Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 3 October 2016

Rainbow Waterfall Sungai Lembing | Menakjubkan!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari kedua, iaitu hari terakhir di Sungai Lembing kami dibawa oleh pihak Xcape Resort ke Rainbow Waterfall yang terlatak tak jauh dari resort...
Jauh tak jauh 20 minit jugak kot...... =D

Seawal jam 7 pagi semua dah berkumpul, selesai je breakfast semua bersiap sedia naik 4x4....
Tapi sebelum pegi tu ada sikit rintangan... Ada pokok tumbang kat laluan menuju  ke sana....
Lepas dah alihkan kami terskan perjalanan macam biasa....
Disebabkan malam sebelum tu hujan, memang laluan tu berlumpur dan licin....
Tapi kalau nak 4x4 apa ada hal??



"Rainbow Waterfall Sungai Lembing | Menakjubkan!"

Lebih kurang 20 minit perjalanan kami sampai di Rainbow Waterfall....
Tapi tu baru sampai kat jalan masuk je tau....
Nak ke sana korang kene seberang sungai dan hiking lebih kurang 1000 meter... 1 km jugak tu!
Adalah dalam 45 minit perjalanan...


Jangan risau, laluan mudah je nak hiking tu...
Panjat-panjat bukit sikit je.. Hehehehheh....


AJ sarankan kalau korang nak naik ke Rainbow Waterfall, pakailah kasut yang sesuai...
Jalan dia tu agak licin sikit.....
Jangan lupa bawak dry bag sekali tau!



Sampai kat Rainbow Waterfall, pemandangan dia memang menakjubkan....
Tak dapat AJ nak gambarkan dengan penulisan...
Tak percaya korang boleh tengok sendiri...


Kalau nak tengok pelangi, korang kene berada kat sana dalam pukul 8 pagi ke 10.30 pagi....
Pelangi akan muncul bila terkena sinaran matahari terbit...
Lepas pada tu pelangi tak muncul punya.....
Kami agak bernasib baik, dapat juga tengok pelangi walaupun tak besar... =D

Nampak tak pelangi tu?
Sampai kat sini, AJ terus terjun dalam air...
Sejuknya tak payah cakap... Sampai naik biru dibuatnya....
Kat atas tu nanti korang akan dihidangkan dengan maggi dan air milo...
Dah puas mandi, bolehlah isi perut dengan maggi... =D
Kalau tak makan maggi, korang bawaklah biskut-biskut dalam beg ye....


Nasib AJ ada bawak underwater camera..
So dapatlah rakamkan moment-moment indah kat Rainbow Waterfall....


Tengok! Terkeluar perangai masing-masing! Hahahhahah....
Seronok sangat... Terasa tak nak turun....
Tapi memandangkan kami kene balik ke Xcape Resort untuk bersiap balik, pasrah je semua turun..
Hehehhehhehe....

Tapi yang pasti kami geng #kelabbloggerbenashaari akan kembali lagi ke Sungai Lembing....


Kat sini AJ nak ucap terima kasih kepada Cik Fied dari Xcape Resort dan juga pihak Xcape Resort sendiri kerana menjemput kami ke Fun Trip ni...
Yup kami sangat fun! 1 pengalaman berharga yang takkan kami lupa.....
Terima kasih!



Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur kami dijamu dengan Mee Jawa Pok Yeh yang terkenal kat Sungai Lembing...
Memang sedap! Ramai yang makan bertambah tau!


Sungai Lembing! Semoga bertemu kembali.....

P/s : Enjoyable trip!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

6 comments:

  1. Bestnya tgk korng kembara di sungai lembing..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat..
      nanti ade peluang pegi la...

      Delete
  2. Replies
    1. Cantik sangat! Tak puas gi aritu..

      Delete
  3. Cantiknya air terjun tu, jelesss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada peluang pegi la kak...
      Serius cantik sangat....
      Tak susah pun nak panjat-panjat sikit tu... =D

      Delete