Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 30 June 2015

Produk-Produk Menangani Masalah Parut!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

AJ pasti semua orang tak suka bila kulit atau mana-mana anggota badan berparut kan....
Macam tu juga AJ, even parut sekecik hama pun runsing dia bukan main....
Parut selalunya mencacatkan penampilan dan boleh mengurangkan tahap keyakinan seseorang.....
Macam AJ sendiri, kulit memang jenis agak sensitif....
So kalau kulit luka or berjerawat nak jadi parut tu memang senang sangat lekatnya tapi nak menghilangkan parut tu agak memakan masa tanpa bantuan produk untuk masalah parut...

Terdapat banyak lambakan produk kat pasaran, tapi ada juga yang kurang atau lambat berkesan dalam menangani masalah parut lebih lagi parut lama....
Kat sini AJ nak share sikit produk-produk yang boleh membantu kita menangani masalah parut...

1. Azanis Scar Serum


Buat masa ni, produk ni pada AJ paling berkesan dan efektif dalam menangani masalah parut, ramai yang mengakui keberkesanan produk Azanis dengan terus menjadi pengguna setia Azanis Scar Serum... Testimoni dari mereka yang pernah menggunakan produk ni juga sangat positif...

Merupakan 1 produk yang dihasilkan menggunakan bahan organik tanpa menngunakan bahan kimia yang berbahaya....
Mengandungi Vitamin E 100% semulajadi (d-alpha tocopherol) bersumberkan soya yang mempunyai 50% lebih kuasa antioksidan....
Azanis Scar Serum menyerap lebih baik daripada Vitamin E sintetik dikenali sebagai acetate ataupun dL-alpha tocopherol yang mempercepatkan pemulihan kulit berparut...
Ianya akan menghasilkan sel-sel normal dalam kuantiti luar biasa dan mengambil alih tempat sel-sel berparut... Hasilnya parut akan lebih pudar, licin dan rata seawal 3 minggu penggunaan....
Memang kesannya boleh dilihat dalam jangka masa yang singkat bagi kesan parut lama dan baru.....

Selain menghilangkan parut, Azanis Scar Serum membantu melembabkan kulit, meratakan tona kulit dan juga melambatkan proses penuaan serta kedutan halus pada wajah.... 
Membantu menangani masalah kulit kering dengan memberikan lembapan pada kulit...
Produk yang dipercayai dari segi klinikal dengan inovasi serum bertaraf antarabangsa...

Harga produk Azanis Scar Srum juga sangat berpatutan dan dijamin mampu milik....
Didatangkan dalam botol yang convenient, mudah untuk dibawa kemana sahaja....


www.azanisscarserum.com

2. Mederma



Formula gel proaktifengandungi tiga bahan aktif iaitu cepalin, bahan anti-peradangan...
Allontoin, mendorong proses penyembuhan, mengurangkan rasa gatal (tetapi agak kurang bersesuaian untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif) dan meratakan permukaan kulit...
aloe vera, melembabkan, memperbaiki dan meningkatkan keanjalan kulit...
Bertindak untuk memudarkan parut disebabkan oleh pembedahan, kecederaan, kesan melecur, parut jerawat dan kesan regangan selepas bersalin (stretch mark)...

Dari segi tempoh keberkesanan, produk ni mengambil masa yang sedikit panjang untuk betul-betul kurangkan parut...
Kenee guna beberapa tiub lah kiranya....

3. Bio-Oil



Mengandungi Vitamin A, E, Minyak essential seperti minyak Kalendula, Kamomil, Rosemary dan Lavender...
Mengurangkan kesan regangan, tona kulit tak sekata, penuaan, kulit kering...
Baunya pun agak lembut.... Kalau nak sapu pada parut luka, korang kene pastikan parut tu dah betul-betul kering....
Tapi AJ kurang gemar gunakan Bio-Oil sebab kulit akan rase sangat berminyak dan melekit masa sapu tu..... Dan AJ rase dia macam lambat meresap dalam kulit....
Kalau pakai sebelum tidur okay lah kot.....

