Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 1 July 2016

Iftar Bersama Anak-Anak Yatim Baitul Kasih dengan Pakej Aidilfitri D'Arina Skyview


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

30 Jun, hampir ke penghujung Ramadhan, AJ berkesempatan Iftar Bersama Anak-Anak Yatim Baitul Kasih dengan Pakej Aidilfitri D'Arina Skyview, yang terletak di Menara Arina Uniti, Kampung Baru Kuala Lumpur...
Majlis bertemakan "Langit dan Hati yang Terbuka" ini dianjurkan sendiri oleh D'Arina Skyview dengan kerjasama Persatuan Pereka Fesyen Muda (Young Designer Arena @ YODA) dan juga Persatuan Seniman Malaysia...


Pada majlis ini diselitkan juga sedikit sumbangan Hari Raya buat Anak-Anak Yatim, tazkirah dari Imam Muda Yusuf Din dan juga persembahan dari artis di bawah naungan Seniman...
Seronok tau tengok anak-anak yatim ni gembira... =D
Comel sangat diorang ni...





Oh ya... Pasal D'Arina Skyview ni kan, AJ tak penah tau pulak kat KL ni ada tersembunyi 1 tempat makan dengan view yang cantik kat Kampung Baru ni tau..
Masa majlis iftar ni baru AJ perasan okay....
Kalau nak tau kat sini ada disediakan Pakej hidangan untuk Rumah Terbuka Aidilfitri okay..
Terdapat banyak hidangan yang disediakan antaranya Soto ayam, aneka kuih muih, lontong, rendang, kuah kacang, lemang, ketupat, nasi putih, nasi beriyani, ayam masak merah, daging kurma, daging masak hitam, satay, bubur kacang, buah-buahan tempatan dan sebagainya....

Cakap je tak guna kan?
Jom jamu mata dengan hidangan yang ada...












Dan tak lupa star of the day.....


Kambing Golek!!!!

Memang meriah makanan dia....
AJ sampai tak tau nak pilih mane yang nak makan....
Lepas tu kan yang bestnya sambil makan, korang boleh menikmati pemandangan indah sekitar Kuala Lumpur okay....
Kat sini open air tau... Takde dinding cermin bagai... Udara segar punya.. =D
Selain tu kemudahan surau juga ada disediakan untuk kita bersolat....

Kalau korang sendiri nak rasa keenakkan makanan di D'Arina Skyvew boleh hubungi :

Pakej Aidilfitri D'Arina Skyview (RM45)

Alamat :
Tingkat 20 Menara Arina Uniti, 
Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.
Telefon : 03 - 2202 7353
Whatsapp : 017 - 229 4669

P/s : Nanti nak celebrate birthday abah kat sini la... =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment