Blogger templates

Click to Follow...

Sunday, 26 July 2015

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Masih lagi dengan entri Iftar yang tak abis lagi....
Heheheeee....

13 Julai AJ dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf di JW Marriot Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang.....
Majlis ini diadakan dengan usaha sama Amelfawz Beaute, Mefmoda dan Serangkai Kreatif dianjurkan bersama FS Medical dengan kerjasama Cool Hijab.....
Terima kasih buat Halim dari HaiBlogger! sebab sudi jemput AJ.....


Majlis bermula seawal jam 5.30 petang....
AJ pukul 5 dah sampai dah.....
Maklumlah time tu jalan pun tak berapa jem dan dekat dengan ofis.....
Anak-anak yatim dan Asnaf yang diraikan pula sampai tak lama selepas tu....
Mereka semua datang dari 3 buah rumah kebajikan yang berlainan.....
Iaitu dari Rumah Titian Kasih, Rumah Darrul Kifayah dan Rumah Limpahan Kasih...
Alahai... Comel sangat anak-anak syurga ni.....
Sejuk mata AJ memandang..... Dalam pada sejuk, sinar mata diorang tu ade yang buat hati kecil AJ ni terusik...
Tak dapat nak gambarkan macam mana......


Majlis ni memang santai je....
Berbuka dan penyampaian sedikit cenderahati serta duit raya buat anak-anak syurga....
Seronok betul tengok anak-anak tu punya senyuman tau....
Lebih kurang 9 malam, majlis bersurai....

Macam biase jom kite tengok gambar yang sempat AJ snap semasa majlis tersebut berlangsung....


Okay last.......
Nak tanye ni, comel tak cik puan tanah??
#Ehhhh =P


P/s : 1 lagi entri Iftar yang AJ nak share dengan korang....
Lepas tu Raya! Yeayyy!!!!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

2 comments:

  1. bestnya..iftar bersama anak yatim & asnaf..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak...
      Dalam masa sama kite tengok sayu pulak.....
      Kebanyakkannya kecik2 lagi...

      Delete