Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 24 August 2015

Review : SkinSoul Natural Volume Attack Mascara


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Tadaaaaa... Review lagi!!!!
Kali ni AJ nak review Natural Volume Attack Mascara dari SkinSoul....
Seriously AJ memang suka gila dengan SkinSoul Natural Volume Attack Mascara ni....
Mascara yang sangat unik dan boleh memanjangkan bulu mata secara semulajadi....
Tak percaya? Baca bawah ni dan kemudian korang boleh tengok sendiri AJ cuba... =D


Keunikan SkinSoul Natural Volume Attack Mascara

1. 100 bebas paraben dan prostagladin.

2. Tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh mengganggu pandangan mata.

3. Diperbuat dari bahan organik, ekstrak mulberry semulajadi yang terkenal dalam bertindak menyuburkan, menguatkan dan melentikkan bulu mata. 
Ianya anti-oksidan bertindak melindungi folikel bulu mata dari sebarang kerosakan.

4. Terbukti mampu menggalakkan pertumbuhan dan menebalkan bulu mata dalam 8 minggu.

5. Memanjangkan dan melentikkan bulu mata dari akar ke hujung.


Kini dengan SkinSoul Natural Volume Attack Mascara korang boleh dapat bulu mata yang lebat, lentik secara semulajadi...
Korang dah boleh ucap selamat tinggal pada bulu mata palsu, teknik pemanjangan bulu mata (extension) dan segala teknik yang menyakitkan....

AJ dah cuba sendiri dan setakat ni AJ berpuashati dengan SkinSoul Natural Volume Attack Mascara...
Oh ya... Ianya juga tak bergumpal walaupun korang sapu berulang-ulang kali.....
Lembut je rasa berus dan mascaranya...
So far AJ baru guna lebih kurang 2 minggu.... =D
Jom tengok antara perubahan AJ sebelum dan selepas mencuba....

Bulu mata jadi sedikit lebat...

Perbezaan bile memakai mascara dan tidak memakai mascara..

Nak cuba sendiri tak?
SkinSoul Natural Volume Attack Mascara berharga RM 195 sebatang....
Boleh didapati di mana-mana outlet SkinSoul....
Jangan lupa code #SSAYUEJEAN semasa korang nak lakukan pembelian ye.....


  P/s : Cantik, menarik, kau memang Da'Boom!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

2 comments: