbang berat AJ dah naik 46.5kg... Tup-tup pulak AJ ada nampak diorang tampal notis beberapa minggu lepas cakap ada program derma darah ni...
Masa nampak notis ni AJ memang excited gile... Berdoa moga-moga berat tak turun...
AJ jenis senang turun, susah naik... Huhuhuhuhu....


Tadi AJ amik breakfast dalam pukul 10.30 pagi camtu...
Lepas tu pukul 12 tengahari AJ turun dengan beberapa orang kawan....
Sebelum menderma darah, ada beberapa prosedur yang korang kene buat...
Mula-mula kene isi borang dulu, lepas tu timbang berat dan check darah AJ jenis apa..
Korang tau tak, seumur hidup AJ memang tak penah tau pun darah AJ jenis apa....
Arini baru tau AJ ni berdarah A... A untuk Ayue! Senang nak ingat.. Hahahahhaha...


Settle tu, AJ kene check tekanan darah dulu...
Tang ni AJ agak nervous sikit sebab.. AJ ade history kene tahan wad sebab tekanan darah rendah...
Nak derma darah tekanan darah kene normal.. Alhamdulillah tekanan darah AJ normal...
Cuak jugak sebenarnya, 2 kali kot nurse tu amik tekanan darah AJ... Sebab memula tu dia kate bacaan dia rendah pulak...
Nasib kali kedua tu okay... 😁😁😁

Lepas semua prosedur tu okay, AJ dapat derma darah! Yeayyyyyyy!!!!
AJ memang seronok + excited gile kot....
Pertama kali dapat derma darah setelah sekian lama.....
Pastu bukan AJ je yang seronok, kawan-kawan lain pun sama....
Siap pakat update status tahniah kat FB... Hahahahhaha....
Thank you korang.. Supportive sangat! 😀 
Mr.JR dengan kakak AJ cakap, habislah siapa dapat darah AJ...
Mesti gila "swafoto" dan mewarisi semua gila AJ.. Hahahhahaha.. Ngek betul!

AJ harap darah yang AJ dermakan tu dapat beri manfaat kepada orang lain.... Amin....
Lepas ni AJ nak derma lagi, semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik....
Oh, kalau korang yang tak penah derma darah tu kan....
Pegi je kalau ada peluang.. Tak sakit pun la... Best tau!
Kudos AJ!


P/s : Next 3 months baru boleh derma balik...
Ada orang kata, derma darah buat badan kita naik.. Yeke?
Takpelah, AJ tak kisah pun...


Tuesday, 21 February 2017

Flawless Dengan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sejujurnya AJ bukan penggemar BB Cushion....
Kulit AJ ni jenis kombinasi... Kering dan juga sedikit berminyak... So AJ kena pastikan AJ dapat bedak atau BB Cushion yang sesuai...
Sebelum ni AJ penah cuba gunakan BB Cushion dari jenama yang agak terkenal, tapi sayangnya tak sesuai dengan AJ...
Masa pakai tu kulit jadi makin berminyak pulak...
Start pada tu, memang AJ tak penah try lagi mana-mana BB Cushion sampailah AJ diperkenalkan dengan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion....


Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion merupakan 1 produk tempatan....
Memula nak cuba AJ agak "double-standart" sikitlah... Yelah, AJ penah try produk import kot... Hehehehe..
Tapi bila dah cuba terus AJ jatuh hati dengan produk ni tau....
Sekejap je kulit dah flawless dengan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion....

Selain pada tu, AJ paling suka bila BB cushion ni tak berminyak, tak bercapuk dan juga rasa ringan pada wajah.... Dia ade effect matte sikit...
Macam sesetengah produk, kita kene kerap touch up tapi dengan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion, AJ tak perlu touch up pun sampai ke malam.... BB cushion Skiinz ni memang sangat tahan lama kat muka!

Pakai sampai malam pun masih kekal tahan lama...
Nak sapu kat muka mestilah kita titikberatkan kandungan produk kita kan?
Jom AJ share formula utama yang terdapat dalam produk Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion :

Aqua
➤ Malus Domestica Fruit Cell Cultural Extract (Triple Stemcell)
➤ Citrus Aurantium Dulcis (Orange)
➤ Callus Culture Extract
➤ Rhododendron Ferrugineum Leaf Cell Culture Extract (Alpine Rose)
➤ Citrus Medica Limonum (Lemon)
➤ Fruit Extract
➤ Vitamin C
➤ Vitamin E
➤ Collagen

Semua kandungan ni semulajadi dan dijamin selamat untuk kulit wajah kita...
AJ yakin dengan Skiinz BB Cushion ni tau....

 Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion juga banyak kelebihannya pada kulit antaranya : 

➤ Membantu dalam penjagaan kulit dan berikan kesan AWET MUDA
 ➤ Membantu merawat kulit bermasalah seperti JERAWAT dan JERAGAT
➤ Menegang serta melembapkan kulit
➤ Menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan dan garis halus
➤ Membantu mengurangkan keradangan dan inflamasi kulit
➤ Memperbaiki sel yang rosak akibat sinaran UV matahari
➤ Mempunyai SPF 35 sesuai untuk orang Asia dan dapat melindungi kulit daripada sinaran UV
➤ Memberi effect GLOWING dan FLAWLESS pada kulit wajah
➤ Mesra WUDHU – aqua based, mudah dan pantas untuk dibersihkan
➤ Tidak MELEKIT dan BERMINYAK
➤ Warna NATURAL, sesuai untuk semua jenis kulit
➤ Tekstur yg HALUS dan RINGAN

Natural dan tekstur yang ringan... Didatangkan dalam 1 warna yang bersesuaian dengan semua tona kulit...
Meh AJ tunjuk sikit beza sebelum dan selepas menggunakan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion pada kulit AJ...
Kalau korang nak tau, kulit AJ ni memang tak flawless mana pun...
So bila pakai produk ni, kesan parut-parut jerawat dan tona kulit AJ yang tak sekata tu jadi lebih rata...



Sebelum dan selepas menggunakan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion
Perfect coverage
Oh ya, sejak AJ pakai BB cushion Skiinz kan AJ dah tak pakai foundation...
Coverage dia dah cukup untuk tutup cela kulit AJ...
AJ cuma pakai serum je sebelum sapukan BB cushion Skiinz ni, lepas tu mekap seperti biasa.... Best!

Mekap tanpa foundation
Mesti ramai yang dah start tergoda dengan produk ni kan?
Kat mana nak dapatkan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion?
Korang boleh dapatkan produk ni dekat AJ jugak tau...
Yup betul.. AJ tak tipu, korang boleh PM AJ dan AJ akan poskan produk ni pada korang....
 Hehehhhee...

Nak tau lebih lanjut mengenai produk Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion layari laman web dan media sosial di bawah :

Harga pasaran :
RM 89

Alamat :
SR Beauty Worldwide
I-2-G, Putra Walk, Jalan PP25, Tmn Pinggiran Putra

 43300 Seri Kembangan, Selangor


📱 019-3554145 

Website :

Facebook :

Instagram :

Terima kasih Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion, sekarang ni senang je AJ nak nampak flawless...
Lagi 1 mudah nak bawak ke mana-mana sebab ianya compact...
Nak travel pun bawak je Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion dengan barang mekap paling basic... Hehehehehe..

P/s : Jangan pandang enteng produk tempatan!


Wednesday, 15 February 2017

Aureline Perfection Skin Serum With Gold24K, Serum Terbaik Dalam 1 Botol


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

 Sekarang ni AJ pakai Aureline Perfection Skin Serum With Gold24K, serum terbaik dalam 1 botol....
Nak tau kenapa AJ cakap serum ni serum terbaik?


Aureline serum ni ada dwifungsi yang bertindak untuk merawat dan mengekalkan keremajaan kulit kita...
AJ ni dah 3 series, so bab-bab merawat kulit ni memang AJ titikberatkan....
Lagi 1, AJ selalu sibuk so serum pelbagai fungsi ni memang 1 pilihan yang tepat buat AJ....
Kalau AJ nak travel pun senang.. Bawa 1 botol Aureline Perfection Skin Serum With Gold24K je dah cukup sebab ianya merangkumi formula 5 dalam 1 berfungsi sebagai :

▸krim siang
▸krim malam
▸moisturiser
▸toner
▸sunblock

Tak payah la nak bawak banyak-banyak krim kan.... Jimat dan mudah!

Kelebihan dan Fungsi Aureline Perfection Skin Serum With Gold24K

Banyak kelebihan serum ni tau, selain untuk mencantikkan dan merawat kulit wajah ianya juga berfungsi dan bertindak seperti di bawah :

▸Anti Penuaan
▸Anti Kedutan
▸Anti Jerawat
▸Menghapuskan cela dan parut di wajah serta menjadikan kulit tampak lebih segar
▸Menghilangkan Jeragat
▸ Menghilangkan Parut
▸Merawat masalah kulit berminyak
▸Menjadikan tona kulit lebih sekata
▸Menganjalkan kulit muka serta menjadikan kulit lebih berseri
▸➕➕➕ GOLD 24K
▸➕➕➕ SPF 35 untuk melindungi kulit dari sinar UV

 Semua kelebihan serum dan fungsi kat atas ni pasti jadi idaman setiap wanita kan? Siapa yang tak nak kulit cantik...
Baik yang muda, yang tua semua nak cantik....

