Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 26 February 2015

Kucing Sakit Lagi!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Start dar CNY aritu, satu per satu kucing AJ kene selsema....
Mula-mula aritu, Boboy... Lepas tu dah berjangkit ke kucing lain pulak.....
Ahad lepas, 2 ekor kucing AJ selsema teruk.... AJ terus bawak 2 ekor tu ke vet.....
Sampai vet doc check dan bagi suntikan..... Lepas tu doc bekalkan ubat untuk diorang.....


Hari selasa, selsema semua kucing-kucing AJ dah nampak terkawal kecuali sekor....
Selsema Abot nampak makin teruk pulak.....
Petang lepas balik keje terus AJ refer Abot ke vet balik.....
 Doc suspect Abot kene FIP macam Comot tu.... Terus AJ rasa nak nangis....
Perut Abot pun nampak makin membesar...
Semalam AJ datang, tengok dia lemah tapi still boleh jalan dan bangun bila AJ panggil....
Tapi dia tak makan dan minum sikit-sikit je.....


Arini AJ mesej Misi kat vet tanye macam mana keadaan Abot....
 Dia cakap Abot makin lemah....
Sedih betul bila AJ baca mesej camtu...... AJ harap Abot ade harapan....
Malam tadi AJ dah suruh doc amik sample darah dia.....
Harapnya keputusan nanti okaylah....
Petang nanti AJ nak bawak 2 ekor lagi anak kucing AJ ke vet dan lawat Abot.....

P/s : Doakan yang terbaik untuk kucing AJ....
 

Tuesday, 24 February 2015

65 Tahun | Tragedi Bukit Kepong


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

23 Februari 1950 - 23 Februari 2015, 65 tahun sudah terjadinya Tragedi Bukit Kepong....
Satu peristiwa yang menyedihkan dalam sejarah negara kita....
AJ tahu pasal Tragedi Bukit Kepong ni pun melalui filem yang dilakonkan oleh Dato Jins Shamsudin suatu ketika dahulu...
Mengalir airmata setiap kali menonton filem ni..... Bagaimana mereka berusaha dan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir menyelamatkan Balai Polis Bukit Kepong dari pihak Komunis...

Ringkasan dan Rentetan Peristiwa Bukit Kepong

Balai Polis Bukit Kepong terletak di tebing Sungai Muar, sekitar 59km dari Bandar Muar, Johor...

4.15 pagi | Kejadian bermula sebelum subuh apabila komunis memula melancarkan serangan gerila ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang diperbuat daripada kayu, apabila Mata-Mata Jaafar bin Hassan mencabar dan telah menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai.
Selepas itu pihak komunis mula mentyerang dari setiap sudut.. Mereka percaya akan berjaya mengalah pihak polis dalam tempoh yang singkat kerana memiliki beberapa kelebihan seperti senjata dan jumlah anggota yang ramai serta keadaan balai yang terpencil.... Walaupun begitu, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah enggan menyerah, biarpun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah kalah.
Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran...

5.00 pagi | Pasukan Polis Bantuan dan penduduk kampung ynag lengkap bersenjata digerakkan dari Kampong Jawa bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu.

7.00 pagi | Komunis menawan Mariam Ibrahim isteri Mata-Mata Mohammad Jaafar, Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan isteri Mata-Mata Abu Bakar Daud dan Mat Indera (Ketua kumpulan Komunis) memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah namun tidak diendahkan oleh Sgt Jamil dan menegaskan akan bertahan dan berjuang habis-habisan.
Akibatnya Mariam dicerakan dan Fatimah dibunuh manakala suami Fatimah Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di Sungai Muar, ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Detik terakhir pertempuran menyaksikan berek kelamin dan balai polis dibakar, 2 wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus.. Hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Pihak Komunis pula berterusan menembak mereka yang cuba lari dari balai yang sedang terbakar... Ketika ini, penduduk Kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Komunis kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api...

Begitulah kisah berakhirnya perjuangan mereka yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong....
Sedih sangat... Sampai ke titisan darah terakhir dipertaruhkan..... =(

Antara gambar berkaitan Peristiwa Bukit Kepong...



 
Anggota dan Keluarga yang terkorban dalam pertempuran





P/s : Dulu orang mempertahankan habis-habisan, sekarang ramai pula yang memperlekehkan.... =(

Monday, 23 February 2015

6 Hari Jalan-Jalan Cari Makan...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

 Sepanjang minggu lepas, memang AJ dan kawan-kawan pecah rekod jalan-jalan cari makan...
Mau tak nye, sepanjang 6 hari berturut-turut kitorang pegi makan di tempat yang berlainan....
Ade juga yang siap langkau negeri lain... Hahahhahahah....

AJ dan kengkawan lain memang spesis kaki makan....
Tak kira waktu tu hari bekerja, cuti umum ade je tempat makan yang kitorang jejak....
Kadang-kadang pukul 12 malam ke Melaka, semata-mata nak pekena asam pedas kat Kota Laksamana.... =D Hehehhehhehe....
Kami memang bolehmasuk kategori "FOOD HUNTER"

 
Okay, nak tau kemana kami sepanjang minggu lepas??

Day 1| Little Rara Thai Boat Noodle, Jalan Kia Peng

Day 2 | Sakura Kristal, Taman Melawati

Day 3 | Enjoy's Corner, Taman Melawati

Day 4 | Kulcats Barrio, TTDI

Day 5 | D'laila Mee Udang, MMA Santai Corner Nilai

Day 6 | Bucida Court, Damansara (Lepak santai je..)

Haaaa..... Korang rase?? Betul punya JJCM kan.... Hehehhehehe.....
 AJ rase buat aktiviti macam ni lagi berfaedah dari perkara merepek kan??
Perut kenyang, hati pun senang.... Dan berat pun bertambah-tambah kooo.....
Ada masa sikit kang, AJ update satu per satu tempat-tempat ni.....
Tapi rasanya, ade tempat yang tak amik gambar pun..... Takpelah, mana ade kang AJ update...
Sapa sini kaki makan bolehlah geng dengan AJ.....
Nanti boleh pegi makan situ sana sini... =D

P/s : Curi masa sekejap.....
 

Friday, 13 February 2015

Food Review | Bon Appetite Dari Delifrance Malaysia!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Bonjour! Ewahhhh... Feeling macam kat Paris pulak... =D
Ahad yang lepas, AJ dengan beberapa orang ahli #kelabbloggerbenashaari telah menyerbu Delifrance, Mid Valley....


Info mengenai Delifrance

Delifrance satu nama yang tidak asing lagi rasanya kan?
Semua orang pernah merasai keenakan makanan yang terdapat di Delifrance....
Delifrance mula diperkenalkan dari Eropah pada tahun 1983, outlet Delifrance yang pertama di Asia terletak di Clifford Centre, Singapura dan mula berkembang sehingga ke Hong Kong dan Shanghai China pada tahun 1987..
Delifrance mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1990 dan kini terdapat 15 outlet di seluruh Malaysia..
Antaranya :
  • 11 buah cawangan di Lembah Klang: Mid Valley, Avenue K, Ampang Point, Great Eastern Mall, AEON Big Wangsa Maju, KL Festival Mall, Cheras Leisure Mall, Paradigm Mall, Tropicana City Mall, The Strand dan AEON Big Bukit Raja. 
  • 1 cawangan di Queensbay Mall, Penang.
  • 2 cawangan di Johor Bahru iaitu AEON Big Tebrau City serta JB City Square. 
  • 1 cawangan di AEON Taiping yang baru dibuka pada 14 November 2014 yang lalu. 

AJ sendiri sangat familiar dengan Delifrance....
Sebutnya Delifrance pelbagai jenis pastri terbayang-bayang dalam kepala macam croissant dan paling AJ ingat pasal Delifrance ni roti Baguettes yang panjang tu dengan sup cendawan... =D
Bila diberi peluang merasai hidangan yang baharu diperkenalkan di Delifrance, AJ jadi sangat teruja....
Tak sangka sekarang Delifrance telah mempelbagaikan hidangan....

Jom kita tengok antara hidangan yang dihidangkan kepada keluarga #kelabbloggerbenashaari....



1. Tuna D'licious (RM13.90)
Hidangan yang famous dan tidak asing bagi penggemar Delifrance..
Berintikan tuna, mayonis, salad dan tomato segar yang dihidangkan dengan pilihan beraneka jenis roti iaitu French butter croissant, baguette, ciabatta ataupun crois-bread pasti membuka selera...


2. Meatball Sandwich (RM9.90)
Bebola daging yang empuk dan enak berjus dihidangkan dengan sos marinara dan dihidangkan degan roti pilihan pasti tidak mengecewakan.....


3. Meatball Pasta (RM15.90)
Spaghetti dihidangkan bersama marinara sos dan bebola daging yang juicy dan lembut.... Ini pilihan AJ!


4. Spicy Fish served with Rice (RM18.90)
AJ tak makan ikan, tapi hidangan ni memang berjaya membuka selera AJ....
Pedasnya memang terasa kat lidah....
Ikan dori yang direbus serta bersalut sambal pedas ini sesuai dengan citarasa tempatan!



4. Grilled Chicken Leg with Mushroom Soup (RM18.90)
Dihidangkan bersama sos cendawan, mashed potato dan salad segar....
Ayam yang lembut,berkuah dan dipanggang sempurna...


5. Provencal Lamb Shoulder (RM28.00) <------ AJ's new favourite!
Bagi pengemar kambing, AJ sarankan anda mencuba lamb shoulder ni....
Dagingnya dipanggang sempurna dan sangat lembut...
Juga dihidangkan dengan mashed potato dan salad segar..
Rugi kalau tak cuba yang ni..... Memang terus mark as favourite ni bila ke Delifrance.... =D


6. Beef crois-bread and Chicken crois-bread
Hidangan baharu kombinasi croissant dan roti Viennese yang lebih panjang....
Roti yang lembut dan "crunchy" diperbuat daripada tepung gandum dan pelbagai "seeds" ini boleh dihidangkan dengan berintikan ayam atau daging.....



7. Pelbagai Jenis Pastri
Tak dinafikan Delifrance memang ibarat syurga pastri....
Pelbagai jenis pastri boleh didapati dari outlet Delifrance....
Antaranya mini pastri kat atas ni... Nyum nyum!


8. Macaron!!!!
Pencuci mulut kami ialah macaron yang berwarna-warni...
AJ pilih yang coklat.... Sedapnyaaaa... =D

Pendek kata, semua menu yang terdapat di Delifrance ni memang terbaik dan memang sedap!
Oh ya! Semua menu terbaharu Delifrance boleh didapati disemua outlet kecuali di lapangan terbang tau....

Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari :

Website : www.delifrance.com.my
Facebook : Delifrance Malaysia

Terima kasih AJ ucapkan kepada pihak Delifrance atas kesudian menjemput AJ dan geng #kelabbloggerbenashaari menjamu selera di Delifrance.....
Dannnn.. AJ ade sedikit hadiah buat korang semua....
Nak tau ape?? Stay tuned! =D

P/s : Berat dah bertambah...
Wink wink!

Tuesday, 10 February 2015

Salam Terakhir Si Comot....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA   

Khamis lepas kucing AJ Si Comot dimasukkan ke vet..
Kebetulan hari tu AJ pun MC sebab kesihatan tak mengizinkan.....
Si Comot tetiba collapse dan ade masalah macam manusia kene stroke....
Bahagian badan sebelah kanan dia tak berfungsi, lepas tu dia macam menggelupur kesakitan.....


Masa AJ bawak ke vet tu, memula doktor syak mungkin ade jangkitan dalam telinga...
Lepas doktor belek-belek, dia cakap kucing AJ macam kene virus F.I.P (Feline Infectious Peritonitis)...
Virus ni disebabkan oleh virus Coronavirus merupakan virus yang amat berbahaya kepada kucing dan menyebabkan kucing mengalami keradangan pada tisu-tisu yang dijangkiti seperti perut, buah pinggang ataupun otak.....
Penyakit ini selalunya membawa maut kepada kucing.....
Bila dengar macam tu terus AJ nangis-nangis...... Nak pulak masa kat vet tu dia dah macam kene sawan...
Berguling-guling Si Comot.. Mungkin sakit sangat kot.....

