Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 13 January 2017

Irama Malaysia Bakal Digegarkan Dengan Wangikanlah Hatimu dari Noraniza Idris dan Tyka


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Suatu ketika dahulu, Irama Malaysia bukanlah genre asing dalam industri muzik...
Tapi selaras dengan perubahan era dan masa, Irama Malaysia nampaknya semakin tertelan dek zaman...
Justeru itu, kita bakal digegarkan dengan single terbaharu Wangikanlah Hatimu yang akan didendangkan oleh ratu Irama Malaysia yang tak asing lagi iaitu Noraniza Idris dan penyanyi baharu Tyka...

Image may contain: 2 people, text

Wangikanlah Hatimu terbitan Noraniza Idris Production Venture Sdn Bhd akan dilancarkan serentak di media sosial pada hari Ahad, 15 Januari 2017, 9 malam semasa grand finale 3 Juara nanti....
Single terbaharu berkonsepkan Pop Etnik dan Tradisional ini menggabungkan elemen nyanyian Dikir Barat dan Siam serta Sunda....
Single yang menggabungkan dua karakter vokal ini adalah karya ciptaan Amir Jahari dan AG Coco dan liriknya ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya....

Penerbitan kali ni menitik beratkan kepada kualiti susunan muzik pada keseluruhannya dan muziknya juga disusun secara "live"....
Proses persediaan single Wangikanlah Hatimu ini sangat kemas dan tidak mengambil masa yang terlalu panjang....
Sepanjang 2 bulan bermula dari perbincangan dengan Amir Jahari, penyesuaian melodi telah dibuat mengikut keserasian vokal nyanyian dan karakter dalam lagu...
Wangikanlah Hatimu juga merupakan single Irama Malaysia yang diterbitkan pada tahun ini...


Trivia
Noraniza Idris

Image may contain: 1 person, close-up

  • 32 tahun pengalaman dalam industri muzik 
  • Wanita pertama Pengasas Pop Tradisional semenjak tahun 1996 dan diiktiraf oleh Majlis Wanita Johor pada tahun 2001
  • Duta kecil berbangsa Melayu yang mengangkat budaya masyarakat orang asli Negeri Pahang ke pentas Anugerah Industri Muzik Malaysia dan dikurniakan pingat Ahli Mahkota Pahang pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri Pahang
  • Tokoh Budaya dan penggerak program pembangunan belia menerusi budaya semenjak tahun 2014
  • Pengasas modul pembelajaran seni budaya dan akhlak suntikan modal insan melalui pendekatan akademik, sahsiah dan kokurikulum kepada 19,000 peserta bersijil dengan kerjasama Kementerian sepanjang tahun 2014 dan 2015 menerusi 12 lokasi seluruh Malaysia selama 2 tahun dalam program Akar Zapin Kita

Tyka

Image may contain: 1 person, close-up

  • 17 tahun pengalaman dalam bidang nyanyian seawal usia 5 tahun dengan lagu-lagu irama Ghazal dan Asli
  • Artis kelahiran program realiti TV Seiras Seirama 2015 (final mewakili Misha Omar terbitan Astro), Bintang Klasik Kasih 2015 (Naib Juara terbitan RTM), 3 Juara 2016 (Terbitan TV3)
  • Minat dan kreatif menggubah lagu sedia ada dengan cara yang tersendiri
  • Suka membuat kajian tentang seni budaya kaum etnik selain Melayu untuk penghayatan dalam nyanyian dan boleh menyanyikan lagu gende balada dan R&B dengan baik
  • Mudah mesra dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira batas usia

So kalau korang nak dengar sendiri alunan lagu Wangikanlah Hatimu buat julung kalinya, jangan lupa temujanji kita pada hari Ahad ni, 15 Januari 2017 jam 9 malam dalam program 3 Juara, TV3 okay...
AJ pun akan ada kat sana nanti...
So kalau nampak muka AJ ade keluar TV ke, jangan lupa amik gambar okay... Hehehehehehe....




Serius AJ tak sabar nak tunggu persembahan Ahad ni sebab seperti yang kita semua sedia maklum, Kak Ani selalu membuat pelkbagai kejutan dalam setiap persembahan....
Nak pulak Wangikanlah Hatimu ni julung kali dimainkan secara langsung dan eksklusif!


Kalau korang nak tau lagu ini mempunyai maknanya yang tersendiri...
Liriknya digubah dengan mesej berunsurkan nasihat dan ingatan..
Itulah Irama Malaysia... Dalam berhibur terselit jua pelbagai kata-kata nasihat secara tak langsung kepada masyarakat kita....

So jangan lupa okay... Wangikanlah Hatimu...

Nak dengar teaser lagu ni?
Boleh klik link kat bawah ni okay...


Untuk maklumat lanjut :

Youtube :

Page :

Instagram :

Laman web :

P/s : Lama tak dengar lagu-lagu joget..


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

2 comments:

  1. Yeay.... tak sabar nak tgk live, jumpa disana

    ReplyDelete
  2. tak pernah tgk 3 juara ni, nanti boleh tonton konsert akhir!

    ReplyDelete