Click to Follow...

LoveJeanGallery

Thursday, January 21, 2016

Cara Memilih Foundation Yang Sesuai Dengan Kulit


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Arini AJ nak bagi tips sikit cara memilih foundation yang sesuai dengan kulit....
Foundation ataupun dalam bahasa melayu nya alas bedak merupakan salah 1 bende wajib kalau nak bermekap....
Fungsinya untuk menyamarkan noda dan menyamaratakan kulit wajah kita...

Ramai wanita yang keliru macam mana nak tau warna sesuatu foundation tu sesuai atau tidak dengan kulit wajah....
Sebenarnya tak susah pun nak pilih foundation ni....



Meh baca tips ringkas AJ ni!

1. Sebelum pilih foundation korang kene tau dulu undertone / base kulit korang...
Undertone kulit tu contohnya pink (cerah) atau kuning, warm atau cool.....
Senang cakap macam ni la....
Kalau korang ni mempunyai tona kulit yang cerah macam cina, orang putih tu korang boleh amik yang warna dasarnya pink (cerah) / cool....
Kalau korang berkulit hitam manis atau gelap korang boleh amik yang warna dasarnya kuning / warm...


Kalau kulit AJ ni biasenya kuning / warm....
Faham tak???? Tak faham tengok carta atas ni.. =D

2. Jangan mencuba foundation pada tangan korang. Kaedah ni memang ramai yang selalu amalkan kan?
Sebab apa? Kulit wajah kita dengan kulit pada tangan selalunya tak sama tonanya....
Dan tak semestinya kalau cuba pada tangan, kena warnanya kat muka.....
Sebaiknya korang cuba sendiri pada kulit wajah dekat dengan rahang korang....
Contohnya macam gambar kat bawah ni....


Tapi make sure korang lap dulu kulit bersih-bersih atau lap sisa mekap yang ada sekiranya time tu muka korang dah sedia bermekap...
Kalau tak, korang takkan nampak bezanya...
Kat mana-mana outlet yang jual produk kecantikan selalu sediakan make-up remover!

3. Ratakan foundation pada kulit wajah dan tengok mana 1 foundation yang korang tak nampak....
Kenapa nak pilih yang tak nampak pulak????
Haaaaa.... Itu kan, tandanya foundation tu paling sesuai dengan kulit korang....
Ingat ye.... Fungsi utama foundation untuk menyamarkan noda..... Bukan nak cerahkan kulitttt...

4. Sebaiknya... Jangan beli foundation dalam talian atau online unless korang dah penah guna dan tau code warna mana yang sesuai dengan kulit....
Haaaa... Beli online ni kan memanglah senang dan mudah....
Tapi kalau tak pasti tona ape yang sesuai dengan kulit jadi membazir pulak nanti....
Barang yang dalam gambar ataupun yang dipakai oleh model adakalanya lain dari apa yang kita nampak...
Boleh jadi lighting dalam gambar tu ke, gambar model tu dah siap edit ke kan...
So adalah lebih baik korang ke kaunter dan cuba sendiri...
Dah tau nanti barulah boleh beli secara online lepas pada tu kan....


So dah tau tak macam mana nak pilih foundation??
Barulah mekap kita nampak cantik, rata je... Takdelah bercapuk-capuk.... Yeayyyy!!!!
Senang je kan... =D

P/s : AJ suka main mekap-mekap....
Baru ni Mr.JR hadiahkan set mekap...
Entah bila nak cuba, tak tau la... Hehehhehe....



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

4 comments:

  1. Yay! thank u kak Aj <3333
    Qila baru nk bermanja2 gak ekeke

    ReplyDelete
  2. Ooo..begifu erk..ahak selalu calit kat tangan

    ReplyDelete
  3. info yang bagus ni...heheheh kita tak reti mekap

    ReplyDelete