Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 19 December 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016 Anak Muda Buktikan Mat Motor Mampu Berjaya!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hujung minggu lalu berlangsungnya FIM Asia Supermoto Championship 2016 di Stadium Shah Alam, Selangor...
Ini merupakan pusingan terakhir bagi tahun ini...
Pusingan pertama berlangsung di Australia, pusingan kedua pula mengambil tempat di Indonesia, manakala pusingan ketiga bertempat di Filipina dan pusingan terakhir, di Malaysia...



Melalui FIM Asia Supermoto Championship 2016, ramai anak muda berjaya membuktikan bahawa mat motor juga mampu berjaya...
Buktinya anak muda berusia 25 tahun, Mohd Habibullah atau lebih dikenali sebagai Gabit #27 dari Sungai Buaya, berjaya menjadi juara keseluruhan bagi kategori Open International Class dan juga Asian Class....
Bapa kepada 2 orang cahayamata ini berjaya menjulang sebuah trofi serta membawa pulang USD 3000....



AJ berpeluang menyaksikan sendiri acara ini pada hari Sabtu yang lepas...
Walaupun cuaca agak kurang mengizinkan ianya tidak menghalang para pelumba untuk beraksi...
Dah lama AJ tak turun padang tengok sendiri race.. Masa kecik dulu Abah rajinlah bawak tengok cup prix...




Semasa acara ini, kami dijuga dibawa ke setiap tent pasukan yang berentap untuk berkenalan sendiri dengan mereka...
Kalau nak tau, dalam acara ni bukan ada pelumba lelaki je, malahan pelumba perempuan juga turut beraksi...
Pelumba tersebut tak lain dan tak bukan, Siti Fatimah Husna yang pernah menjadi viral suatu ketika dulu..... Awek rider ni bhai! Tapi dah berpunya ye...
Jangan harap korang nak ngorat okay... =D





AJ harap pada masa hadapan lebih ramai yang menyokong industri permotoran ni...
Kalau ada yang nak turut serta pun bagus...
Ini baru betul dinamakan hero jalanraya... Bukannya merempit tak tentu hala...

Tak lupa juga nak ucapkan terima kasih kepada para penaja dan juga Sim yang memberi peluang kepada geng-geng #kelabBloggerBenAshaari turut serta dalam acara ini....
AJ harap tahun depan AJ dapat join lagi... =D


P/s : Berangan nak amik lesen B Full dah berabad dah...
Tapi entah bila nak amiknya tak tau la...



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

4 comments:

  1. muda lagi gabit tu rupanya, ingatkan sebaya... hahahaha

    ReplyDelete
  2. Tahniah yang menang ... last pergi event mcm ni dekat 10tahun lepas .hahaha

    ReplyDelete