Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 18 July 2016

Zack Kapcai Komedi Terbaru Taruhan MIG Picture Sdn Bhd

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Jumaat lepas AJ diundang untuk menghadiri Majlis Hari Raya dan Movie Gathering filem Zack Kapcai Komedi Terbaru Taruhan MIG Picture Sdn Bhd yang bertempat di eCurve, Mutiara Damansara...
Kalau korang nak tau filem Zack Kapcai dah mula ditayangkan dari 14 Julai yang lepas....
Dah tengok ke belum??? Rugi tau kalau tak tengok!

 Filem ke-133 terbitan MIG Picture ni diarahkan oleh Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib ni menggabungkan beberapa nama besar dalam industri perfileman seperti Fad Bocey, Syuk SYJ, Rahim R2, Serina Redzuawan, Epy Kodiang, Shahfiez dan juga mengetengahkan bakat baru Julia Farhana Marin...


Sinopsis Filem Zack Kapcai

Mengisahkan Zack (Fad Bocey) seorang anak muda yang suka berlumba motosikal tapi minatnya ini ditentang oleh ibunya Minah (Serina Redzuawan) kerana bapa kandung Zack, Rudy (Rahim R2) merupakan Raja Kapcai...
Kerana gelaran Raja Kapcai ini rumahtangga Minah dan Rudy berkecai....

Zack bagaimanapun mengetahui rahsia yang disimpan kemas oleh ibunya dan ke Kuala Lumpur bagi mencari bapa dan adik perempuannya dibantu oleh rakan baiknya Roy (Syuk SYJ) dengan motorsikal milik bapanya walaupun sebelum itu hubungan persahabatan Zack dan Roy goyah gara-gaya Qistina, motorsikal kesayangan Roy...

Dalam pencarian Zack, pelbagai perkara yang telah terjadi...
Apakah yang telah terjadi??? Korang kene tengok sendiri Filem ni.... =D



Zack Kapcai meletakkan elemen permotoran tapi bagi AJ filem ni mengandungi mesejnya yang tersendiri...
Filem ini menyelitkan unsur kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang dan percintaan menjadikan ianya komedi yang begitu dekat dengan masyarakat...
Plot penceritaan dia pun tak berat malahan komedi yang bersahaja yang dimuatkan dalam filem ni memang buat korang tak kering gusi...
Bayangkanlah AJ sendiri pun asik tergelak je sepanjang cerita ni ditayangkan....
Filem komedi yang tak meleret menjadikan filem Zack Kapcai sangat menghiburkan...

 So korang memang kene tengok cerita ni...
Best dan kelakar sangat tau! Lagi sekali AJ cakap RUGI tak tengok!


Okaylah semasa Majlis Hari Raya dan Movie Gathering tu, kami dijamu dengan buffet steamboat dari Pak John Steamboat & BBQ...


Pada majlis ni jugak Mejar (K) David Teo juga telah menyampaikan sepatah 2 kata dan ucapan hari Raya serta meminta maaf sekiranya ada keterlanjuran kata yang mengguris hati semua... 


Mejar (K) David Teo juga turut memberikan duit raya kepada semua tetamu yang hadir...
Terima Kasih Mejar (K) Davis Teo... Fuhhh.. Duit raya pertama AJ ni... =D
Turut hadir memeriahkan suasana Serina Redzuawan, Epy Kodiang dan Julia Farhana Marin...


Selain Zack Kapcai, MIG Pictures Sdn Bhd juga bakal menayangkan beberapa buah filem lagi pada penghujung tahun ni seperti Volkswagen Kuning pada 22 September nanti, Dorm Melati dan Hospital. Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem-filem ni tau....
Sebelum tu tengoklah Zack Kapcai dulu.. =D

Layan dulu video sekitar Majlis Hari Raya dan Movie Gathering filem Zack Kapcai trailer kat bawah ni dulu...

 Jangan tanya kenapa banyak seorang budak rambut hijau... Hahahahhaha...


Bawah ni pulak AJ bagi gambar special sikit untuk korang...
Sekitar  penggambaran Zack Kapcai...




 




Okay dah...
See u when i see u okay..

P/s : Stress pulak, nak tengok Zack Kapcai lagilah....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment