Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 1 July 2015

Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  


Rahsia Wajah Flawless dah terbongkar!!!
Jawapannya Azanis Scar Serum lah..... Yeayyyy.....
Arini AJ nak kongsikan pengalaman salah seorang pengguna setia Azanis Scar Serum ni.....
Bolehlah jadi inspirasi buat semua yang nak wajah yang flawless juga.... =D
Tipulah kalau ade yang cakap mereka tak idam wajah yang flawless kannn.....?
Jom kita baca kisah Anis dari mana dan macam mana dia boleh jadi pengguna setia....


 " Nama aku Anis. Aku bekerja di sebuah syarikat pembangunan. Nak dijadikan cerita, muka aku ni memang senang naik jerawat. Kalau tak silap, dari masa aku kat bangku sekolah lagi. Masa tu form 2 kot kalau tak silap. Entah macam mana, ada seorang pakwe tu ngorat aku. Punya lah dia bagi ayat manis tulis atas kertas siap letak bedak lagi.... kertas tu pulak selit kat dalam pensil box aku.

Masa malam tu, ada lah aku berangan. Konon-konon nak kahwin dengan dia lah. Maklumlah, budak lelaki tu pun hensem juga kan. Tapi yang sedihnya, bila aku bangun tidur, tengok ada sebijik jerawat tumbuh kat tepi pipi kiri aku.

Tu dia.... hah... habis dah wajah comel aku bertukar jadi macam pikachu.

Siangnya pergi sekolah habis kawan-kawan gelakkan aku. Aik, takkan baru dapat surat dah tumbuh jerawat.

Aku pun tak tahu takkan sebab dapat surat tu je kot terus naik jerawat ?? Pelik gila kot !!

Balik sekolah, aku tanya kat mak aku. Dia kata mungkin sebab malam tu aku ada makan seafood yang mak aku masak tu kot. Maklumlah, gulai udang mak aku memang sedap gila bak hang. Aku bedal juga lah dekat 12 ekor udang tu. Habis adik-adik tak dapat nak merasa. hahaha padan muka diaorang !

Dipendekkan cerita, semenjak hari tersebut, muka aku sering naik jerawat. Bila aku keluar je, terdedah dengan hawa panas, habuk dan kotoran luar, memang muka aku akan naik jerawat. Lagi-lagi kalau kena kerja kat luar especially masa buat site visit.

So memang muka aku teruk lah. Daripada dulu masa kecil comel ya ampuuuunnnnn, sekarang dah macam mak - mak orang je aku tengok walaupun baru umur 25 tahun. Adui segan beb. Dah la sekarang aku kerja pangkat Executive Project Manager untuk satu construction building kat area Petaling Jaya ni.

So dipendekkan cerita lagi, hampir setiap seminggu sekali aku akan tukar-tukar produk untuk menghilangkan parut bekas-bekas jerawat dan juga kotoran kat wajah aku.
(Gambar saya lepas dapat Azanis Scar Serum stok baru. Korang baca lah cerita ni sampai habis... :)

Paling selalu aku guna, adalah nivea. Best pakai pencuci muka nivea ni. Memang muka rasa bersih je. Tapi satu lah masalah dia, nivea sekadar bersihkan muka. Bekas jerawat yang bertimbun kat muka aku ni tak reti-reti nak hilang.

Leceh kot tiap-tiap hari aku nak keluar rumah kena pakai mekap tebal-tebal. Dah la mahal, macam tepung gomok. Asal nak jumpa client je kena mekap, asal jumpa client je mekap. Haih !

Teringin beb nak jadi macam member aku yang sorang tu buat kerja fotostat je hari-hari kat opis, tapi muka dia ya ampun... umur 28 tahun dah, tapi flawless ya amat.

Aku ni pangkat tinggi dalam opis, tapi muka teruk. Kurang keyakinan diri. Sampai nak tanya staff bawahan aku yang tukang fotostat tu apa rahsia dia flawless pun aku segan. Nampak tak punyalah rendah aku punya keyakinan diri tu !

Isk kau ni Anis ! Apa nak jadi lah..... haih !

Dipendekkan cerita, selepas mendapat dorongan daripada pakwe aku yang bernama Zaki, hari-hari lah beliau bebel kat aku, kalau dah tau si Fatin tu lawa muka flawless, apa salahnya tanya je lah kat dia rahsia muka flawless dia tu................. takkan tu pun nak segan dengan staff sendiri kot !

Esoknya, aku pun masuk opis. Benda pertama aku buat, aku pergi bahagian fotostat dan cari si Fatin.

