Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 7 October 2016

Pre Detox : Mencabar Mental dan Fizikal Sungguh!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sejak beberapa hari lepas, AJ mengamalkan pre detox diet.....
Fuhhh... Jujurnya, pre detox ni memang mencabar mental dan fizikal sungguh!
Sampaikan AJ tengok iklan makanan dalam TV yang sebelum ni AJ pandang biasa pun jadi luar biasa...
Padahal masuk arini baru hari keempat AJ pre detox....

 "Pre Detox : Mencabar Mental dan Fizikal Sungguh!"

Apa itu pre detox?

Pre detox ialah 1 proses di mana korang perlu mengamalkan diet sebelum proses detox...
Pre detox ni perlu dilakukan seeloknya 2 minggu sebelum detox...
Tapi kalau korang tak cukup masa, ianya boleh dilakukan 3-4 hari minimum sebelumnya...
Diet pre detox ni sebenarnya bertujuan untuk membuatkan badan kita lebih bersedia sebelum proses detox..
Takdelah terkejut kalau tiba-tiba amik makanan sihat tanpa gula, garam dan sebagainya...
Kalau badan belum cukup bersedia, kita akan rasa sakit kepala dan mual lepas proses detox....

Nampak cabaran kat situ....
Ada banyak NO!

Dalam masa beberapa hari pre detox ni kan, memang AJ rasa sangat mental dan fizikal tercabar...
Mau tak? Sebelum ni AJ balun je makan apa bende yang AJ nak makan....
Sekarang ni ada kene cut-off apa yang AJ biasa makan... Hahahhahaha...
Untuk 2 hari pertama memang AJ rasa pening... Tapi start semalam dan arini semakin okay....
Mungkin badan AJ dah mula terima kaedah pemakanan sihat ni....
Tapi kannn.... Jujurnya adalah cheat sikit... Hahahhaha...
Ada jugak makan nasi goreng Mr.JR sesudu dua... Tak boleh tahan woooo.....
Tapi masih terkawal...
Paling mencabar kan bila tengok iklan KFC baru ni... Ayam goreng dengan cheese...
Ya Allah.. Memang menduga sungguh!

Jom tengok antara menu pre detox AJ..



Kenapa Pre Detox?
 
Okay mesti korang tertanya-tanya kenapa secara tiba-tiba AJ beriya amalkan pre detox kan?
Sebenarnya minggu depan AJ akan ke The LifeCo Phuket untuk program detox...


The LifeCo merupakan pusat yang pakar dalam program untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan dalaman dan luaran...
Terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui program kesihatan dengan The LifeCo ni antaranya melancarkan pencernaan, menjadikan kulit kita lebih sihat, meningkatkan metabolisme dan sistem imun badan, membersihkan usus dari anasir-anasir yang tidak perlu melalui pemakanan dan macam-macam lagi....
Nanti lepas balik dari sana, AJ akan cerita dengan lebih lanjut mengenai program di The LifeCo okay...
Kalau korang tak sabar nak tunggu AJ cerita boleh tengok kat www.thelifeco.com

Tengok gambar tempat tu memang cantik sangat....

http://www.thelifeco.com/thumbnail.aspx?url=download/images/5514176818_TheLifeCo_484-Edit.jpeg&width=800
http://www.thelifeco.com/download/images/5414975216_phuketslider.jpg http://www.thelifeco.com/download/images/3481734757_bodrum2.jpg http://www.thelifeco.com/thumbnail.aspx?url=download/images/5378645494_TheLifeCo_775-Edit.jpeg&width=800

Tak sabar nak tunggu minggu depan....
Tak sabar nak pegi dan segarkan tubuh badan.. =D
 
P/s : Sweet Escape!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

4 comments: