Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 29 November 2016

Pakej Percutian Bajet 4 Hari 3 Malam ke Phuket, Krabi dan Hatyai dengan Ayden Averroes Travel


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa yang follow AJ dekat facebook dan instagram mesti perasan yang AJ sakan berjalan sepanjang beberapa hari yang lepas....
Yup AJ ikuti pakej percutian bajet 4 hari 3 malam ke Phuket, Krabi dan Hatyai dengan Ayden Averroes Travel...
Sekarang ni banyak kes penipuan melibatkan travel agency kan?
Tapi dengan Ayden Averroes Travel ni korang tak perlu risau ditipu...
AJ sendiri dah bercuti dengan pakej percutian bajet mereka memang betul-betul puas hati...


Untuk trip kali ni, AJ bukan keseorangan okay... AJ pegi dengan lagi 10 orang geng #KelabBloggerBenAshaari...
Memang havoc habis! Yang pegi tu pulak semuanya cik murai....
AJ memang orang yang paling excited la dengan trip ni.. Sebab AJ memang suka sangat pegi ke Negara Gajah Putih ni...
Tahun ni je dah 4 kali AJ menjejakkan kaki ke sana.....


Hari pertama kami semua berkumpul di Bukit Kayu Hitam, selepas itu kami dijemput pihak agensi dengan van untuk meneruskan perjalanan ke Phuket selepas selesai urusan dengan imigresen....
Alhamdulillah walaupun ada sedikit rintangan dengan salah seorang ahli KBBA, kami dapat meneruskan perjalanan.....


Trip ni kami di "guide" oleh Eja salah seorang agen Ayden Averroes Travel...
Dari sempadan ke Phuket mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan.... Memang 1 trip yang panjang!
Tapi jauh perjalanan, luas pemandangan kata orang...
Masa ni la kita dapat tengok adat dan budaya serta pemandangan negara orang... =D
Masa kat Phuket, kami dibawa berjalan sekitar Patong Beach, Bangla Road dan Kilang Baju Phuket...


Nak tau lebih lanjut, nanti AJ cerita dalam entri seterusnya...

Hari kedua kami bertolak ke Krabi tapi sebelum tu kami dibawa menaiki bot pusing-pusing di James Bond Island dan Koh Panyee...
Lepas makan tengah hari terus ke Krabi untuk bermalam di sana... Dari Phuket ke Krabi lebih kurang 3 jam perjalanan...
Sebenarnya ini kali kedua AJ berada di Krabi... Sebelum ni tak puas jalan sebab masa AJ pegi tu musim hujan...
Dengan pakej percutian bajet kali ni, AJ dibawa pusing 1 Krabi okay....
Antara aktiviti yang ditawarkan semasa percutian ni ialah Island Hopping dan snorkeling, melawat kedai cenderamata Shell Fossil dan makan-makan di Krabi Night Walking Street!
Sampai sakit kaki dibuatnya berjalan... Hahahhaha...





Hari terakhir pula, kami dibawa ke tempat Elephant Tracking pada sebelah pagi dan seterusnya bertolak ke Khlong Hae Floating Market yang terletak di Hatyai...
Kat floating market ni memang AJ panggil syurga makanan....
Macam-macam makanan unik Thailand yang terdapat di setiap 1 bot...
Ada yang biasa kita makan dan ada juga makanan yang kita takkan jumpa kat KL...
 Bab halal jangan risau, para peniaga nya terdiri daripada orang Islam...



So dah baca teaser pasal trip AJ ni mesti korang nak tau harga yang ditawarkan??
Pakej percutian bajet ni memang betul-betul murah dan jimat... Tak caya boleh tengok bawah ni..

 
PHUKET + KRABI + HATYAI (4HARI 3MALAM)

- RM549 per pax - Dewasa
- RM449 per pax - Kanak-kanak (2thn - 12 thn)
- RM100 per pax - Deposit


PAKEJ TERMASUK :
✅Van Commuter dari sempadan Bukit Kayu Hitam
✅Hotel 2 malam di Aonang Krabi
✅Hotel 1 Malam di Phuket

🏊Island hopping di Krabi :
👉Poda Island
👉Tup Island
👉Chicken Island
👉Railay Beach
✅ Snorkeling
✅Free lunch di beach semasa Island Hopping (dalam bot)
✅Krabi city tour :
👉Black Crab
👉Nok Awk
👉Krabi Night Market
👉Aonang Walking Street
👉Gastropod shell fossil


Aktiviti di Phuket :
🏊Island hopping
👉James Bond island
👉koh panyee
✅ Banglaa Road
✅Patong Beach
✅Phuket kilang bag


Aktiviti Hatyai :
Perjalanan pulang singgah Di Hatyai
✅ Floating Market


TAK TERMASUK :
❎Makan minum selain dinyatakan di atas

Pada AJ harga yang ditawarkan memang berpatutan... Tapi nak pegi korang bawak duit lebih tau....
Makan kat situ memang sedap-sedap.... AJ banyak habis duit kat makan je tau! 😉
Selain tu mesti ada yang nak beli cenderamata untuk keluarga dan rakan-rakan kan?

Kalau nak tau info lebih lanjut mengenai Ayden Averroes Travel, boleh follow laman sosial dibawah :


Pakej Percutian Jimat Dan Murah

Pakej Murah-Murah Kak Joyah 



Selain pakej ke Phuket, Krabi dan Hatyai banyak lagi tempat menarik lain yang mereka tawarkan, cakap je nak pegi mana Insyaallah ade...
Okaylah nanti AJ sambung entri ni okay...
Mesti korang nak tau lebih lanjut kan pasal aktiviti kitaorang kan kan kan?

Banyak cerita dan pengalaman sepanjang trip yang AJ nak kongsikan dengan korang ni tau...
Tunggu okay..

P/s : Balik bercuti, mood keje merundum!




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Wednesday, 23 November 2016

Rawatan IPL Hair Removal dan Photo Rejuvenatiom di VIPPS Koreana Clinic, Kota Damansara

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Pssst...Korang kene baca entri ni sampai habis tau...
AJ ada hadiah sikit nak bagi... 😀
Ahad lepas, AJ pegi buat rawatan muka di VIPPS Koreana Clinic, Kota Damansara...
Klinik asthetic yang terletak di Sunway Nexis ini mempunyai pelbagai jenis rawatan untuk kulit kita....
Sampai je kat sana AJ disapa ramah oleh staff-staff kilinik... memang best!


Pada sesi lawatan ari Ahad lepas, AJ buat 2 jenis rawatan iaitu IPL Hair Removal dan juga Photo Rejuvenation..
Sebelum membuat apa-apa rawatan, korang akan diberikan penerangan ringkas mengenai setiap rawatan yang bakal korang lakukan...
Fungsi dan kesannya terhadap kulit kita....


Lepas penerangan ringkas dari staff VIPPS Koreana Clinic, AJ dibawa masuk ke dalam bilik rawatan untuk menjalani kedua-dua treatment tersebut..
Mula-mula sekali, muka AJ dibersihkan daripada segala mekap.... Seeloknya sebelum nak buat rawatan, korang tak perlu mekap ye... AJ tak tau...

Bilik rawatan
Rawatan pertama, photo rejuvenation...
Rawatan ini bertujuan untuk mengembalikan keanjalan kulit, mencerahkan dan juga menghidrasikan kulit menjadikan kulit lebih cerah dan lembab....
Proses ini dimulakan dengan meletakkan sejenis gel jernih pada kulit wajah dan seterusnya muka akan dilaser dengan mesin khas....
AJ tak rasa sakit pun semasa proses ni...
Cuma rasa macam kene gigit semut dan ada bau hangit sikit setiap kali muka dilaser....
Lepas tu, kulit wajah dibersihkan...
Hasilnya AJ dapat rasa kulit AJ lebih tegang... Cepat betul hasilnya!

 

 Bawah ni pulak video semasa rawatan dijalankan...
video

Rawatan kedua, IPL Hair Removal...
Rawatan ni bertujuan membuang bulu-bulu yang tidak diingini... Yelah kalau kita tak suka nak cukur, cabut ataupun wax bulu, IPL hair removal merupakan salah 1 rawatan yang boleh korang pertimbangkan... Cara ini paling efektif dan paling baik disarankan oleh pusat kecantikan aesthetic...

Kalau AJ sendiri, AJ ade misai-misai halus disekitar atas bibir...
Walaupun kadang-kadang tak berapa nampak, AJ sendiri kurang selesa...
Malahan Mr.JR pun penah tegur AJ ade misai... Malu kot!



Selain pada wajah, proses IPL hair removal ini boleh dilakukan pada kaki dan juga tangan serta mana-mana area yang berbulu...
Pendek kata mana sahaja bahagian yang ada bulu-bulu yang tak diingini la...

Proses IPL Hair Removal ni tidak menyakitkan...
Sama macam photo rejuvenation jugak, AJ rasa macam kene gigit semut sikit je...
Hasilnya, misai halus AJ hilang serta merta dan kulit juga tak meradang...

Selepas rawatan muka AJ diletakkan mask kiwi selama 20 minit untuk mengurangkan kesan merah akibat laser...
Merah ni cuma sekejap je tau...
Kulit muka AJ pulak agak sensitif, jadi memang akan ada sikit kemerah-merahan la.. 😃

Kesan kemerah-merahan

Mask Kiwi untuk mengurangkan kesan merah pada kulit

Hasil dari kedua-dua rawatan ni, AJ dapat rasakan kulit AJ lebih anjal, lembut dan cerah....

