Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 12 November 2015

Terapi Ayurveda Di Samkkya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Beberapa minggu lepas AJ dan Razi dari #KelabBloggerBenAshaari berpeluang menikmati terapi ayurveda di Samkkya yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar...
Terima kasih Nik Nabil atas kesudian menjemput kami mengalami sendiri keunikkan terapi ayurveda...


Ayurveda merupakan terapi kesihatan dan kesejahteraan berunsurkan semulajadi sains berusia hampir 5000 tahun yang  berasal dari negara India...
Ayur, yang bermaksud kehidupan, dan Veda pula bermaksud pengetahuan atau sains.

Ayurveda merujuk interaksi manusia dengan alam semula jadi.... 
Ia menerangkan 5 struktur unsur ke dalam mana semesta dibahagikan; ruang, udara, api, air dan bumi.
Elemen-elemen ini bergabung untuk membentuk 3 bio-tenaga atau dosha dikenali sebagai vata, pita dan kapha.
Dosha mentadbir semua aktiviti-aktiviti minda dan badan kita. Apabila kita mengekalkan keseimbangan melalui pilihan bijak, kita mengalami kesihatan yang optimum. Apabila dosha ini tidak seimbang, kita akan mudah mengalami penyakit.


Ohhh... Kat sini baru AJ tau sebenarnya pusat Ayurveda seperti Samkkya ni bukanlah SPA!
Selama ni AJ bayangkan yang pusat Ayurveda merupakan spa macam yang lain....
Rupanya ianya lebih kepada terapi untuk kesihatan mengikut gaya dan cara hidup kita...

Masuk je ke dalam pusat terapi Samkkya, AJ rase sangat aman damai...
Dengan persekitaran serta suasananya yang tenang dan layanan dari kakitangan Samkkya yang mesra...
Dari pemerhatian AJ, ramai orang keluar masuk dari pusat ni tanpa mengira bangsa ataupun usia...


Samkkya merupakan sebuah pusat perubatan alternatif berasaskan rawatan Ayurveda dikendalikan oleh mereka yang sangat terlatih dan pakar dalam bidang rawatan ini. 
Samkkya Health Care Group setakat ini memiliki tiga buah cawangan iaitu;

samkkya ayurveda

Sebelum memulakan terapi di Samkkya, kami diminta mengisi borang atau menjawab soalan berkisar aktiviti seharian dan cara hidup kita sambil dihidangkan dengan secawan air halia panas..


Selepas itu Dr Shiv Kumar Vats akan menemuramah dan menganalisa kita bagi menentukan apakah dosha kita...
AJ terkategori dalam Vata Pitta....



Apa itu Vata Pitta?

Vata merupakan unsur Angin manakala Vitta merupakan unsur Api....
Doktor terus cakap AJ ni jenis kepala angin sebab AJ berunsur api tapi AJ cepat sejuk sebab dalam diri AJ juga ade unsur angin....
Tersipu-sipu AJ,. mau taknya, AJ memang spesis baran... Kurang sabar dalam segala hal....
Cepat je nak marah!
Patut officemate cakap AJ garang dan anak buah AJ pun takut dengan AJ.... Hahhahahha...

Setiap dosha mempunyai keseimbangannya tersendiri...
Oleh itu Dr Shiv Kumar Vats akan  mencadangkan diet, terapi, senaman dan amalan cara hidup yang bersesuaian dengan kita.....

Selepas sesi penerangan kita akan diberikan rawatan....
Untuk pengetahuan, setiap rawatan untuk seseorang individu adalah berlainan tau!
Semuanya bergantung kepada dosha....
AJ diberikan rawatan urutan minyak.... Minyak yang digunakan juga berlainan, macam AJ dapat minyak yang bau dia spice-spice sikit....
Rawatan ini adalah untuk memulihkan kitaran darah, menguatkan otot, mengurangkan sakit-sakit badan, lesu, awet muda, bagus untuk kulit, rambut dan banyak lagi khasiat seperti urutan badan yang lain.
Tenang je rasa bila diurut dengan minyak tersebut...
Urutan dimulakan dari kepala sehinggalah keseluruh badan....
Keluar segala angin naga masa urut tu...


Semasa tengah mengurut tu, AJ sempatlah berborak dengan staff Samkkya yang mengurut AJ..
Namanya Lalitha berusia 29 tahun.... Berasal dari Selatan India...
Fasih Lalitha berbahasa Inggeris.... =D
Disini setiap pengurut memang berasal dari negara India.... Dr Shiv Kumar Vats sendiri pun berasal dari India....
Ini bagi mengekalkan keaslian rawatan Ayurveda itu sendiri...
Memang best bila sesekali diurut ni, serta merta badan rasa segar.....!
Tapi seeloknya 2 jam lepas abis berurut tu baru mandi... Lagi segar!

Muka masing-masing selepas sesi terapi dan rawatan...




Untuk info yang lebih lanjut mengenai Samkkya dan rawatan Ayurveda korang boleh layari :


atau hubungi ;

03 – 2287 2111 (Samkkya Ayurvedic Health Clinic Bangsar)

Terima kasih buat Nik Nabil atas jemputan...
Dan juga terima kasih buat Dr Shiv Kumar Vats, Miss Averyl, Miss Agnes dan staff Samkkya...
Semoga berjumpa lagi... =D

Bersama  Dr Shiv Kumar Vats

P/s : Bila badan rasa ringan dan minda pun dah lapang kan, nak buat apa pun rasa senang je......




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

1 comment:

  1. menarik betul;..tempat die pon nampak cozy..first2 ingatkan spa jgk..apa agaknya dosha sy nih..hehe

    ReplyDelete