Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 30 August 2016

Disebalik Tabir Rakaman Takbir Raya Aidil Adha di IDCC Shah Alam

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Setiap kali menjelang Hari Raya mesti kita akan terdengar sayup Takbir Raya yang bergema...
Alhamdulillah, sabtu lepas AJ dan beberapa orang rakan #KelabBloggerBenAshaari berkesempatan melihat sendiri disebalik tabir rakaman Takbir Raya Aidil Adha yang bertempat di IDCC Shah Alam...


Rakaman takbir ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Venture Sdn Bhd dan Persatuan Belia Kota Gagasan dengan kerjasama IDCC Shah Alam untuk siaran stesen television Malaysia...
Rakaman ini menampilkan 60 orang artis lelaki tanahair yang terdiri daripada 2 genre iaitu Rock dan popular semasa...
Antara artis yang AJ dapat lihat Nash, Saleem Iklim Aris Ariwatan, Mel Wings, Rozz Bloodshed, Afee Utopia, Amenk Ababil, Ezam EYE, Raymie Febians, Aweera, Ihab Ismail, Fee Haiqal, Firman Qody dan ramai lagi....


Rupanya bukan mudah untuk menjaya program ini kalau tiada usaha dan kerjasama yang gigih...
Lebih lagi ianya melibatkan 60 orang artis pada satu masa....
Tahniah buat krew yang bertugas bagi memastikan program ini berjalan lancar....


Dari segi pemilihan artis pula, kak Noraniza Idris menyatakan beliau mahu memartabatkan mereka yang terlibat dengan rakaman takbir raya ini dengan elemen keagamaan yang menyampaikan mesej berunsurkan masyarakat harmoni, islamik dan nilai murni....
Macam yang kita sedia maklum, elemen rock sendiri sering dilabelkan sebagai muzik yang adakalanya menjurus kepada aktiviti sosial...
Jadi inisiatif ini diambil sebagai salah satu tanggungjawab sosial artis kepada masyarakat dalam membentuk akhlak dan sahsiah yang  mulia..


Tahniah sekali lagi buat Kak Noraniza dan krew penerbitan program rakaman Takbir Raya Aidil Adha ini yang jatuh pada hari lahirnya yang ke-48 serta genap 30 tahun beliau didalam industri....
Alhamdulillah.....
Kak Noraniza Idris kini sibuk membuat persiapan untuk Siri Jelajah Malaysia bagi tahun ke-4 bermula September ini turut berharap agar dapat membimbing artis pelapisnya untuk menyambung perjuangannya dalam bidang seni dan budaya...


Lokasi rakaman di IDCC Shah Alam


 Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC) yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam merupakan sebuah bangunan 8 tingkat yang mempunyai pelbagai fasiliti...
Di tingkat 7 bangunan terletaknya Pusat Konvensyen terbesar di Shah Alam yang dicatatkan dalam "Malaysia Book of Records" pada tahun 2015.

Ruangan yang sangat besar ini sesuai untuk dijadikan tempat persidangan, pamera/ekspo, acara korporat dan jjuga majlis perkahwinan yang boleh memuatkan seramai 8000 ke 10000 orang mengikut susun atur dewan...


Ianya merangkumi ruang niaga komersil, menara pejabat korporat 13 tingkat dan juga mempunyai sebuah hotel butik 198 bilik iaitu Pegasus Hotel iaitu sebuah hotel berjenama antarabangsa....
AJ juga difahamkan artis yang terlibat dengan program ini ditempatkan di Pegasus Hotel... =D

Sebarang info dan pertanyaan mengenai IDCC hubungi :  

Website :

Email :
enquiry@idcc.com.my

Tel :
+603 50313333

Kalau berminat nak tempah dewan boleh buat tempahan awal memandangkan sambutannya agak menggalakkan bagi apa jua majlis...

P/s: Hati AJ sayu setiap kali dengar takbir raya...
Boleh menitis airmata...


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

2 comments: