Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 17 November 2015

#TSDayOut | Hari Kedua : Kuching Aku Datang!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari Kedua | 1 November 2015

Seawal jam 5 pagi kami check-out dari Empire Hotel dan menuju ke KLIA2....
Terima kasih kepada pihak Empire Hotel untuk penginapan yang selesa, makan malam yang superb dan juga breakfast... =D



Sampai di KLIA2 terdapat sedikit masalah teknikal yang berlaku..
Kami sepatutnya naik flight pukul 8.15 pagi... Tapi akhirnya kami hanya dapat menaiki flight pada pukul 12.55 tengah hari....
Fuhhh.. Agak mencabar juga sebenarnya bila tersadai dekat airport...
Apapun terima kasih buat crew Tourism Selangor dan juga Sarawak Tourism Board yang bersusah payah untuk kami....



Sampai di Kuching International Airport kami disambut meriah oleh pihak Sarawak Tourism Board..
Terasa macam pelancong dari luar negara sangat dengan sambutan mereka.... =D
Kami terus dibawa check in di Emperial Hotel dan berkumpul kembali untuk dibawa ke Kuching Waterfront menaiki Sarawak Sunset River Cruise yang merupakan salah satu daya penarik di Sarawak...
Tak sah kalau datang Kuching tak naik Sarawak Sunset River Cruise....
Kata orang ianya "Best Way to Discover Kuching's Hidden Gems" di sepanjang sungai....
Bayangkan korang berada di atas dek kapal dibuai angin sepoi-sepoi bahasa dengan pemandangan indah matahari terbenam...
Dihidangkan pula dengan jus oren dan kek lapis Sarawak... Nang nyaman!... =D



Selain pada tu korang juga diberikan info mengenai bangunan bersejarah yang terdapat di tebing Sungai Sarawak seperti bangunan Dewan Undangan Negeri iaitu bangunan 9 tingkat dengan bumbung berbentuk terendak. Di dalam bangunan Dewan Undangan Negeri terdapat dewan konvensyen dan dewan jamuan....
Dibina  di atas bukit berhampiran Sungai Sarawak di antara Astana dan Ford Margherita...



Astana merupakan sebuah istana yang terletak di sebelah Utara Sungai Sarawak.. Dibina pada tahun 1870 oleh Raja Putih Sarawak ke-2 Charles Brooke sebagai hadiah perkahwinan dengan isteri baginda Margaret Alice Lili de Windt....
Kini, Astana merupakan kediaman rasmi bagi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Dari pinggir Kuching waterfront, korang dapat melihat taman dan juga bangunan istana dengan jelas...


Ford Margherita sebuah kubu lama yang dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke utuk melindungi Kuching dari serangan lanun..Pernah digunakan sebagau Muzium Polis dari 1971 sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri Sarawak...
Kini, Ford Margherita merupakan salah 1 daya tarikan pelancong di Kuching...


Banyak lagi bangunan dan perkampungan menarik yang dapat kami lihat sepanjang Sungai Sarawak... Kami juga sempat dihiburkan oleh penari dari beberapa etnik di Sarawak di dalam kapal sebelum ianya berlabuh...



Lepas tengok sunset, perut pun mesti dah lapar kan?
Tanpa berlengah kami dibawa ke Top Spot dimana ianya merupakan tempat makan yang terkenal di Bandaraya Kuching...
Terletak di tingkat 6 atas bangunan, Top Spot mempunyai beberapa kedai makanan yang menjadi pilihan rakyat tempatan dan pelancong...




Kami dihidangkan dengan makanan yang istimewa yang kat Semenanjung memang susah nak jumpa macam sayur midin, omelet oyster...
Perut pun dah berkeroncong, tanpa berlengah sekelip mata je licin...
Hahahhahaha.. AJ siapa tambah nasi 2 kali kot.... Opsss.... =P





Dalam jam 9 malam, kami pulang ke hotel untuk membersihkan diri dan berehat...
Hari ketiga lebih mencabar......
Nak tau apa??? Tungguuuuuuu... =D



Lagi entri #TSDayOutSpecial :

#TSDayOut | Hari Pertama : Klang Heritage Walk
#TSDayOut | Hari Ketiga : OrangUtan Semenggoh dan Aktiviti Kayak Semadang
#TSDayOut | Hari Keempat : Menerokai Gua Fairy dan Gua Angin (Fairy Cave, Wind Cave)

P/s : Santai =D


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

6 comments:

  1. aik..macam lain pulak warna rambut..warna dia memang boleh tukar2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia akan luntur each time kite cuci rambut kak...
      Tu yang kaler kejap warna lain, pastu warna lain...
      Hehehhe...

      Delete
  2. Replies
    1. Tak sempat sangat nak jalan kak....
      Out of time....
      Huhuhuuh... Nanti kite plan jalan sini nak?

      Delete
  3. Untonglah travelling bear dpt join sekali! Makanan kat top spot adalah terbaik. Sampai minum air tebu limau kasturi perghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travelling beruang fresh from AK flight..
      Hahahahhaha.. =P

      Delete