Hari kedua kat vet doc maklumkan yang Comot tak bertindak-balas dengan ubat-ubat yang diberi.....
Lagilah AJ menangis... AJ belai-belai dia... Terdengar halus suara dia mengiau..
Sakit sangat nampaknya.... Sampaikan dia tak boleh langsung toleh dan bergerak.... =(
AJ dah takde nak rasa malu dah... Terus AJ menangis-nangis....

Hari ketiga masa AJ hantar sekor lagi kucing AJ, AJ tengok keadaan Comot makin teruk....
Dia dah takde reaksi langsung kat AJ.... AJ belai dan panggil pun dia tak menyahut.....
Doc pun tak dapat pastikan apa sebenarnya penyakit Comot....
Sambil belai, airmata memang tak boleh berhenti...
Sampai AJ cakap kalau dah tak tahan sangat, pergilah Comot.....
Doc pun pesan minta AJ bersedia dengan segala kemungkinan.....

Dan petang hari keempat, Comot pergi menemui penciptanya.....
AJ nampak je no vet call, AJ dah dapat agak ape berita yang bakal AJ dengar....

AJ : "Hello..."
Doc : "Ayue, ni nak bagitau... Ade berita pasal Comot...."
AJ : "Okay"
Doc : "Err, Comot dah takde tau dalam pukul 4 lebih tadi.."
AJ dah tak tau macam mana nak cakap masa tu... Airmata dah mencurah-curah dah ni....
AJ : "Okay, petang ni orang datang amik Comot"

Petang tu terus AJ amik Comot dan pukul 9.45 malam AJ semadikan Si Comot bersebelahan Gemul yang mati 2 minggu sebelum tu dan berhampiran kubur kucing-kucing AJ...
Sedih sangat... Tapi takpelah... Sekurang-kurangnya penderitaan Comot dah berakhir...

"Comot.... Pergilah sayang..
Mummy sayangkan Comot tau.... Pergi main-main dengan gembira kat sana dengan kawan-kawan lain ye....."


Arini keputusan darah Comot baru keluar...
Sekejap lagi AJ nak pegi vet tengok Boboy kat sana dan nak tau apa sebenarnya penyakit Comot.....
Boboy pulak tak boleh kencing, kene pasang tiub dan kene sunatkan terus....

P/s :  Tinggallah lagi 29 ekor kucing-kucing AJ tu.....
Harapnya mereka semua akan kekal sihat....
 

Wednesday, 4 February 2015

My Braces Journey : Genap Setahun 8 Bulan

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Dah lame AJ tak cerita pasal braces journey AJ kan??
4 Jun 2013 - 4 Februari 2015 dah genap setahun 8 bulan AJ berbraces.....
Alhamdulillah dah banyak perubahan dari hari pertama pakai braces, sampailah ke hari ni.....
Dah macam-maca rase ade, sakit sekejap, ngilu, tak bleh mengunyah, lenguh mulut bile kene pakai elastic band tu.... Hehehehhehe..
Tapi takpe, bak kate ramai orang beauty is PAIN! =P

So kat sini AJ nak share sikit perubahan start pakai braces sampai sekarang....
Ade la beberapa keping pic je...
Takde la nak letak pic setiap bulan kan.... =D


Hari Pertama

 
Selepas sebulan


Setahun 8 bulan

Sekarang ni gigi AJ dah tersusun dah....
Cuma kene pakai powerchain untuk rapatkan gap antara gigi yang kene cabut dulu tu je sebelah kiri dan kanan tu.....
Tapi rasenya lame lagi kot baru AJ bukak....
Installment tak abis lagi wooooo..... Mane nak habis, check up pun main skip-skip kadang tu...
Makanya bayar pun miss la time yang AJ tak datang check up tu.... 
Whahahhahahaha.... =P
So sekarang ni, nak kayuh kasi habis dulu, nanti dah bukak or ade buat pape lagi, AJ story morry lagi yo... =D

P/s : S.M.I.L.E

Bertimbang Rasalah Sikit...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Fuhhhhh... 1st day masuk keje after long weekend, rasa malas pulak...
Tapi tak boleh nak malas sangat pasal keje banyak.... Huhuhuhuhu...
Ini pun curi masa sikitlah, rehatkan minda sekejap.. =D

Okay, straight to the point..
Tadi AJ pegi lunch macam biase, kebetulan hari ni macam ramai pulak orang kat kedai yang biase AJ makan tu....
Bila dah ramai, makanya meja dan kerusi pun jadi berkurangan la....
Orang yang menunggu giliran pun boleh tahan ramai.....
Dan yang paling tak syok mate memandang bila orang yang dah habis makan, dah habis minum tak reti-reti nak bangun bagi orang yang menunggu giliran tu pulak makan...
Alahai kakak.... Orang lain pun nak makan jugak... Janganlah nak pentingkan diri sangat....
Takkan lunch hour sejam, sejam jugak nak melekat kat kerusi tu sampai tak bagi orang lain duduk?
Serious AJ tak faham dengan orang macam ni...
Tak rasa bersalah atau rasa pelik ke bila ade orang berdiri tunggu awak tu bangun??
Boleh buat muka selamba je bile orang table lain pun dah start pandang-pandang dia.....
Haishhhh... Payah gini kakak....
Esok lusa bile kene kat awak pulak baru tau.....
Nasiblah yang menunggu tu bukan AJ... Kalau tak mesti dah keluar kata azimat bagi dia bangun....
Bahasa sopan yang makan dalam ye.. Bukan AJ carutkan...
Hehehheheheh....


Tolonglah ye, janganlah pentingkan diri....
Dah habis makan, bagi orang lain pulak.... Mereka pun lunch hour 1 jam...Tapi kalau dah setengah jam duk tunggu kita bangun maam mana pulak kan.....
Nak borak ke, ape ke duduklah tempat lain yang lebih bersesuaian ye....

P/s : A.P.T.B

Monday, 2 February 2015

Hobi | Membaca...

ASSAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

 

 Aritu AJ duk kemas-kemas bilik, lepas tu time duk susun buku dan novel baru tersedar rupanya banyak lagi yang AJ belum baca....
Kalau tengok timbunan buku kat atas ni dah macam si ulat buku dah AJ ni....
Hahhahahah..
Sebenarnya AJ bukanlah dalam kategori ulat buku, tapi ini salah satu hobi AJ di masa lapang....
AJ suka membaca.. Selain buku ilmiah, AJ gemar baca novel...
Kategori novel yang AJ suka baca kan, yang ade unsur-unsur islamik sikit, romantik, kelakar...
Novel yang AJ baca pun bukanlah novel berbahasa melayu je...
Once in a blue moon AJ beli dan baca jugak novel berbahasa inggeris yang menarik minat AJ.....

Sekarang  ni AJ tengah baca novel pasal Puteri Diana, novel yang ditulis oleh Kate Snell bertajuk | Diana Her Last Love.....
AJ memang peminat Puteri Diana, baru ni AJ cari autobiography mengenai dia masa dekat big bad wolf, tapi tak jumpa pulak yang AJ nak tu.....
Susah pulak nak cari yang tu... Title dia AJ tak ingat, tapi kalau muka depan buku tu AJ ingatlah... Nanti AJ nak cari pulak kat book store lain....

Berbalik pasal hobi membaca, hobi ni betul-betul datang masa AJ zaman sekolah menengah dulu....
Bukan dari lahir je dah minat membaca.. Hehehheheh....
Tapi masa tu dipengaruhi rakan sekelas la...
Dia suka baca novel, lepas tu selalu bagi AJ pinjam......
Dari pinjam buku/novel rakan sekelas, AJ start beli sendiri... Lepas tu tukar-tukar baca dengan kawan lain....
Dari sebuah, dua buah buku, sekarang ni dah jadi macam kedai buku pulak... Sekali AJ pegi kedai buku memang terus sambar 4-5 buah....
Rak buku AJ pun dah penuh... Ini pun sebahagian novel AJ, main campak atas almari je bila dah tak tau nak letak mana.....  Hahahhahaha...

 Sekarang ni AJ stop kejap membeli sampai AJ habis baca semua novel kat dalam gambar atas ni...
Tu semua yang AJ belum baca lagi tau... Huhuhuh.. =P
Dah habis semua tu, baru AJ jejak book store beli buku baru.....

P/s : Boleh buka mini library...