Selepas rawatan

So kalau korang nak cuba sendiri rawatan di VIPPS Koreana Clinic, Kota Damansara boleh rujuk info dibawah :

Facebook :
VIPPS Koreana Clinic-KD / @vippskoreanaclinickd

Instagram :
@vippsclinic_kd

Contact :
 03-6151 2221 , 03-6150 2216
 Whatsapp no :
016-332 0701

Tunggu dulu!
Hadiah yang AJ janjikan untuk korang...
Tadaaaa....


AJ ada nak bagi diskaun RM200 untuk korang tau!
Kalau korang teringin nak buat rawatan di VIPPS Koreana Clinic - KD korang boleh printscreen voucher yang ada nama blog AJ kat bawah ni...
Diskaun RM 200 okay, siapa nak bagi?
Rugi tau kalau tak grab...
Jangan lupa ajak sekali kawan-kawan korang tau...

P/s : Siapa tak nak cantik??


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Thursday, 17 November 2016

Jalan Jalan Japan | Pengalaman Membeli-Belah Menakjubkan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sabtu yang lepas AJ dijemput untuk ke Jalan Jalan Japan (JJJ)...
Masa mula-mula kan, AJ ingat Jalan Jalan Japan ni macam travel agency....
Tapi sangkaan AJ meleset....
Rupanya JJJ ni concept store yang membekalkan barang-barang preloved dari Jepun...
Bukan sahaja pakaian dan kasut malahan barangan sukan, permainan kanak-kanak dan juga perabot juga dijual disini dari pelbagai jenama terkenal di Jepun...


Jalan Jalan Japan ni memang menjanjikan pengalaman membeli-belah yang menakjubkan dan lain daripada yang kita alami....

Outlet hasil usahasama Bok Marketing Sdn Bhd serta gabungan antara Bookoff Corporation Limited, Koike Malaysia Sdn.Bhd dan Koike Corporation Limited....
Ianya merupakan outlet mereka yang pertama di Malaysia akan dibuka kepada umum mulai 18 November 2016 ini....
Terletak di One City Mall, USJ 1 ianya sangat luas dan ada 2 tingkat pasti memberi keselesaan kepada pembeli...


AJ ni jarang sangat beli barangan dalam kategori preloved, tapi kat sini AJ berani nak beli sebab ianya bersih dan barangan yang dijual juga merupakan antara barangan yang terpilih....
Dari segi harga pulak memang korang akan berpuas hati...
Harga giler Jalan Jalan Japan bermula dari serendah RM 2 sahaja
Yup RM 2 sahaja!


Masa AJ pegi soft launch dia, AJ berjaya habiskan RM 200...
Tapi RM 200 tu korang boleh shopping bak raja...
AJ dapat beli 2 handbag, 3 pasang kasut, 1 sleeping bag dan berpasang-pasang jaket dan dress....
Sampaikan orang kat sana pun teruja tengok AJ shopping tau...
Kualiti barang pun thorbaik! Nampak baru dan paling penting takde bau tau!


So kalau nak merasai sendiri pengalaman membeli-belah yang menakjubkan macam AJ dah alami, korang boleh berkunjung ke Grand Opening Jalan Jalan Japan esok....
Korang boleh tengok details kat bawah ni..

Tarikh : 18 November 2016

Masa : 10 pagi - 10 malam

Tempat : 1A Skypark One City, 
Jalan USJ 25/1, 47650 Subang Jaya.

Maklumat lanjut korang boleh ke laman-laman sosial mereka seperti di bawah..


Instagram : @jalanjalanjapanmy

Lepas tu AJ nak bagitau berita baik...
100 orang pertama akan dapat diskaun 10% tau..
Dahlah harga giler, dapat lagi diskaun...
Memang harga giler giler lah wehhh!!!



Esok jangan lupa tau....
Korang KENA pegi Jalan Jalan Japan!

Jom AJ bawak korang Jalan Jalan Japan...













Murah kan??

P/s : Tunggu tau!




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Promosi Akhir Tahun Traveloka


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tak lama lagi cuti sekolah akan bermula...
AJ pasti ibubapa sekarang tengah sibuk merangka percutian keluarga kan?
Yelah masa cuti akhir tahun ni la ramai yang berpeluang cuti panjang...
Anak-anak cuti, ibubapa pun mesti nak clearkan cuti jugak kan?
Dan masa ni jugak banyak promosi akhir tahun muncul... Nak berjimat? Sekaranglah waktunya....

Baru-baru ni kawan AJ ada bertanya pasal tempat penginapan yang selesa dengan harga yang menarik...
Since AJ selalu travel, memang AJ biasanya menjadi kaunter pertanyaan la...
Runsing kawan AJ tu fikir mana nak bawak anak-anak bercuti...
Budak-budak kan, cuti sekolah ni la masa mereka nak relax sekejap... =D 

Kat sini AJ nak war-warkan yang Traveloka ada banyak promosi sempena akhir tahun ni...
Banyak pilihan tempat penginapan yang boleh dipilih oleh ibubapa mengikut bajet masing-masing tau...
Ada lebih daripada 100 buah hotel bukan sahaja di Malaysia, malahan di Indonesia, Thailand, Singapura dan banyak lagi lokasi yang boleh ditempah dengan harga yang sangat menjimatkan!
Fuhhh... Diskaun yang ditawarkan memang buat korang rasa nak bercuti di banyak tempat dalam 1 masa...
Kalau nak tau senarai hotel yang menawarkan diskaun hebat ni korang boleh klik sahaja https://www.traveloka.com/en-my/promotion


 
Selain hotel, Traveloka juga menawarkan pakej penerbangan ke setiap destinasi percutian...
Cakap je nak bercuti di mana, Traveloka ada jawapannya.. =D

AJ rasa kalau korang tak amik peluang dengan promosi akhir tahun Traveloka ni memang rugi sangat...
Tawaran dari mereka memang sangat mengujakan.... AJ pasti korang takkan boleh kata TIDAK dengan promosi yang ada...
Ada weekend promo dan juga promosi untuk pemegang kad kredit...


Banyak sangat pilihan hotel dari 3 bintang sehinggalah ke 5 bintang ditawarkan....
Harganya memang tak masuk akal...
Yelah selalu cuti sekolah je harga bilik hotel mesti melambung tinggi...
Sebab masa ni la ramai orang menempah bilik hotel...
Tapi dengan Traveloka, masalah harga bukan lagi masalah!

Kat sini AJ nak suggest beberapa hotel yang AJ tengok macam menarik je...

Kalau untuk percutian bersama keluarga korang boleh pilih The Legend Resort Cherating....
Terletak betul-betul tepi pantai...



Selain tu korang juga boleh pilih beberapa hotel di kawasan peranginan lain seperti Langkawi, Pulau Pangkor dan sebagainya...

 

Hotel Tubotel, Langkawi untuk mereka yang merangka percutian santai dan bersahaja..

Akhir tahun ni pun ramai yang melangsungkan perkahwinan kan?
Time cuti panjang ni la boleh merangka honeymoon kat dalam dan luar negara....
AJ sarankan korang pegilah Indonesia....
Ramai kawan-kawan AJ kata Indonesia ni banyak tempat menarik jugak tau... Nak-nak untuk pasangan baru berkahwin ni....



Yang ni kan Mega Boutique Hotel & Spa yang terletak di Kuta, Bali....
Best ni, tepi pantai gitu...



Ini pulak Hotel Santika Seminyak juga d Bali Indonesia...
Sesuailah untuk mereka yang idamkan percutian romantik... =D

Baru ni AJ ada ke Hatyai dan Songkhla, Thailand tau...
AJ stay kat Hatyai Palace.... Hotel ni 3 bintang, tapi dia punya selesa macam 5 bintang okay....
AJ tengok promosi akhir tahun Traveloka ni memang melampau-lampau murah pulak harganya....
Ni yang buat AJ nak bercuti lagi dan lagi....
Tengok? Bukan ibubapa je fikir nak cuti kat mana sempena cuti sekolah ni...
Yang belum berstatus ibubapa pun nak cuti jugak! Hahahahha....





 So apa tunggu lagi?
Layari https://www.traveloka.com/en-my/ dan pilih tempat penginapan idaman korang pada harga diskaun...
Jimat kan?
Duit yang extra tu boleh la pakai untuk shopping masa bercuti nanti.....

Nak lagi mudah korang boleh download je aplikasi Traveloka di telefon bimbit korang....
Dengan Traveloka segala urusan untuk bercuti jadi cukup mudah....
Dapat tarikh yang sesuai dan tempat yang menarik, 5 minit je dah siap semua..
Tinggal nak packing dan bercuti je lagi....

Nah AJ belanja korang gambar-gambar sekitar percutian AJ kat Hatyai dan Songkhla haritu... =D
Manalah tau kalau lepas tengok gambar ni dapat ilham nak  bercuti kat mana kan....







Cepat grab peluang sempena promosi akhir tahun Traveloka...
Ingat cuti, ingat Traveloka okay...

P/s : AJ pun nak plan bercuti jugak....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"