Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 29 November 2016

Pakej Percutian Bajet 4 Hari 3 Malam ke Phuket, Krabi dan Hatyai dengan Ayden Averroes Travel


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa yang follow AJ dekat facebook dan instagram mesti perasan yang AJ sakan berjalan sepanjang beberapa hari yang lepas....
Yup AJ ikuti pakej percutian bajet 4 hari 3 malam ke Phuket, Krabi dan Hatyai dengan Ayden Averroes Travel...
Sekarang ni banyak kes penipuan melibatkan travel agency kan?
Tapi dengan Ayden Averroes Travel ni korang tak perlu risau ditipu...
AJ sendiri dah bercuti dengan pakej percutian bajet mereka memang betul-betul puas hati...


Untuk trip kali ni, AJ bukan keseorangan okay... AJ pegi dengan lagi 10 orang geng #KelabBloggerBenAshaari...
Memang havoc habis! Yang pegi tu pulak semuanya cik murai....
AJ memang orang yang paling excited la dengan trip ni.. Sebab AJ memang suka sangat pegi ke Negara Gajah Putih ni...
Tahun ni je dah 4 kali AJ menjejakkan kaki ke sana.....


Hari pertama kami semua berkumpul di Bukit Kayu Hitam, selepas itu kami dijemput pihak agensi dengan van untuk meneruskan perjalanan ke Phuket selepas selesai urusan dengan imigresen....
Alhamdulillah walaupun ada sedikit rintangan dengan salah seorang ahli KBBA, kami dapat meneruskan perjalanan.....


Trip ni kami di "guide" oleh Eja salah seorang agen Ayden Averroes Travel...
Dari sempadan ke Phuket mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan.... Memang 1 trip yang panjang!
Tapi jauh perjalanan, luas pemandangan kata orang...
Masa ni la kita dapat tengok adat dan budaya serta pemandangan negara orang... =D
Masa kat Phuket, kami dibawa berjalan sekitar Patong Beach, Bangla Road dan Kilang Baju Phuket...


Nak tau lebih lanjut, nanti AJ cerita dalam entri seterusnya...

Hari kedua kami bertolak ke Krabi tapi sebelum tu kami dibawa menaiki bot pusing-pusing di James Bond Island dan Koh Panyee...
Lepas makan tengah hari terus ke Krabi untuk bermalam di sana... Dari Phuket ke Krabi lebih kurang 3 jam perjalanan...
Sebenarnya ini kali kedua AJ berada di Krabi... Sebelum ni tak puas jalan sebab masa AJ pegi tu musim hujan...
Dengan pakej percutian bajet kali ni, AJ dibawa pusing 1 Krabi okay....
Antara aktiviti yang ditawarkan semasa percutian ni ialah Island Hopping dan snorkeling, melawat kedai cenderamata Shell Fossil dan makan-makan di Krabi Night Walking Street!
Sampai sakit kaki dibuatnya berjalan... Hahahhaha...





Hari terakhir pula, kami dibawa ke tempat Elephant Tracking pada sebelah pagi dan seterusnya bertolak ke Khlong Hae Floating Market yang terletak di Hatyai...
Kat floating market ni memang AJ panggil syurga makanan....
Macam-macam makanan unik Thailand yang terdapat di setiap 1 bot...
Ada yang biasa kita makan dan ada juga makanan yang kita takkan jumpa kat KL...
 Bab halal jangan risau, para peniaga nya terdiri daripada orang Islam...



So dah baca teaser pasal trip AJ ni mesti korang nak tau harga yang ditawarkan??
Pakej percutian bajet ni memang betul-betul murah dan jimat... Tak caya boleh tengok bawah ni..

 
PHUKET + KRABI + HATYAI (4HARI 3MALAM)

- RM549 per pax - Dewasa
- RM449 per pax - Kanak-kanak (2thn - 12 thn)
- RM100 per pax - Deposit


PAKEJ TERMASUK :
✅Van Commuter dari sempadan Bukit Kayu Hitam
✅Hotel 2 malam di Aonang Krabi
✅Hotel 1 Malam di Phuket

🏊Island hopping di Krabi :
👉Poda Island
👉Tup Island
👉Chicken Island
👉Railay Beach
✅ Snorkeling
✅Free lunch di beach semasa Island Hopping (dalam bot)
✅Krabi city tour :
👉Black Crab
👉Nok Awk
👉Krabi Night Market
👉Aonang Walking Street
👉Gastropod shell fossil


Aktiviti di Phuket :
🏊Island hopping
👉James Bond island
👉koh panyee
✅ Banglaa Road
✅Patong Beach
✅Phuket kilang bag


Aktiviti Hatyai :
Perjalanan pulang singgah Di Hatyai
✅ Floating Market


TAK TERMASUK :
❎Makan minum selain dinyatakan di atas

Pada AJ harga yang ditawarkan memang berpatutan... Tapi nak pegi korang bawak duit lebih tau....
Makan kat situ memang sedap-sedap.... AJ banyak habis duit kat makan je tau! 😉
Selain tu mesti ada yang nak beli cenderamata untuk keluarga dan rakan-rakan kan?

Kalau nak tau info lebih lanjut mengenai Ayden Averroes Travel, boleh follow laman sosial dibawah :


Pakej Percutian Jimat Dan Murah

Pakej Murah-Murah Kak Joyah 



Selain pakej ke Phuket, Krabi dan Hatyai banyak lagi tempat menarik lain yang mereka tawarkan, cakap je nak pegi mana Insyaallah ade...
Okaylah nanti AJ sambung entri ni okay...
Mesti korang nak tau lebih lanjut kan pasal aktiviti kitaorang kan kan kan?

Banyak cerita dan pengalaman sepanjang trip yang AJ nak kongsikan dengan korang ni tau...
Tunggu okay..

P/s : Balik bercuti, mood keje merundum!




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

6 comments:

  1. Nak pi lgi la.. yg pentg snorkelinggg

    ReplyDelete
  2. Syok laaa...nnt nak cuba tanya la kalau boleh bawak jalan...sally dah ada tiket tapi belom tau nak jalan ke manaaa

    ReplyDelete
  3. Jangan lupe kisah titisan airmata di elephant trecking. Hahahah

    ReplyDelete
  4. wow.. memang berbaloilah dengan harganya. cool. nampak AJ enjoy sangat dgn kelab KBBA.

    ReplyDelete
  5. jelesnya..bestnyaa..tkde lagi rezeki kita nak pergi negara orang

    ReplyDelete