Blogger templates

Click to Follow...

Saturday, 18 June 2016

Iftar Meraikan Anak-Anak Yatim di PICC


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Pada 16 Jun lepas AJ dan Mr.JR serta geng #kelabbloggerbenashaari berkesempatan menghadiri Iftar meraikan anak-anak yatim di PICC....


Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertujuan untuk meraikan lebih kurang 80 orang  kanak-kanak dari YAKIN Malaysia (Badan Amal Kemajuan Insan) dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA)....


YAKIN Malaysia merupakan satu badan kebajikan yang berperanan sebagai "Pusat Rundingan Cara Harian". Lebih kurang macam One Stop Centre.
Pusat jagaan tidak berkediaman yang menjadi pusat khidmat nasihat, penyelaras dan penyalur maklumat dalam pelbagai aspek seperti bantuan kewangan, makanan, kebajikan, perubatan, perumahan dan sebagainya. 

RUKESA pula adalah sebuah pusat jagaan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menaungi lebih kurang 40 orang anak-anak yatim dan anak fakir miskin yang berusia dalam linkungan antara 3 hingga 12 tahun.



Sekiranya korang berniat untuk memberi sumbangan pada mereka atau sebarang pertanyaan, boleh rujuk info dibawah :

YAKIN Malaysia

BADAN AMAL KEMAJUAN INSAN MALAYSIA, 
99-3 Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-9201 6695 / 012-208 1547
Fax : 03-9285 0853 / 03-9282 3853
Email : malaysia_yakin@yakinmalaysia.com

Sebelum berbuka, anak-anak syurga ini diberikan sedikit sumbangan duit raya oleh YBhg Dato Badlishah Hj. Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif  Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd (Co-X)...
Wahh tersenyum lebar adik-adik kita tau.. =D



Pada majlis ini kami dijamu dengan lebih daripada 300 juadah oleh Cafe@PICC untuk bertemakan "Hidangan Tradisi Warisan Budaya"
Sedap-sedap makanan nya tau....
Alhamdulilah rasa seronok bila tengok anak-anak syurga ni makan...
Tak dapat nak gambarkan perasaan masa tu bila nampak senyuman mereka....
Sebenarnya dalam kita tak bernasib baik ada lagi yang lebih kurang bernasib baik pada kita tau....


Insyaalah kalau lain kali ada lagi majlis Iftar dengan anak-anak yarim ni AJ ak join lagi...
Nak kongsi sedikit kebahagian dan kegembiraan dengan mereka....


P/s : Seronok!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment