Blogger templates

Click to Follow...

Sunday, 12 June 2016

Buffet Ramadhan Murah di Kafe The Chef, Shah Alam


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

2 hari lepas AJ berkesempatan berbuka puasa dengan Buffet Ramadhan Murah di Kafe The Chef, Shah Alam dengan beberapa orang rakan dari #KelabBloggerBenAshaari...
Seriously memang harga yang ditawarkan di sini sangat berpatutan dengan kepelbagaian hidangan makanan yang pasti menambat selera korang....

Sebelum AJ cerita lebih lanjut AJ nak bagitau korang harga Buffet Ramadhan kat sini dulu...
Untuk orang dewasa harganya RM 39.90 dan kanak-kanak RM 19.90 sahaja......
Memang berbaloi okay!


Kafe The Chef ni terletak di Kota Kemuning ...
Landmark dia senang je bersebelahan dengan Gamuda Walk.....
Kalau dari tepi jalan tu memang dah boleh nampak dah.....
AJ memula 2-3 kali lalu tapi tak perasan... Hehehehehe...
So AJ bagi korang landmark bagi memudahkan korang jumpa lokasi dia....


Kalau Buffet Ramadhan mestilah nak cerita pasal menu yang terdapat kat sini kan....
Kafe The Chef ni ada macam-macam jenis hidangan seperti hidangan Melayu, Western dan yang paling special kat sini ialah Mongolian Barbeque....
Kalau nak makan Mongolian BBQ ni korang boleh pilih sendiri makanan laut, ayam dagimg atau isi ikan dengan beberapa sayuran yang segar...
Lepas tu korang kene pilih sos BBQ yang korang nak...
Kemudian chef akan grill pilhan korang tu betul-betul depan mata.....
Panas-panas lagi... =D
 Kat bawah ni antara pilihan yang ada.....



Pilihan SOS


Ehemmm... Ni pulak apa yang AJ amik....
Nyum nyum.... Memang sedap wa baq ang....
Grill dia pun tak terlalu masak dan tak mentah... Sedang-sedang elok je....
AJ pilih sos Thai.. Pedas!

Sebelum
Selepas
Selain tu terdapat juga hidangan masakan Melayu...
Terdapat lebih kurang 60 juadah yang boleh korang pilih...
AJ sampai rambang mata tak tau nak pilih yang manalah! Hahahahahha...
Rase macam nak makan semua yang ada okay....
Mana tak nye... Cer korang intai kat bawah ni...


Pilihan ulam dan sambal belacan serta buah-buahan


Haaaaaa... Terliur tak?

Selain dari tu terdapat juga beberapa jenis hidangan western...
AJ suka sangat beef lasagna dengan cauliflower dengan cheese..
Tak penah lagi AJ cuba ni... Selalu cauliflower orang masak goreng-goreng je atau masukkan dalam sup... =D


Pilihan kuih muih dan pencuci mulut pun banyak tau....


Tak lengkap rasanya kalau Buffet Ramadhan tanpa kambing golek....
Dengan harga berpatutan yang korang bayar, korang boleh makan kambing golek tau.....
Best kan? Dahlah murah.. Ada kambing golek lagi.. =D


Kami juga sempat merasa Air Pandan 3 layer..
Selalu ade Teh 3 layer je kan??
Kat sini ada Pandan 3 Layer okay...
Rasa dia sedap sangat... Selain rasa pandan, AJ rase ade macam rase cendol sikit... Hihihihi...


So far overall makanan disini tidak mengecewakan...
Semuanya sedap dan kene dengan selera AJ...
Kalau tak, masakan penuh 1 meja dengan makanan kan??
Hahahhahahahahah....

Penuh meja dengan makanan
Okay kalau korang nak berkunjung ke sini korang boleh tengok info kat bawah ni...

Alamat :

Kafe The Chef
43 Persiaran Anggerik Vanilla,
Bussiness Park 1,
Seksyen 31, Kota Kemuning
(Bersebelahan Gamuda Walk)

Waktu Operasi :

6 petang - 10 malam (Ramadhan)

Telefon :

03-55253787
012-3171707

Facebook :


Instagram :


Di kesempatan ini AJ nak ucap jutaan terima kasih kepada Chef Azman Zainal Aziman dan Kak Ezlin selaku owner Kafe The Chef untuk juadah berbuka yang sedap ni....
Korang semua apa lagi...
Jangan lupa buat booking tau... Pasti tak mengecewakan!

Bergambar kenangan dengan Chef Azman Zainal Azinam dan Kak Ezlin (kanak sekali)

P/s : Nanti nak repeat dengan family AJ pulak...



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment