Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 28 October 2016

4 Hari 3 Malam di The LifeCo Phuket


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari pertama AJ tiba di The LifeCo Phuket, AJ memang terpegun sangat..
Walaupun tempatnya teretak jauh dari bandar AJ dah tak kisah....
Walhal sebelum sampai bukan main plan nak jalan-jalan kat Patong bagai...
Sampai sana lenyap terus... =D



Setibanya di sana kami diberikan short brief oleh staff The LifeCo...
Kami diminta mengisi borang maklumat mengenai diri dan tahap kesihatan supaya mereka boleh kenalpasti program mana yang bersesuaian dengan cara hidup kita....
Sambil-sambil tu kami dihidangkan dengan welcome drink...


Lepas check in, kami dihidangkan dengan makan tengah hari, disini bermulalah episod detox kami...
Untuk hari pertama, kami menjalani Green Salad Detox Program dimana makanan utama ialah sayur-sayuran segar yang diadun dengan homemade sauce....


Selepas itu kami dibawa melawat sekitar kawasan The LifeCo...
Terdapat banyak fasiliti disana yang boleh pengunjung gunakan seperti outdoor pool, gym, spa, massage center, klinik dan sebagainya...
Pemandangan kat situ memang damai...


Selesai tour, kami berehat sebentar di dalam bilik... Bersihkan diri dan sebagainya....
Bilik dia pun boleh tahan selesa...




Selepas tour pada sebelah petang kami dihidangkan dengan makan malam...
Kat sini makan malam dihidangkan sekitar jam 6 petang ke 7 malam....
Lepas pada tu, memang takde apa-apa makanan yang akan dhidangkan....
Sebelah malam, aktiviti free and easy... Normally semua akan berehat santai sambil chit chat je... =D

Pada hari kedua kami keluar seawal jam 8 pagi...
Setiap pagi sepanjang di The LifeCo Phuket, kami akan dibawa berjalan di sekitar pantai berdekatan untuk sesi morning walk selama lebih kurang 30 ke 45 minit...
Sesi ini sangat penting dan bagus untuk permulaan hari....
Pagi tu kami dibawa ke Nai Thon Beach...
Pemandangan dia memang superb ditambah dengan tiupan angin dan deruan ombak...



Untuk hari kedua kami dihidangkan dengan jus hijau yang mengandungi saderi, timun, bayam sepanjang hari untuk Green Juice Detox Program...
Tapi surprise gila bila tak rasa lapar pun bila minum green juice je...


Arini aktiviti yang sempat AJ buat adalah massage... AJ pilih sport massage...
Sempatlah AJ interview orang yang urut AJ tu, dia dah 14 tahun pengalaman dalam bidang ni tau...
Patutlah power urutan dia.... Hilang sakit badan AJ.... =D


Lepas massage AJ join kelas yoga bersama Ms Anna...
Masa ni AJ sorang je yang join since orang lain ada agenda tersendiri....
Enjoy sangat bila beryoga... Ini pengalaman pertama AJ yoga tau....
Baru tau " yoga is not about flexibility " ....
Habis yoga, masa untuk terjun kolam... Kat sini korang boleh gunakan setiap fasiliti ikut masa korang...
Tak kira lah waktu pagi, petang atau sebelah malam sekalipun...
Spa juga disediakan... AJ sempat masuk sauna room selama 15 minit.... Terbakar lemak! =D




Hari ketiga, kami morning walk di Nai Yang Beach pula....
Selepas tu kami dihidangkan sarapan vegan food, namanya saf-raw....
Saf-raw ni bahan utama dia kekacang macam tu la...



Habis makan kami terus ke kelas yoga... Kalau berada disini, korang dinasihatkan mengikuti program yang disediakan...
Kelas yoga selalunya 2 kali sehari... =D
So boleh pilih nak masuk dua-dua kelas ataupun salah satu....

Selepas kelas yoga, AJ masuk ke bangunan klinik untuk menggunakan Angel of Water..
Angel of Water ini bertujuan untuk mencuci toksin di dalam usus kita...
Prosedur ni kita kene buat sendiri.. Staff The LifeCo akan bagi penerangan cara untuk menggunakan mesin Angel of Water....
Kita kena gunakan tiub khas untuk memasukkan air ke dalam usus...
Kemudian urut perlahan sekitar abdomen semasa proses mencuci usus ni dan lakukan berulang kali..
Untuk kali pertama, kami kene menghabiskan 4 liter air....



Selepas lunch, kami perlu menjalani proses mineral drip..
Mineral drip bertujuan untuk menggantikan mineral yang kurang diambil sepanjang detox....
Barulah seimbang segala nutrition dalam badan....



Saf-raw snack pula dihidangkan pada waktu minum petang....
Snack ni memang sedap... Bentuknya macam chocolate ball, tapi menggunakan kurma dan juga kekacang...



 Aktiviti seterusnya adalah mandala painting!
Semasa mandala painting ni kan, kita sebenarnya macam sesi meluahkan apa yang dalam diri kita kepada sehelai kertas...
Ms Renata akan menganalisa lukisan kita...
Macam AJ digambarkan sebagai seorang yang selalu happy.... =D
 Kalau nak tau, AJ la orang yang paling lambat sekali habiskan mandala painting AJ.... Sampai ke malam...


Hari keempat iaitu hari terakhir di The LifeCo Phuket, macam biasa kami dihidangkan dengan minuman pagi...
Cayenne Lemonade... Fuhhh,... Pedih tekak! Hahahhaha..
Minuman ni berfungsi untuk mencuci perut kita... Ramuan utama, serbuk cili dan lemonade la...
Yang ni memang agak  mencabar jugaklah AJ nak habiskan....
Seterusnya morning walk yang terakhir di Nai Yang Beach, berdekatan airport...
Balik dari morning walk kami dihidangkan dengan chia pudding yang mengandungi buah-buahan segar, chia seed dan juga santan...



Rasa dia macam bubur sagu... =D
Kami kemudiannya bersiap dan ditunjukkan demo live blood analysis... Melalui proses ini, segala cara hidup dan pengambilan makanan kita mereka boleh tau...
Macam AJ kan... Sosial luar dan dalam.... Nampak je kecik tapi banyak toksin...
So AJ disarankan oleh Gonca,  program manager kami sepanjang kat sana untuk meneruskan proses detox beberapa hari lagi untuk mengurangkan toksin.... =D


Kemudian, kami dihidangkan dengan makanan tengah hari iaitu vegan sushi...
Sushi ni memang special sikit sebab ianya diperbuat daripada sayur-sayuran dan kekacang sahaja....


Sebelum balik, kami sempat bergambar dengan staff The LifeCo Phuket dan dianugerahkan dengan sijil tanda kami penah menghadiri program detox di sana...
Seronoknya 4 hari 3 malam tu.. AJ rasa tenang je....
Badan pun lebih segar dan sihat.. Alhamdulillah....



Terima kasih The LifeCo Phuket atas pengalaman yang paling berharga ni...
Dan juga kepada Abang Ben atas kepercayaan yang diberi kepada AJ....
Sekarang AJ masih meneruskan amalan detox.... Seronok detox ni....
Harapnya AJ dapat kembali lagi di The LifeCo Phuket...

P/s : Badan sihat, hati pun senang...


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Program Kesihatan di The LifeCo Phuket


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SJAHTERA 

The LifeCo Phuket merupakan pilihan tepat sekiranya korang ingin mengikuti program detox secara menyeluruh...
 Kenapa?
Suasana dan tempatnya yang tenang serta program-program yang sediakan buat korang boleh fokus dengan detox...
Kat sana AJ pasti 100% korang tak fikirkan dunia luar!


Selama ni AJ sangka kurus itu sihat, tak perlu sama sekali berdetox..
Tapi AJ silap... Kurus bukan menandakan kita sihat....
Pemakanan? Lagi tak payah cakap... AJ belasah je apa ada depan mata...
Dengan ayat " Ala, AJ ni makan banyak mana pun tetap maintain kurus.."
The LifeCo Phuket, disini banyak yang AJ belajar tentang detox yang sebenar dan program yang seumpamanya...
Fungsi detox ni untuk membuang segala toksin dalam badan....
Selama 30 tahun AJ mengumpul toksin ni rupanya.....
Toksin ni kalau tidak dikawal boleh mengakibatkan penyakit seperti BARAH!

Jom kenali apa itu Detox!


Dalam dunia serba moden ni kan kita banyak terdedah kepada persekitaran dan cara hidup yang tak sihat...
Segalanya perlu pantas adalakanya membuatkan kita memilih banyak jalan pintas, termasuklah dari segi pemilihan makanan...
Kita lebih cenderung memilih fast food dan makanan yang diproses...
Jadi The LifeCo Phuket memang pilihan yang tepat untuk berdetox kerana ianya menawarkan program pembersihan tubuh badan yang efektif dan menyeluruh dalam masa 4 hari sahaja ataupun 7 hari untuk kesan yang lebih baik...

Kenapa kita perlu detox?


Sebelum menjalani program detox seeloknya korang perlu buat pre-detox untuk mengelakkan badan terkejut...
Ianya boleh dimulakan dalam masa 3 hari sebelum detox ataupun lebih elok 2 minggu sebelum...

Terdapat 3 jenis program detox di The LifeCo Phuket iaitu :



Master Detox adalah program yang paling cepat dan paling berkesan...
Merupanya program jus yang memerlukan 4 ke 21 hari (seeloknya 7 hari) untuk kesan yang lebih baik...
Semasa program ini, pengunjung akan dihidangkan dengan beberapa jenis jus buah-buahan atau sayur-sayuran, probiotik dan suplimen yang diperlukan oleh tubuh badan...
Korang boleh minum seberapa banyak teh herba ataupun sup yang korang nak...
Hasilnya, korang akan dapat rasakan tenaga akan meningkat,imun badan yang lebih kuat dan mood yang baik....




Green Juice Detox untuk mereka yang tidak mahu mengikuti hidroterapi kolon atau mereka yang menjaga kesihatan dan ingin mengalkalikan tubuh badan dengan lebih cepat...
Semasa program ini pengunjung akan mengambil sayur-sayuran yang beralkali seperti bayam, saderi ataupun timun sepanjang hari yang bertindak sebagai tenaga yang memperbaiki, memperbaharui dan penyembuh...
Boleh dilakukan selama 4 - 7 hari semasa pre detox ataupun selepas menjalani program master detox...



Green Salad Detox disyorkan untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan berlebihan dan merehatkan sistem penghadaman...
Semasa program ini korang akan mengambil sayur-sayuran mentah dan jus buah-buahan, salad daun hijau gelap dan pucuk...
Boleh diambil 1 - 3 hari sebelum atau selepas detox...


Selain detox korang juga boleh menjalani beberapa program lain seperti program pemakanan sihat yang terbahagi kepada 3 :


Anti – Ageing Healthy Nutrition untuk mereka yang ingin meninggalkan rutin harian pemakanan yang tidak sihat dan ingin menurunkan berat badan dan membuatkan kita sentiasa nampak muda...

Low Calorie Intermittent Healthy Nutrition untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dengan cepat, yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan inginkan bantuan serta yang mahu umerehatkan sistem penghadaman, memperbaharui sel-sel tubuh badan dan untuk menghilangkan toksin.

Ketogenic Healthy Nutrition Program iaitu Program pemakanan sihat mentah berasaskan tumbuhan Ketongenic diet adalah pelan pemakanan khas yang meningkatkan penggunaan lemak sayuran 70-80% setiap hari manakala menghadkan pengambilan karbohidrat kepada 12g.
Program ini direka khas untuk menyokong proses rawatan penyakit kronik...


Banyak manfaat yang baik kita boleh dapat dari berdetox dan program yang seumpamanya...
Cuma kita je yang tak tau kadang tu...
So sekarang dah tau, apa kata berdetox untuk tahap kesihatan yang lebih baik...
Sebab tu AJ kata program kesihatan di The LifeCo Phuket, pilihan tepat untuk kesihatan luaran dan dalaman!

P/s : Amalan detox masih AJ teruskan....



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Thursday, 27 October 2016

Adidas Climacool | Kekal Segar Setiap Kali Bergerak


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru-baru ni Adidas telah memperkenalkan rangkaian gel mandian terbaharu yang menjanjikan kesegaran setiap kali kita bergerak...
Nak kekal aktif memang mudah... Tapi nak kekal segar bila kita bergerak aktif tu bukan sesuatu yang mudah tau.... Bau peluh pasti buat kita tak selesa...
Nak pulak setiap kali lepas melakukan aktiviti luar ataupun bersukan.....


Gel mandian Adidas Climacool dirumus dengan teknologi "move-activated" ini membuatkan setiap pergerakan korang kekal segar... Lebih banyak bergerak, semakin segar baunya....
Fresh capsule yang terdapat dalam gel mandian ini merupakan formula magis dimana semasa mandi kapsul ini akan sebati dengan kulit dan mengeluarkan bau segar walaupun masa mengelap badan dengan tuala....
So bayangkan bila korang bergerak sepanjang hari? Memang makin menjadi-jadilah segarnya kan...
Jadual yang padat ketika bekerja, ke gym dan keluar dengan kawan-kawan bukan lagi 1 masalah utama dengan mandian berharuman zesty ini...

Bukan tu je, sekarang ni tak perlu nak letak banyak-banyak produk di dalam bilik air sebab Adidas Climacool ni 3 dalam 1...
Gel mandian, syampu dan pencuci muka semuanya lengkap dalam 1 botol sahaja!
Dalam erti kata lain,Adidas Climacool ni mandian top to toe.... Nak travel pun senang...



Selain gel mandian, deodorant dengan perlindungan bau selama 48 jam pun ada....
Bau yang kekal lama ni membuatkan setiap pergerakan korang lebih yakin dan berketrampilan....

Ianya didatangkan untuk lelaki dan wanita dengan bau dan fungsi yang berbeza...
Bentuknya juga dicipta unik dengan botol anti-slip untuk memudahkan gengaman pada produk....
Harga pasaran untuk produk Adidas Climacool juga berpatutan...

Gel mandian RM10.90 (250ml) dan RM14.90 (400ml)

Anti perspirant deodorant (spray) RM19.90 untuk lelaki dan RM15.90 untuk wanita

Anti perspirant deodorant (roll-on) RM8.90

Boleh didapati di farmasi dan supermarket di seluruh negara...


Semasa hari pelancaran di Work Out Studio, Kuchai Business Park, blogger yang hadir diberi peluang mencuba dan menghidu sendiri haruman produk Adidas Climacool...
Selepas itu ucapan alu-aluan dan presentation dari Ms Carolyn Kong, Marketing Manager of Coty Malaysia Sdn Bhd, kitorang kene join KpopX Fitness Class ataupun Treadmill Run...
AJ pilih KpopX Fitness Class.... Fuhhh... Berpeluh-peluh....
Tapi dengan Adidas Climacool, tak payah risau... AJ kekal segar sepanjang masa... =D





Terima kasih Adidas Climacool... Peluh dan berbau ketika banyak bergerak? Sekarang tak perlu risau....

P/s : Penat tapi seronok!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Menangi Beg Tangan LV, Macbook dan Ipad Air 2 Dari Bandoru Store!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Tau tak Bandoru Store nak bagi peluang untuk korang memenangi hadiah berupa beg tangan LV, Macbook dan juga Ipad Air 2 bersempena pembukaan rasminya pada 5 November ini????

Haaaaaa.... Nak tau macam mana?
Caranya mudah je....
Korang cuma perlu join giveaway yang simple dengan mendaftar di Bandoru Store...
Dan share info tersebut dengan kawan-kawan lain untuk peluang menang yang lebih besar......

Kalau korang nak turut serta daftar di http://v.bandoru.com/ref/l3866172

Hadiah Utama : Beg Tangan LV (preloved original)
Hadiah Pertama : Macbook
Hadiah kedua dan ketiga : Ipad Air 2


Tunggu apa lagi???
Daftar sekarang dan jadi salah seorang pemenang....
Selain tu sekiranya korang mendaftar, secara automatik korang dapat diskaun 20% sekiranya nak shopping di Bandoru Store semasa hari pembukaan nanti...

Nak tau lebih lanjt mengenai Bandoru Store? nanti AJ cerita okay....
Dah jom daftar ramai-ramai..

P/s : Tak sabar nak jenguk Bandoru Store!







"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tuesday, 25 October 2016

Sedih....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Sedih....  I wish things could be better...
I just need someone to listen... Just listen.....


Semalam macam-macam hal jadi....
  Dari pagi sampailah ke malam, nasib AJ tak berapa baik......
Kemuncaknya, bila barang review dan giveaway hilang.....
Mungkin silap AJ jugak... AJ agree despatch Skynet tu letak dalam peti surat...
Selalu memang tak penah barang AJ hilang... Tapi semalam, barang tu hilang...
AJ tak kisah kalau barang personal yang AJ beli sendiri...
Ni barang dari client...
So AJ dah email client tu dan amik tanggungjawab bayar balik ganti rugi atas barang-barang tu...
Yelah, sebagai blogger AJ kene bertanggungjawab atas barang-barang yang AJ dah setuju nak terima..
Lagipun ni silap AJ sendiri... =(

Malam tadi memang AJ dah tak boleh nak bertahan...
Gugur jugak airmata yang AJ tahan dari pagi...
Takpe, mungkin Allah nak uji...

P/s : Not a good day for me...
Semoga hari ini lebih baik...



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Friday, 21 October 2016

Tang Kuan Hilltop, Songkhla


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Tak habis lagi kisah Songkhla AJ!

Kalau mengunjungi Songkhla, Thailand... Tak lengkap perjalanan kalau korang tak naik ke Tang Kuan Hilltop....
Masa mula-mula sampai AJ ingatkan Tang Kuan Hilltop ni rumah api je....
Rupanya ianya sebuah temple kecil yeng terletak di atas bukit...
Yang menariknya disini, korang boleh tengok persekitaran Bandar Songkhla 360 darjah dari situ...
Daripada lautnya sehinggalah ke daratan.....

Rentung AJ kat sana... hahahhahah...
Nak naik atas ni korang tak payah risau la... tak perlu hiking pun...
Dengan bayaran masuk 30 bhat untuk dewasa dan 20 bhat untuk kanak-kanak, korang boleh menaiki lif yang disediakan...
Lif dia lebih kurang macam tram Bukit Bendera....


Sampai je atas tu AJ pasti korang mesti terpegun...
Pemandangan dia Subhanallah cantik! keluar lif je dah nampak laut....
Oh ya, kat atas tu banyak monyet.... Setiap sekor monyet ni kalau korang perasan ada nombor kat badan diorang....
Tapiiiiii... Monyet dia ni ada yang garang..... Main tunjuk-tunjuk gigi pulak... Hahhahhaa....


Seronok sangat bila tengok pemandangan dari atas tu tau...
Habis segala ceruk bukit AJ jelajah...
Sampai ke bawah bukit pun AJ pegi.. Tapi nak panjat balik atas tu menangis...
Hahahahahahha..... Putus nyawa rasa.... =D

Okay AJ tanak cerita panjang-panjang. apa kata jom AJ bawak korang tour kat atas tu....

 
Sala Phra Wihan Daeng



So kalau korang belum rancang percutian lagi...
Plan cepat! Kat Thailand ni memang banyak tempat menarik korang boleh pegi... =D

Sakan AJ berjalan kan???
Takpe, kata orang jauh perjalanan  luas pemandangan.....
Duit pun mengalir macam airrrr... Hahahahahah...

P/s : Tengah plan next destination untuk tahun depan... =D



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Thursday, 20 October 2016

Sabai Sabai Resort, Songkhla


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Tak lama lagi musim cuti sekolah akan bermula...
Mesti sekarang ni ramai yang tengah merancang percutian tak kira di dalam atau di luar negara kan??
Kalau korang ada plan nak ke Songkhla, Thailand AJ nak sarankan korang 1 tempat penginapan yang tak kurang menarik dan murah....

Sabai-Sabai Resort, terletak di sebuah perkampungan nelayan di Songkhla.....
Jaraknya ke Pantai Samila pun tak jauh.... Dalam 10 minit perjalanan je....
Tapi kat sini memang tenang, jauh dari hiruk piruk kota...
Harganya juga berpatutan serendah 600 bhat semalam sahaja....
Kalau convert duit kita mungkin dalam RM 65 macam tu, bergantung kepada kadar pertukaran mata wang la....
Kat sini juga menerima bayaran menggunakan kad kredit...



Bilik yang disediakan juga agak besar...
Kalau setakat 3-4 orang AJ rasa takde masalah pun...
Setiap unit ada garaj didepan, kalau korang memandu takde masalah dengan tempat parking... Macam rumah teres la..
Dari segi kemudahan pulak, setiap bilik dilengkapi dengan TV, heater, kettle dan juga WIFI!
Sebagai seorang blogger, wifi memang sangat penting... =D
Tapi AJ nak sarankan kat korang kalau berkunjung ke Thailand, tak payah la tengok TV....
Selain filemnya dialih suara, mereka ada 1 channel yang tak ingin korang lihat...
Especially yang bawak keluarga...
Hahahahahhaha....

Okay jom kita tengok sekitar Sabai-Sabai Resort...

 







Cantik kan??
AJ suka duduk sini sebabnya kat belakang resort tu ada jeti nelayan...
Korang boleh lepak-lepak kat sana, tengok sunset semua....
Insyaallah kalau takd aral, AJ akan kembali ke sini lagi...
Seronok sangat kalau dapat pegi Thailand... Rasa macam balik kampung!
Hehehehhehehe....

So nak tau apa lagi tempat menarik kat Songkhla?
AJ akan cerita kat entri lain pulak okay....

P/s : Rasa nak bercuti lagi!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"