Mana kau ni Fatin... oh lupa pula dia pagi-pagi kena bersihkan stor belakang dulu baru masuk buat fotostat untuk staff lain.

Masa rehat tengah hari tu, aku ternampak si Fatin ada kat bilik rehat belakang. Dia ni memang mesra orangnya. Aku pun tanpa segan silu terus datang kat si Fatin, ajak dia berborak. Tanya khabar dan tanya macam mana dia kerja kat opis ni best ke tak....?

Bila bos dah datang, kawan-kawan Fatin pun semua bagi laluan dan tinggalkan kami berdua je kat dalam bilik rehat tu. Maklumlah bos kan... garang pun ada aku ni kadang-kadang. Sebab tu budak-budak tu takut. hahaha :D

So bila semua dah keluar, jadi privasi sikit untuk aku, senang nak tanya dia.

"Fatin, akak nak tanya sikit boleh tak... muka akak ni teruk lah, hari-hari buat site visit, makin naik jerawat. Jerawat lama belum sembuh, dah tumbuh yang baru. Parut dia memang dah bertimbun ni kalau akak buang mekap akak ni...."

Elok je aku cakap camtu, si Fatin terus bangun dan pergi ambil handbag dia... dia keluarkan sebuah botol kecil warna biru-biru macam tu. Aku tak perasan sangat, tapi bila dia tunjuk kat aku... baru aku nampak nama produk tu.

Azanis Scar Serum, yup... produk Azanis Scar Serum ni lah yang Fatin tunjuk kat aku masa mula-mula sekali aku tanya dia pasal parut jerawat aku nih...
(Ni lah gambar Azanis yang Fatin bagi aku cuba tu, aku tangkap kat meja opis)

Fatin hulur sebotol Azanis Scar Serum tu kat aku. Masa tu aku macam tak percaya... Fatin cakap kat aku, akak Anis try lah dulu serum ni. Cuba balik ni akak cuci muka bersih-bersih dan pakai serum ni sebelum tidur.

Akak stop je pakai produk-produk lain macam bio oil, mederma, serum-serum lain tu. Sebab bila akak campur-campur pakai, nanti muka akak jadi lagi rosak teruk sebenarnya. Akak cuci muka konsisten je. Kalau akak pakai garnier, guna satu je jangan pakai tukar-tukar. Then sebelum tidur akak amalkan sapu serum ni kat muka.

Aku masa tu rasa macam, erk biar betul ko Fatin...???

Hari-hari aku sapu nivea whitening cream masa cuci muka, lepas tu aku bubuh toner dia lagi, sebelum tidur aku bantai masker lagi, siap sapu krim yang jenama babies apa tah tu... tak juga sembuh-sembuh.

Si Fatin ni elok je suruh aku stop semua tu. Dah la mahal aku beli dia suruh stop terus ?

Erm.... tapi mengenangkan pakwe aku si Zaki tu pesan, dengar je cakap orang yang dah berjaya kan... so aku pun dengar je lah cakap si Fatin. Yang bestnya si Fatin ni bagi aku sebotol yang dia guna tu free je kat aku.

Tapi mengenangkan aku bos kan, segan la wei ambil barang staff sendiri tak bayar kat dia. So aku pun selit RM 50 kat handbag dia tanpa dia sedari. Maybe lepas balik nanti dia perasan la tu.

So aku pun baliklah rumah. Malam tu sebelum tidur, aku macam biasa akan cuci muka dan ambil wudhuk sebelum tidur. Masa nak masuk tidur, aku try sapu setitis kat muka aku.

Ikut cakap Fatin, jangan pakai banyak sangat sebab kesan dia memang best bila pakai. Sikit pun dah boleh rasa, nanti ada panas-panas sikit pastu dia meresap dalam. So aku pun sapu nipis sikit je kat muka. Aku ratakan muka dan aku tepuk-tepuk sikit bagi rasa lembab kulit tu.

Bila aku start baring dan mula nak lelapkan mata, betul lah apa yang Fatin cakap tu. Ada rasa suam-suam sikit. Tapi dia bukan suam apa... just nice je macam kena tuam dengan kain panas. So aku expect maybe serum ni bertindak macam tuam dengan kain panas kot untuk hilangkan parut-parut aku.

Apa yang paling best, esoknya masa aku bangun pagi, aku try pegang pipi aku.

Ada rasa lembut sikit kulit aku !!! Pergh.... best gila... baru pakai sekali, dah dapat rasa perubahan tu. Jerawat batu kat bawah tulang pipi aku pun dah nampak kecut sikit walaupun tak ketara sangat !!

Yeahhhh ni yang heppi gila ! Akak sayang gila kat kau Fatin... tak menyesal akak tanya kau semalam.

Haa... start daripada hari tu lah aku akan pakai serum ni hampir setiap malam. Ada la sehari dua hari tu aku miss sebab penat sangat kan balik site visit pun dah malam. Terus tidur....

So, lepas 8 hari aku pakai, jerawat pun dah kurang. Parut pun makin nipis. Tapi sayangnya, Azanis Scar Serum aku pun dah habis.

Patut lah si Fatin ni bagi free je kat aku, rupanya tinggal sikit kat dalam botol tu. Tak guna kau Fatin, aku bagi kau RM 50 kau bagi aku 20 titik je ? hahahahahaha... adui terkena aku dengan staff aku sendiri. So pengajaran untuk bos-bos kat luar, kalau staff belanja tu check dulu tau :P

So malam tu aku balik rumah, aku try search kat google. Aku taip Azanis Scar Serum.

Page pertama aku jumpa kat facebook adalah Azanis Scar Serum HQ Branch KL dan web paling atas sekali adalah AZANIS SCAR SERUM 004.


So masa search tu aku pun tekan je lah blog yang paling atas sekali tu. Bila aku tekan, dia pun keluar details lengkap macam dalam gambar kat bawah ni....


So bila aku tengok ada tulisan Official kat atas tu, pastu aku tengok ada packaging baru... aku pun start yakin yang ni adalah Azanis Scar Serum yang asli.

Sebab seingat aku masa kat opis tu Fatin ada cakap, produk Azanis ni sangat laku kat pasaran. Kalau online tu memang gila-gila sales dorang. Sebab tu bila produk laku je ada orang buat tiruan.

So kalau akak nak beli, kena cari kat yang official atau ejen sah dan rasmi sahaja.

Aku pun bila belek website tu aku tengok dah ada packaging baru... so aku pun yakin sikit. Produk ni sentiasa ada improvement dan dia nak pelanggan puas hati serta yakin yang mereka tak terbeli produk tiruan.

Biasa produk bila ada packaging baru ni belum ada tiruan lagi. So aku nak kena sambar cepat-cepat lah produk ni.... Aku pun terus mesej nombor 0173673630 tu untuk order.

Bila aku order, wah kau ! Dia punya layanan kelas A. Best.... aku tanya macam-macam dengan tenagn abang Joe tu reply mesej aku. Dia punya impression nak puaskan hati pelanggan tu aku nampak. Memang bagus service mereka.

So aku rekemenkan kat korang kalau nak beli Azanis Scar Serum yang packaging baru ni terus je roger abang Joe... mesej dia atau wasap lagi pantas: 0173673630 :)

Ha... ni pula testimoni yang aku share kat dia...

Ha... ni masa aku share pengalaman aku sapu kat jerawat batu yang baru tumbuh kat pipi aku sebab keluar pi site visit tempoh hari... So ikut nasihat abang joe, aku kena banyak minum air. Ni bulan puasa tak boleh minum siang hari, so lepas raya nanti kalau pergi site visit aku akan minum banyak-banyak.

Abang joe cakap, selain jaga luaran kita kena jaga dalaman juga. Pemakanan kena jaga. Kalau ada alahan dengan seafood tu kurang-kurangkanlah makan udang walaupun udang tu sedap sangat. hahaha... terbaik abang Joe :D

Okay, nah ni akak nak belanja gambar Azanis Scar Serum yang akak beli dari abang Joe... packaging baru kau..... kelas mak oi !

hahaha....


Patutlah macam pernah dengar produk ni. Rupanya pernah masuk TV3... adui aku ni busy sangat, tu pasal tak pernah tahu produk bagus macam ni. Lain kali kau Anis, kena lah spend masa sikit bersosial ya... kerja kerja kerja kerja, isk isk isk.... kan dah berjerawat muka tu ! "

Haaaaa.... Ade tak yang tertarik dengan kisah Anis?
Kalau nak tau sejauh mana kesahihan dan keberkesanan produk Azanis Scar Serum ni, korang bolehlah cuba sendiri....
Insyaallah kulit akan jadi lebih flawless... =D
Okaylah, AJ pun nak pegi dapatkan produk Azanis ni banyak-banyak....
Kini rahsia wajah kekal flawless tanpa bekas jerawat bukan lagi rahsia...
 



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

3 comments:

  1. Lepas ni meletup la AJ bila nk raya kan...

    ReplyDelete
  2. iklan nya dah keluar kat tv dah.makin ramai yang dah cuba..

    ReplyDelete