Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 30 September 2015

Movie Review : Pontianak Menangis


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Isnin lepas AJ berpeluang menonton preview filem Pontianak Menangis dengan geng #KelabBloggerBenAshaari.....



Filem Pontianak Menangis sebuah filem bergenre seram komedi merupakan filem terbitan sulong Heart N Soul Sdn Bhd telah diarahkan oleh Saudara Ismail Jejaka fdam yang lebih dikenali sebagai pemuzik penggesek gergaji dimana bakatnya telah dicungkil dari program “BAKAT” terbitan RTM pada tahun 1979.
Filem yang berdurasi 100 minit ini menelan belanja sebanyak RM800,000.00 dan telah menjalani penggambaran selama 35 hari di Batu Kurau, Taiping dan Kuala Terengganu...
Filem ini mula ditayangkan pada 1 Oktober 2015 diseluruh pawagam-pawagam di Malaysia dan Indonesia...

SINOPSIS Pontianak Menangis

Mengisahkan Kampung Selamat yang kerap diganggu oleh pontianak pada waktu malam dan sering berlakunya kecurian harta benda penduduknya...
Disebabkan kejadian itu, penduduk Kampung Selamat yang ketakutan telah berpakat untuk mencari jalan penyelesaian  di atas gangguan yang berlaku pada setiap hari...

Seorang pemuda bergelar Din Kelentong (Soya) telah memberi cadangan untuk memanggil seorang pakar pengusir pontianak yang kononnya dikenali dari Tanah Jawa iaitu Raja Paku.. Din Kelentong cakap, nenek dia yang cakap... =P
Di atas cadangan yang menarik itu, seluruh penduduk Kampung Selamat telah sepakat untuk bersetuju dengan cadangan Din Kelentong walhal Raja Paku tak penah wujud pun....
Disebabkan itu, dia telah berpakat dengan rakan karibnya Mat Yeh (Yassin) untuk menyamar sebagai Raja Paku.
Mat Yeh bersetuju dengan cadangan itu untuk mendapatkan habuan berupa karung bergerak dan penyamaran dipercayai oleh penduduk Kampung Selamat.

Penduduk Kampung Selamat mengharapkan Mat Yeh dapat mengusir pontianak tetapi Mat Yeh pula telah jatuh cinta pada pontianak bernama Azura semasa cubaannya memaku pontianak....
Perasaan Mat Yeh terhadap pontianak akhirnya membongkar segala yang berlaku di Kampung Selamat bukanlah angkara pontianak, tetapi angkara orang lain yang disegani oleh penduduk kampung....
Siapakah dalang yang berbuat onar dalam semua kejadian di Kampung Selamat ini dan mengapakan pontianak ini menangis???

Layan trailer kat bawah ni dulu... =D

Barisan Pelakon

1. Sally (Indonesia)
2. Bella (Indonesia)
3. Sayuti (Indonesia)
4. Soya
5. Yassin Senario
6. Wan Walla
7. Rahim Sepahtu
8. Hamdan Senario
9. Ilya Senario
10. Joey
11. Watie Elite
12. Sathia

Bagi AJ untuk filem sulung, Pontianak Menangis ni okaylah...
Banyak idea dan plot cerita yang cuba digarapkan dalam 1 kisah ni so ade sikit kekeliruan cerita kat situ...
Terdapat unsur seram, kelakar, sedih dan boleh diperbaiki untuk filem-filem yang akan datang....
Mengandungi beberapa mesej kehidupan masyarakat yang bersatu dan bekerjasama dalam membantu menyelesaikan masalah yang telah timbul...
Filem ini juga menggarapkan muzik terapi sebagai latarbelakang diiringi gesekan gergaji oleh Saudara Ismail Jejaka fdam

Kalau korang nak saksikan filem ini, jangan lupa okay 1 Oktober ini tayangannya....

P/s : Pontianak Menangis, AJ pun menangis!
Hahahhahaha..

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

3 comments:

  1. Hahahaha..gelak sampai menangis ye kita

    ReplyDelete
  2. syahdunya gesekan gergaji, boleh membuatkan penontonn menangis teresak bersama pontianak ? ..jom la tonton

    ReplyDelete