Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 16 November 2016

Bersantai di Mini Zoo Menara Kuala Lumpur


ASSALAMULAIKUM DN SALAM SEJAHTERA 

Sabtu yang lepas AJ dengan geng #KelabBloggerBenAshaari bersantai di Mini Zoo Menara Kuala Lumpur...
Seawal jam 9.30 pagi dah berkumpul kat sana...
Menara KL, rasanya dah lama tak jejakkan kaki kat sana...
Mini Zoo ni terletak betul-betul kat kaki Menara Kuala Lumpur...
Dulu kat kaki Menara KL ni takde apa pun... Yang ada hanya Hutan Simpan Bukit Nenas...


[image%255B8%255D.png]

Apa yang menariknya Mini Zoo di Menara KL ni???
Banyak benda yang menarik disini...
Ada beberapa jenis binatang yang tak biasa dilihat terdapat di Mini Zoo Menara KL..
Antaranya Meerkat, Dwarf Mongoose, Kangaroo, Alpaca, Ferret, Racoon dan sebagainya...
AJ yang besar panjang ni pun teruja bila masuk dalam tu...
Inikan pulak kanak-kanak, lagilah berganda keriangan....
Kat sini, kita bebas nak sentuh dan bermanja-manja dengan beberapa jenis binatang tau...
Tapi buaya, tak bolehlah nak sentuh... Kang tak pasal kena ngap! Hahahaha...

Sebelum AJ menceceh berjela-jela, jom AJ bawak korang berjalan-jalan di dalam Mini Zoo Menara Kuala Lumpur ni dulu...

Dwarf Mongoose
Yang si kecik ni kan, memang AJ geram sungguh... Dia punya sifat nak tau tu tinggi betul...
AJ halakan lens kamera terus dia tunjuk muka comel nak tau dia tu...


Meerkat
Selalu AJ tengok Meerkat dalam TV je...
Tak terfikir pulak yang AJ akan dapat tengok sendiri gelagat Meerkat depan mata....
Tapi yang ni tak boleh nak pegang sebab mereka ni lincah... Tak reti duduk diam... =D

Kangaroo
Ferret

Lepas tu kan, kat Mini Zoo Menara KL ada baby kangaroo dan ferret tau...
AJ nak amik gambar dia terus dia cium pipi AJ... Alahai... Cair kakak!
Animals love me!

Selain tu terdapat beberapa haiwan esotik, haiwan terlindung seperti buaya, ular, iguana, kala jengking, monyet dan kura-kura...
Yang AJ perasan kan, kat sini semua haiwannya mini-mini je....
Dah nama pun Mini Zoo, janganlah korang expect nak ade dinosour pulak kat situ... Hehehhehehe...





















So kalau korang nak rasai sendiri pengalaan ni korang kenalah berkunjung ke Mini Zoo Menara KL...
Bayaran masuk yang dikenakan juga agak berpatutan dan terdapat pakej menarik untuk mereka yang berkeluarga...


Dewasa : RM 32
Kanak-kanak dan Warga Emas : RM 27
Pakej Mini 1 Dewasa & 1 Kanak-kanak : RM 50 (free ice-cream)
Pakej Keluarga 2 Dewasa & 2 Kanak-kanak : RM 98 (free 2 ice-cream)

Best tak???? So cuti sekolah kan tak lama lagi...
Bolehlah bawak anak-anak bersantai di Mini Zoo Menara Kuala Lumpur....

Sebelum balik tu, kitorang sempat lagi menyinggah kat Domino's The Weld....
Alhamdulillah kenyang open table kat situ....

Terima kasih AJ ucapkan kepada Mr. Rajagopal dari Mini Zoo Menara KL atas kesudian menerima kunjungan askar-askar #kelabBloggerBenAshaari...
Semoga berjumpa lagi...

P/s : AJ mengalahkan kanak-kanak kat sana...
Hahahahhahaha...





"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

7 comments:

  1. bestnya banyak jugak animal kat situ.. boleh bawak bebudak ni kompom suka

    ReplyDelete
  2. Semua pets minat dgn ayu.. jeles i tgk... 'Ayu pencinta pets'

    ReplyDelete
  3. mak aih..semua nya menakut kan..kalau akak memang tak boleh pi la tempat gini.sebab penakut..hahah

    ReplyDelete
  4. Wah. Jadi kak ayu g mane2 semua sayang. Kucing kejar, anak kanggaroo cium. Pencinta haiwan ni.

    ReplyDelete
  5. tmpt menarik utk santai bersama keluarga.. anak² pun belajar tentang haiwan!

    ReplyDelete