Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 24 January 2017

Virtual Reality di VR Lab SS2 Best!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Virtual Reality or VR, gamer mesti kenal alat ni..
Tapi untuk AJ, memang tak penah tau pasal VR ni sampailah AJ ke VR Lab SS2 minggu lepas...
Sebenarnya ni kali pertama AJ cuba main game dengan menggunakan peranti VR....


VR Lab Malaysia mula ditubuhkan beberapa tahun lepas.. Merupakan yang pertama menyediakan room-scale virtual technology untuk gamer...


Misi mereka untuk membawa dunia VR lebih nyata dan lebih interaktif...
VR LAb Malaysia menyediakan peranti yang berkualiti untuk memberikan lebih kepuasan kepada pemain....
Menyediakan bilik khas yang luas bagi memudahkan pemain bergerak 360 darjah....


Menjadi salah seorang daripada Blogger dan Youtuber di VR Lab SS2 merupakan satu pengalaman baru buat AJ...
Acara dimulakan dengan ucapan dari Datin Shireen selaku pemilik VR Lab....


Selepas itu kami dibawa tour di premis 2 tingkat yang menyediakan beberapa bilik khas VR dan penerangan mengenai peralatan VR itu sendiri....
Selepas itu kami diberi peluang mencuba sendiri VR...


Mulanya, AJ sekadar nak teman Mr.JR je, tapi entah macam mana boleh terjebak sama....
Sampaikan tak boleh berhenti main... Hahahahha...
Masa mula-mula try tu kepala AJ agak berpusing sikit.... Rasa pening sebab korang memang rasa macam korang ada dalam game tu sendiri...
Macam filem Avatar tu... Memang real!
Lepas tu bila dah dapat tune dia, memang tak kasi can dah!


Selama beberapa jam kat situ, AJ mencuba pelbagai jenis game....
Paling AJ suka game tinju dan horror!
Di sini memang sesuai untuk mereka yang berkeluarga... Korang boleh main multiple player walaupun berada di bilik yang berlainan sebab peranti ni boleh menghubungkan pemain dari bilik ke bilik....

Nak tengok AJ beraksi dengan di VR Lab tak?
Tengok video kat bawah ni!


Jangan main-main tau! AJ bertinju okay...
Hehehehehe...

VR Lab juga menawarkan pakej unuk korang buat gathering, event seperti birhday dan private function...
Bila lagi nak buat kelainan kan?
Cuma tetapkan tarikh dan buat tetamu korang terpegun....
Nak gantikan photo booth yang biasa dalam majlis dengan VR booth pun diorang boleh setup...

So kalau korang nak tau info yang lebih lanjut mengenai VR Lab Malaysia hubungi :

Tel No :
016-8787321 Jack Ting
016-3118325 Carina

Laman web :

Facebook :

 VR Lab juga terdapat 7 outlet yang boleh korang kunjungi iaitu di :

SS 2
Bandar Sunway
Manjalara, Kepong
Kota Damansara
Wangsa Maju
Publika

 Jom rasai sendiri pengalaman yang berbeza dengan Virtual Reality (VR)
AJ pasti korang mesti TERUJA!

P/s : Non Gamer macam AJ pun terpengaruh! Hehehehhe

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

4 comments: