Click to Follow...

LoveJeanGallery

Friday, March 11, 2016

Menjamu Selera kat Brolly @ Menara Felda!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Aritu AJ dengan geng #kelabbloggerbenashaari menjamu selera kat Brolly pulak yang terletak di Menara Felda, Kuala Lumpur...
Landmark dia senang je.... Dekat dengan KLCC, Jalan Ampang....



Di Brolly ni  kan, decorasi dia memang menarik...
Even kat tempat cuci tangan pun siap ade tabung exzos, side mirror, lepas tu pintu VIP roomnya pun dihias dengan sport rim kereta!
Kat sini nampak ekslusif tau.... So memang sesuai sangat kalau korang nak lepak-lepak dengan kawan-kawan lepas seharian penat bekerja... =D

Siap ade model basuh tangan lagi! Hihihi...


Bilik VIP
Cakap pasal makanan pulak, seafood kat Brolly memang layan abis...
Selain seafood, makanan barat dan dessert dia pun AJ boleh kategorikan sebagai thorbaik...
Pelbagai hidangan yang disediakan untuk dijamu oleh kitorang semua..

Sebelum makan pakai apron dulu...
Antaranya ;

Cencaluk Fries Chicken Wings


Seumur hidup AJ cuma tau makan cencaluk gitu je...
Tak penah terfikir nak tambah dalam masakan... Tapi kat Brolly kepak ayam tu disalut dengan cencaluk dan digoreng rangup.....
Terasa pedas-pedas masin cencaluk... =D

Ayam Percik Lunch Tray / Seafood Fried Rice Lunch Tray




Beef Yakiniku Omelette Curry Don


Blogger in action!
Yang ni memang AJ suka sangat.....
Nasi dibungkus dengan telur dan daging yang dimasak ala Jepun tambah pulak dengan sos macam black pepper....
Perghhhh... Mengancam!

Beef Burger / Chicken Burger





Lambogarlic Pizza


Pizza unik dengan daging kambing dan rasa bawang putih....
Pijau lidah!

Variety Skewee (Lamb, Chicken, Striploin, Tiger Prawn & Baby Octopus)


Beef Sirloin with Black Pepper Sauce & Fries /
Beef Ribeye with Mushroom Sauce & Mash


Model tak berbayar.. =P
Dannnnnnn...
SEAFOOD!!!!! Yeayyyy!!!

Kali ni kami dihidangkan dengan 3 hidangan seafood...
Semuanya berasaskan ketam seperti ;

Flower Crab Set (STB Mild)



Flower Crab Set ( Spicy Plum/Asam Pedas Sauce)



Siapa yang tak tahan pedas kan, makan 2 menu kat atas ni sure merah muka dan berasap telinga...
AJ memang tak tahan pedas, berpinu kejap  rasa tau! Hahahhahaahha....

Meat Crab Set (Garlic Butter)




Ini memang favourite AJ....
Rasanya tak pedas sangat..... Memang kene dengan tekak AJ... =D

Lepas habis makan seafood, kitorang dijamu pulak dengan dessert yang sedap-sedap.....
Ada 3 jenis dessert yang dihidangkan...

Chunky Peanut Butter


Tiramisu



Yang ni memang AJ hadap sorang je la,,,,
Tak terlalu manis dan tak terlalu pahit..
Yelah tiramisu kan ade rasa pahit-pahit sikit....

Waffles

Memang sangat sweet ending kan?
Memang puas hati dan berbaloi rasa makan kat Brolly...
Kalau korang takde idea nak makan kat mane, bolehlah singgah ke Brolly..

Alamat  : 
Menara FELDA, Platinum Park,
No 11, Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur

Tel : 03-2181 4122

Website : www.my-brolly.com


Haaaaa..... Untuk bulan Mac ni Crab Factory @ Brolly ada promosi tau....
Promosi apa??

Promosi Monthly Crazy Bag, "Spanner Crab" RM12/100gm (Biasa RM17/100gm)



Promosi Monthly Meal for 2 Seafood Lover Deal March 500gm "Yabbies-M" dan 300gm "New Zealand Mussels" RM88 sahaja (Biasa RM115)



Percuma Corn, Button Mushroom & Coleslaw

Cara nak order macam biase la..

Langkah 1 : Pilih makanan laut (Minimum, 1 jenis, maksimum 3 jenis) seberat 300gm atau 500gm.
Ketam boleh dipilih secara kepingan

Langkah 2 : Pilih sos dan tahap kepedasan untuk Signature Bang Sauce atau Jamba-Jamba.

Langkah 3 : Pilih 1 atau 2 Bag Buddies

DONE!

Senang kan?

P/s : Selamat menjamu mata... Nak jamu selera kenelah pegi Brolly!





"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

1 comment: