Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 16 November 2015

#TSDayOut | Hari Pertama : Klang Heritage Walk


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

31 Oktober 2015 - 3 November 2015 yang lepas, selama 4 hari 3 malam AJ berpeluang turut serta dalam program #TSDayOut Special Selangor Meet Sarawak...
Terima kasih kepada pihak Tourism Selangor sebab bagi peluang kepada AJ kali ni....


Displaying Program Book 2.jpg
Displaying Program Book 2.jpg
Displaying Program Book 2.jpg
Displaying Program Book 2.jpg

Meriah! Itulah 1 perkataan yang AJ dapat katakan sepanjang trip ini...
Dikelilingi oleh organizer dan rakan-rakan yang sporting dan gila-gila memang tak kering gusi dibuatnya....

Hari Pertama | 31 Oktober 2015 :

Media dan para peserta berkumpul di bangunan Tourism Selangor seawal jam 8 pagi..
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut warna t-shirt yang diberikan...
Siap register, sarapan pagi dan menukar pakaian kami diberikan short briefing ole En Saad untuk aktiviti yang pertama iaitu Amazing Hunt di sekitar Bandar DiRaja Klang...


AJ dapat 1 team dengan Adam...
Tugasan pertama sebelum dapat soalan kene menyanyi ke, berlakon ke depan organizer Kitorang pilih untuk menyanyi... Rasanya tu je la paling mudah kot...
Lagu pilihan kemain lagi, seiring sejalan kau!
Hahahahaha....
Dapat soalan masing-masing jadi lipas kudung...

Soalan yang diberikan berkisar mengenai sejarah bandar Klang....
Habis 1 Heritage Walk Klang kami pusing.. Masa tu baru AJ tau banyak khazanah dan tempat menarik di sekitar Bandar Klang....
Selama hari ni AJ sangka Klang hanyalah 1 bandar kecil yang tak begitu menarik....

Kami bermula di hadapan Bangunan Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz yang dibina pada tahun 1909...
Sebahagian besar dari pameran Galeri DiRaja berkisar mengenai riwayat hidup Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang telah  memerintah Selangor selama lebih 39 tahun sebagai Sultan Selangor ke-8 dan hampur 3 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-11.
Selain itu terdapat juga carta salasilah mengenai kerabat DiRaja Selangor...


Bandar Klang memiliki banyak bangunan dan monumen bersejarah antaranya Jambatan Kota yang dibina pada bulan Mei 1957 oleh Syarikat British Dorman Long Bridge and Engeneering Ltd. Ia merupakan jambatan 2 tingkat yang pertama yang pernah didirikan di Persekutuan Tanah Melayu.


Old Chartered Bank yang pernah menjadi institusi kewangan pertama yang diwujudkan di Klang, kini telah menjadi milik Chennai Silk sebuah gedung pakaian wanita terbesar yang mana didalamnya terdapat sebuah mesin menghasilkan kain sari....


Selain itu terdapat sebuah bangunan yang bercirikan victoria yang kini merupakan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja dimana didalamnya terdapat muzium mini yang menempatkan sebuah peti besi yang isinya tidak diketahui sehingga kini...



Bersebelahan Balai Bomba juga terletak Gedung Raja Abdullah yang dibina pada tahun 1856 yang mana dahulunya merupakan pusat penyimpanan bijih timah dan juga tempat kediaman di bahagian atasnya..



Kami juga dibawa menjelajah disekitar kawasan Istana Alam Shah yang tersergam indah di atas bukit dan juga Tugu Keris yang melambangkan Bandar Klang...



 Selain itu kami juga sempat menjelajah di sekitar India Street, stesen Keretapi Tanah Melayu Klang, Kedai Kopi yang tertua di Bandar DiRaja Klang, Segitiga yang menempatkan 3 buah rumah ibadat dan sebagainya....



Rumah Ibadat 3 penjuru (Kuil, Gereja dan Masjid)

 Hasil tangkapan India Street



Antara sejarah di Bandar DiRaja Klang

Paling AJ tak sangka, AJ dan Adam berjaya menyiapkan misi dan menjawab soalan dengan pantas (pantas tak pantas, berjam-jam jugaklah!)....
Yeayyyyy.... Rahsia kami adalah... Jeng jeng jengggg.....
Dah namanya rahsia... Mana boleh bagitau! Hahahhahaha....
Dah selesai menjawab soalan baru kami sedar sebenarnya semua jawapan kepada soalan tu hanya terdapat terdapat di satu laluan sepusingan je.... Chessss! =P

Usai jelajah Klang, kami dibawa ke Empire Hotel untuk beristirehat dan menjamu selera...
Terima kasih buat Mr. Zacc yang telah memberikan info lanjut mengenai bilik dan kemudahan yang terdapat di sekitar Empire Hotel....






Done 1 hari #TSDayOut... Memang memenatkan...
Tapi kemeriahannya memang sesuatu yang AJ tak dapat lupakan....

Lagi entri #TSDayOutSpecial :

#TSDayOut | Hari Kedua : Kuching Aku Datang!!!!
#TSDayOut | Hari Ketiga : OrangUtan Semenggoh dan Aktiviti Kayak Semadang
#TSDayOut | Hari Keempat : Menerokai Gua Fairy dan Gua Angin (Fairy Cave, Wind Cave)

P/s : Hari Kedua menyusul...
Stay tuned....


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

7 comments:

  1. Mmg gila impressed korg dpt jawab 24 drp 25 soalan tu! Congrats!

    Eh! "Semua jawapan kepada soalan tu hanya terdapat terdapat di satu laluan je"? Biar betul??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Abg Raw.....
      Aah sebenarnya kalau review balik, jawapan kepada soalan tu hanya 1 laluan je.... Kite buat 1 pusingan complete la semua...

      Delete
  2. dashyat lak korang boleh dpt semua clues siap berhenna lagi.. lain kali ada treasure hunt mcm ni kena ajak u.. mesti boleh menang..hahah tahniah babe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahhahah... Mane ade dashyat la....
      Tanya-tanya orang je.... Tu yang dapat jawab....
      Sampai budak KK Mart pun kitorang tanye... =P

      Delete
  3. Replies
    1. tau takpe Khai.....
      Rindu gile.... Rase nak undur masa....
      Hahahahah..

      Delete