Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 19 October 2016

Pembersihan dan Pemuliharaan Pantai Balok, Kuantan Anjuran Muck Dive Scuba Centre dan IM4U


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hujung minggu lepas, Muck Dive Scuba Centre dan 1 malaysia for Youth (IM4U) telah menganjurkan acara Pembersihan dan Pemuliharaan Pantai Balok, Kuantan bersempena Program Hari Pemuliharaan Kuantan...


AJ difahamkan acara yang julung kali diadakan ini telah mendapat sokongan dan penyertaan dr Tuan Hj Idrus Yahya, Pengarah Pelancongan Negeri Pahang....
Pantai Balok yang terletak di Kuantan ni merupakan salah 1 pantai yang cantik dan mempunyai tarikannya yang tersendiri di Negeri Pahang..
Sayang sangat kalau tidak dijaga dengan elok...
Sehubungan dengan tu pemilik Muck Dive Scuba Centre, Cik Zuriana Zaini dengan bantuan 30 orang penyelam dari seluruh pelusuk negeri dengan pelbagai background profession turun padang bagi mempromosi konservasi dan menjaga alam sekitar di Pantai Balok...
Kak Nita Hamzah Malaysian Idol pun salah seorang yang menyertai acara ni tau!

Semasa acara ini dijalankan mereka telah membersihkan ghost net iaitu jaring yang digunakan untuk memukat ikan di Angly Divesite yang terletak berdekatan Pantai Balok, hasilnya jaring sepanjang 50 meter berjaya dikeluarkan dari dasar laut..
Jaring ni bahaya jugak untuk hidupan dan tumbuhan laut kalau tak dikeluarkan...
Korang penah tengok tak gambar penyu yang tersangkut kat jaring ni??
Tak kesian ke?


Selain tu, mereka juga telah membersihkan dan mengutip lebih kurang 100kg sampah sarap yang terdapat di sekitar pantai dan taman rekreasi sepanjang lebih kurang 1.5km..
Dari situ kita dah boleh nampak yang ramai orang kurang sedar dan tak begitu menjaga kebersihan Pantai Balok...
Bila dah penuh sampah, pantai tu pun dah tak dikunjungi dan meninggalkan impak yang tidak bagus dalam industri pelancongan negara...


Pihak Muck Dive Scuba Centre dan IM4U akan menjadikan acara ini sebagai acara tahunan dan dalam masa yang sama juga ingin memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan pantai melalui program ni....
Tahun depan bolehlah turut serta, ianya terbuka kepada semua pencinta alam sekitar..
Kalau bukan diver pun boleh join, sangat dialu-alukan....
Inisiatif ini secara tak langsung boleh mendidik orang ramai supaya lebih prihatin dan bertanggungjawab menjaga khazanah semulajadi terutama di tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri..


AJ harap dengan adanya inisiatif menerusi acara ini, orang ramai akan lebih sedar akan pentingnya menjaga kebersihan pantai dan alam sekitar untuk kemudahan masa hadapan...

Terima kasih Muck Dive Scuba Centre, IM4U dan mereka yang terlibat minggu lepas!


P/s : Tahun depan kalau ade peluang nak join jugak..


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

3 comments:

  1. Tq3...pd semua yg terbabit menjayakan program ini.

    Tq3

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 usaha yang bagus dalam menjaga alam sekitar....

      Delete
  2. bestnya dpt join aktiviti mcmni..hehe

    ReplyDelete