Dari segi keberkesanan, AJ rase untuk parut AJ memang tak berapa nak rekomen...
Kalau untuk tona kulit tak sekata tu, efektif lah jugak....

4. Hiruscar



Diformulasikan oleh Medinova dengan formula Swiss dengan enam bahan berbeza seperti mucopolysaccharide polysulphate (MPS) yang mampu melembutkan kulit dan juga mempercepatkan proses pertumbuhan kulit...
Allontoin untuk membuang lapisan kulit mati....
Tocopherol (Vitamin E) dan allium cepa untuk mengurangkan kesan merah pada parut dan aloe vera serta Vitamin B3 untuk melindungi kulit...

Keberkesanannya dapat dilihat dalam masa sekurang-kurangnya 4 hingga 6 bulan bergantung pada jenis parut dan pengunaan yang konsisten....
Gel hiruscar ni sedikit melekit pada AJ dan lebih kepada membasmi jerawat je...

Ini je produk yang dapat AJ kongsikan dengan korang...
So far antara semua produk AJ suka dengan Azanis Scar Serum sebab ianya mudah meresap dan tak berminyak serta lebih efektif....


AJ ni orang yang tak sabar dan tak boleh tunggu lama....
Produk pilihan AJ semestinya yang mudah dan cepat....

Tapi sebagai pengguna, korang kenelah pandai buat pilihan ikut kesesuaian dan keserasian terhadap 1 produk tu....
Jadi pengguna bijak okay... =D

P/s : Rase lebih yakin tanpa parut... =D

Monday, 29 June 2015

PosLaju Ni Memang Cari Pasal!




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekian lama bersabar, hari ni hilang sabar......
Kurang pahala puasa aku dengan PosLaju ni.....
Baik tak payah bagi nama PosLaju kalau servis teruk ya amat!!!!!

Image result for poslaju

Al-kisahnya exactly sebulan yang lepas AJ ade order barang online.....
Memula AJ beli sepasang, then AJ tambah order lagi sepasang.....
Seller tu pun hantar asing-asing since order AJ ni tak sama tarikh....
Yang 1st diorang hantar tu elok je sampai.... Tapi yang second tu AJ tunggu-tunggu tak sampai....
AJ ade refer kat seller tu balik, since dia memang trusted seller and well-known....
Tak mungkin lah dia nak kencing AJ kan.....
Dia pun dah bagi AJ tracking number... AJ check kat website dia tulis "no record found"...
AJ whatsapp lagi seller tu dan dia follow up dengan PosLaju....
Seller tu pulak dengan rase tanggungjawab hantar lagi sepasang as replacement sementara dia settle isu barang tu dengan PosLaju....

Beberapa hari lepas, seller ni ade whatsapp AJ tracking number baru.....
AJ check same jugak kesnya "no record found"...
Okaylah, mungkin baru lagi kan... So belum ade dalam sistem.....
Tapi dah berhari-hari tunggu barang tak sampai-sampai macam mana pulak cerita dia?
Check tracking still "no record found"!
Lepas tu dapat whatsapp, seller kate barang yang memula dia pos dah return balik dengan alasan ALAMAT TAK LENGKAP......
Ini yang pelik ni, macam mana pulak barang yang first dengan alamat yang sama boleh sampai tapi yang kedua, ketiga tu tak sampai...?
PosLaju oiiiii korang buat lawak ke ape?

Ini dari pagi AJ duk call customer service PosLaju tak berangkat...
Baik tempat collection, baik hotline....
Baik tak payah ade hotline kalau manjang je tak berjawab!
AJ dengar sekarang banyak sangat dah isu dengan PosLaju ni....
Aku dah memang rase nak maki orang je ni......
Arghhhhhhhh.....!!!!

Siapa yang penah ade masalah macam ni?
Ape solution korang ek?
Kesian jugak kat seller tu, buat terjejas business dia je bile PosLaju buat gini.....
Takkan posmen tu takde henpon untuk call kita?
Bukan ke details semua ade kat consignment note tu....
Stress betullah PosLaju ni....
Dia ingat pembeli ngan seller ni takde keje lain ke manjang nak kene follow up dengan korang je!

P/s : Terhakis sabarku!

Friday, 26 June 2015

Review : Buffet Ramadhan Flora Terrace, Hampshire Place | Taman Firdausi

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 



7 Ramadhan lepas AJ sempat menjamu selera dengan hidangan Buffet Ramadhan di Flora Terrace di Hampshire Place yang terletak di Jalan Mayangsari...
Landmarknya bersebelahan dengan Menara Tokio Marine...
Kalau dari LRT Putra Ampang Park, korang kene berjalan dalam 5 minit untuk sampai ke sini.....
Buffet Ramadhan disini bertemakan ala-ala Taman Firdausi...
Memang indah dan damai sangat di Flora Terrace dengan dekorasi penuh bunga-bungaan diserikan pula juntaian lampu-lampu chandelier, susun atur yang menarik serta suasananya yang cukup romantis...

Suasana Flora Terrace, Hampshire Place
Suasana Flora Terrace, Hampshire Place
Suasana Flora Terrace, Hampshire Place

Buffet Ramadhan di Flora Terrace menyajikan kalian dengan pelbagai hidangan Melayu, Barat dan juga Timur Tengah...
Ade lebih kurang 50 pilihan hidangan yang boleh korang pilih!
 Daripada appetizer sehinggalah ke dessert semuanya sedap-sedap belaka....
Antara hidangan special yang terdapat disini adalah Nasi Mandy, Ayam Mandy dan Kambing Mandy dari Timur Tengah..
Aroma nasinya cukup memikat ditambah pula dengan ayam dan kambing yang cukup lembut dan diperap sempurna...
Selain itu hidangan Melayu nya pula AJ pasti akan membuka selera para tetamu...
Ada ulam-ulam dan pelbagai jenis sambal, pelbagai jenis kerabu, lauk-pauk beraneka jenis dan kuih muih yang pelbagai tak lupa juga buah-buahan tempatan yang segar....

Jom kita tengok dulu antara lauk pauk yang terhidang di Buffet Ramadhan, Flora Terrace....

Nasi Mandy, Ayam dan Kambing Mandy

Buffet Ramadhan, Flora Terrace
Buffet Ramadhan, Flora Terrace
Buffet Ramadhan, Flora Terrace
Buffet Ramadhan, Flora Terrace
Buffet Ramadhan, Flora Terrace
Buffet Ramadhan, Flora Terrace


Desert pulak! Yummy...

 

Haaaaa.. Terliur ke idok???

AJ paling suka kerabu kacang botol, ayam dam kambing mandy, lasagne, puding roti dan custard serta puding yang warna-warni tu (AJ lupa nama dia... Opsss...)

Harga yang ditawarkan juga berpatutan....
RM 70++ bagi dewasa dan RM35++ bagi kanak-kanak (bawah 12 tahun)
*All price are subjected to 6% GST

Buffet Ramadhan | Flora Terrace, Hampshire Place

Waktu operasi Buffet Ramadhan :

3 Ramadhan - 27 Ramadhan 1436H
6 petang - 10 malam
 

 Untuk info lebih lanjut :

Tel :03-2181 0872 (Encik Safwan)
Email : safwan.rahmatullah@floraetc.my
 
Flora Terrace, Hampshire Place,
A-LG-1, Lower Ground Floor
No,1 Jalan Mayang sari
50450 Kuala Lumpur.
Okay last nak blast gambar ni...
kami yang havoc gitewww... =D


Last but not least
Cik Puan Tanah.... =D
  

Terima kasih kepada Flora Terrace atas kesudian menerima kunjungan kami kali ni....
Insyaallah kita akan berjumpa lagi lain kali....

P/s : Ade yang dah lapar???