Aureline Perfection Skin Serum With Gold24K juga diperbuat dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Arbutin, Vitamin C, Ekstrak Lemon dan Witch Hazel yang sememangnya terbukti sangat efisien dalam perawatan kulit ditambah dengan Emas 24 karat bagi mendapatkan fungsi perawatan yang lebih cepat dan berkesan...


Kenapa dan Kelebihan Emas 24 Karat (Gold24K)

Emas diketahui sebagai hasil bumi yang sangat bernilai dan telah digunakan sebagai bahan penjagaan kulit sejak beribu tahun lagi....
Zaman nenek moyang kita pun dah guna emas untuk cantik...
Ratu Cleopatra contohnya antara insan yang menggunakan emas sebagai sumber kecantikan kerana emas itu sendiri sangat berkesan untuk perawatan kulit....

Sifat antioksidan yang sangat tinggi dalam emas boleh memberikan kesan yang mampu mengurangkan keradangan, selain itu emas juga mampu :

▸Melancarkan peredaran darah
▸Antibakteria yang mampu mencegah bakteria pada kulit
▸Memulihkan sel-sel kulit kita

Di negara Barat pula, ramai wanita yang telah menggunakan emas sebagai produk rawatan mewah dan eksklusif....
Produk-produk yang berasakan emas seperti masker dan krim banyak digunakan di  spa-spa dan menjadi lambang rawatan kosmetik yang mewah dengan harga yang sangat mahal...
Dari situ pun kita dah tau kan yang emas ni memang sangat bagus untuk kecantikan kulit..

Cara pengunaan Aureline Perfection Skin Serum With Gold24K

Selepas membersihkan kulit wajah, gunakan 1 atau 2 picit serum dan calitkan serta ratakan pada keseluruhan muka termasuk bahagian leher...
Gunakan 2 kali sehari waktu pagi dan malam..


Kalau macam AJ, 1 picit je pun dah cukup...
Best sangat serum ni sebab ianya tak melekit dan juga cepat menyerap dalam kulit...
Lepas AJ sapukan Aureline Perfection Skin Serum With Gold24K AJ dapat kesan glowing serta merta...

Cepat menyerap dan instant glowing!
Kulit wajah pun jadi semakin lembut dan tekstur kulit AJ jadi semakin baik....
Pori-pori yang terbuka pun semakin berkurangan....
Korang boleh tengok kat bawah ni gambar sebelum dan selepas AJ gunakan Aureline Perfection Skin Serum With Gold24K...


Nak tengok lagi testimoni?




Macam mana nak dapatkan Aureline Perfection Skin Serum With Gold24K??

Korang boleh hubungi Aureline Marketing untuk sebarang info atau pertanyaan lanjut :

☎ : 010-900 3065📧 : aurelinemarketing@gmail.comFB : Aureline Golden Perfection SerumIG : aureline_beauticare

Your right things...
For your ugly skin...

Yup, buat pilihan yang tepat untuk merawat kulit...
AJ pilih Aureline Perfection Skin Serum With Gold24K!

P/s : Bile cantik, barulah kite lebih yakin...



Monday, 13 February 2017

Studio Fotografi Kaio Studio | Abadikan Setiap Detik Anda!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa yang tengah mencari studio fotografi untuk mengabadikan setiap detik korang boleh pilih Studio Fotografi Kaio Studio yang merupakan studio photoshoot terbaik di Shah Alam..
Studio ini menawarkan white studio dan juga black studio...
AJ memang rasa berbesar hati sangat bila dapat mengabadikan kenangan di Kaio Studio dengan beberapa orang rakan blogger...
Gile tak bangga? Kaio Studio kot!

Studio Fotografi Kaio Studio | Abadikan Setiap Detik Anda!


Sebelum AJ mulakan, jom kita berkenalan dulu dengan Kaio..
Siapa dan bagaimana dia mula mengembangkan karier sehingga ke hari ini...

Lebih dikenali sebagai Kaio atau Anwar Abdullah dikalangan rakan-rakan, Khairul Anwar Abdullah merupakan lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan....


Image may contain: 2 people, people smiling, stripes and close-up
AJ bersama Kaio!

Pada tahun 2008, Kaio memulakan karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia dan berpengalaman menguruskan rombongan dari serata pelusuk dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab...

Tetapi bermula pada tahun 2012, Kaio telah terjun dalam bidang photography dan videography kerana minatnya yang mendalam dalam bidang kreatif ni dengan jenama Kaio Studio....
Pada mulanya Kaio mendapat banyak permintaan untuk videographer dan cover majlis-majlis perkahwinan....
Tapi kini Kaio telah melebarkan sayapnya ke pelbagai genre seperti muzik video, filem pendek, advertising, campaign video malahan program-program television...

Nama Kaio Studio bukan lagi 1 nama asing dalam dunia fotografi dan videografi....
Kaio Studio juga telah dinobatkan sebagai pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam (klik)


Banyak nama-nama besar telah berkerjasama dengan Kaio Studio antaranya :

Bersama Anuar Zain untuk sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel di Paris...
(Anuar Zain in Paris (klik untuk video)

Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com

Menjadi videographer untuk pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail di Cairo, Mesir...
• Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt (klik untuk video)

Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com

Antara nama lain yang turut menggunakan khidmat Kaio Studio ialah Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara...
Tidak ketinggalan juga nama-nama besar seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi....
Nak tau dengan lebih lanjut korang boleh layari website Kaio Studio...


Okay sekarang ni AJ nak cerita pulak pengalaman AJ berphotoshoot di Kaio Studio...

Memang 1 pengalaman paling berharga buat AJ...
Ini bukan pengalaman pertama AJ dengan Kaio Studio, banyak jugak gambar yang Kaio penah amik tapi tu semua masa event-event blogger la... Random pics...
Tapi untuk shoot dalam studio, ni kali pertama AJ dapat khidmat Kaio Studio...


Seawal jam 9 pagi, AJ dengan kawan-kawan blogger yang lain dah ada depan studio....
Usai mekap dan bersiap, mulalah masing-masing berikan pose terbaik untuk photoshoot ni....
Kalau korang tak pandai posing, jangan risau team Kaio Studio akan advise korang macam mana nak bagi pose terbaik...
Diorang memang proffesional gila.... Jadinya korang takkan rasa kekok ataupun malu...
Macam AJ sendiri pun, bukannya pandai sangat nak posing...
Tapi bila dah diberi sikit tunjuk ajar, bolehlah acah-acah model sikit.... 😃😃😃
Masa sesi photoshoot tu kan, kitorang gunakan white studio dan juga black studio...

Patutlah orang kata studio photoshoot kaio Studio ni terbaik kat Shah Alam, ruang photoshoot dia luas dan selesa... Wifi pun ada tau! So sambil-sambil tunggu giliran photoshoot tu, bolehlah posing-posing sikit belakang tabir dan post terus kat media sosial korang!


Studio photoshoot Kaio Studio ni, semua ada kelengkapan dia pun complete...
Nak bersiap mekap, salin baju pun senang....
Aritu AJ bawak 5 pasang baju termasuk baju yang AJ pakai masa datang tu....
Hahahahah....

5 perkataan untuk Kaio Studio dari AJ :

► BEST!
► SUPERB!
► AWESOME!
►AMAZING!
►THORBAIK!



Jom tengok antara hasil kerja sentuhan Kaio Studio....

Memang AJ boleh katakan, hasilnya cantik, menarik dan da'bomb!
Terima kasih Kaio Studio untuk studio fotografi yang best dan juga gambar yang cantik...
Terus berubah seorang Ayue 360◦ kat sini.. Hahahhahaha...



Antara favorite shot AJ!

Gambar rakan blogger yang lain :



Disebalik tabir sesi fotografi Kaio Studio 

Image may contain: 1 person, standing
Image may contain: one or more people, people standing, shoes and indoor

So kalau korang nak tau servis yang ditawarkan di Kaio Studio boleh klik sini...
Pelbagai servis yang boleh korang pilih iaitu Wedding photography and videography, Corporate photography and videography, Commercial video, Campaign video and photography, Music video dan bermacam-macam lagi...

Event-event lain dan hasil sentuhan Kaio Studio :

▻Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
▻Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
▻Ceres Jewels Bollywood Gala Night
▻Pure Lens by Mawar Rashid.
▻Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
▻Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis
▻Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd
▻Wedding of the Year SamTilla

Photo by Anwar Abdullah | www.kaiostudio.com
Muzik Video : Azlan & The Typewriter



Untuk sebarang info lebih lanjut :

Alamat Studio : 
KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD, 
1-06, Mitea Residence Office, 
No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13, 
40100 Shah Alam, Selangor. 

Boleh waze sahaja ‘KAIO STUDIO’
(Landmark berhadapan dengan Acapella Hotel & Suite Residence)
Tertarik tak tengok hasil kerja Kaio Studio??
Kalau tertarik cepat-cepat book untuk sebarang majlis korang nanti...
Mesti puas hati!

P/s : Tak puas tengok gambar sendiri tau!
Hehehhehehe... Thanks Kaio Studio!