Blogger templates

Click to Follow...

Sunday, 31 May 2015

Review : Sephora Waterproof Eye Makeup Remover "the makeup eraser"


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bermekap dah jadi 1 kemestian untuk AJ dan sure wanita kat luar sana pun sama kan.....?
Tapi part yang paling malas mesti bile nak cuci mekap.....
Kadang tu sampai tidur dengan muka yang masih bermekap mampan.... Big NO! Tak elok untuk kulit....
Hurmmm... Selalunya tu la yang jadi... T_T
Lebih lagi bila dah balik lewat malam dengan badan yang letih.... [Yup that's me! Si pemalas cuci mekap kalau dah letih sangat....] <(ˍ ˍ*)>

Arini AJ nak review 1 produk yang AJ biase gunakan bagi menanggalkan sisa mekap pada wajah.....
Sephora Waterproof Eye Makeup Remover "the makeup eraser"!


Ianya tak spesifik hanya untuk mekap pada bahagian mata, tapi boleh digunakan untuk seluruh wajah....
Mudah dan senang...

First, ambil beberapa helai kapas muka....
Goncang dan titik beberapa titis cecair Sephora Waterproof Eye Makeup Remover "the makeup eraser" pada kapas dan oleskan secara lembut pada wajah....


Selalunya AJ akan mulakan dari bahagian mata sebab normally situlah paling banyak kita guna mekap... Eyeshadow, eyeliner, mascara etc...
Kemudian barulah AJ bersihkan bahagian bibir, kulit wajah dan leher.....


Make sure korang guna kedua-dua side kapas muka okay... Setiap side tu, lap wajah kite sekali dua je dan tukar kapas bile dah terlalu banyak kesan mekap....


Hasilnya....
Tada!!!! Kulit bebas dari segala sisa mekap...
Kemudian korang boleh berehat tanpa perlu risau apa-apa especially JERAWAT!!!... *^▁^*


Seeloknya lepas pakai "makeup remover", cucilah muka tu ye.... Barulah kulit kite betul-betul bebas dari sisa mekap...
Nak tau pencuci muka apa yang AJ pakai sekarang???
Stay tuned.... Nanti AJ akan review.....

Okaylah... Till we meet again....
Thanks for reading...

P/s : Beauty without pain! (*^﹏^*)

Wednesday, 27 May 2015

Pelancaran dan Preview Deanoor di Metrojaya Mid Valley


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Datin Noor Fatimah Ishak @ Datin Deanoor

 DEANOOR | Satu jenama yang tidak asing di peringkat Antarabangsa.
 Bermula pada tahun 1986 sebagai sebuah entiti perniagaan milik tunggal yang pakar dalam reka bentuk, pembuatan, pengeluaran pelbagai jenis fabrik eksklusif buatan tangan bagi golongan eksklusif dan elit.

Syarikat itu akhirnya menceburi pengeluaran eksklusif "Batik Kontemporari" di bawah nama jenama DEANOOR TM singkatan daripada nama pemiliknya Datin Noor Fatimah Ishak aka Datin Deanoor yang didaftarkan untuk pasaran tempatan dan antarabangsamyang memiliki pelanggan bukan sahaja terdiri daripada individu, malahan kepada agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan juga VIP dan VVIP.


Pada tahun 2009 "DEANOOR TM" mengambil bahagian dalam pelbagai pameran di luar negara mempromosikan batik eksklusif kontemporari di bawah  MATRADE sehingga tahun 2011 dan telah mendapat maklum balas yang sangat menggalakkan terhadap "MASTERPIECES HANDPAINTED CONTEM BATIK MADE IN MALAYSIA"

Sebagai mengiktiraf sumbangan besar beliau dan semangat Datin Deanoor ke arah pembangunan fesyen, DEANOOR telah dianugerahkan "The Great Woman of our Times Award 2009" di bawah reka bentuk dan kategori gaya oleh "Malaysian Woman's Weekly Magazine"

"DEANOOR TM" telah menempa kejayaan dalam Minggu Fesyen Milan 2008 mempamerkan rekaan eksklusif kepada nama-nama besar seperti Luciano Soprani, Georgio Armani, Moschino dan Marella Burani...
DEANOOR juga mengambil bahagian dalam pameran fesyen sempena Minggu Fesyen Antarabangsa seperti;

1. Minggu Fesyen Mercedes Benz Berlin 2010
2. Fashion Expo Abu Dhabi 2009/2010
3. Malaysia Pameran Dubai UAE 2009/2010
4. Dubai Fesyen Fiesta 2008/2009
5. Bangkok Fesyen Islam 2010
Peristiwa 6. Jakarta Malaysia Amal 2011/2012
7. Indonesia Batik Summit 2012
8. Perdagangan Malaysia 2014
9. Malaysia Fashion Weekend 2014

Pada tahun 2012 pula telah membuka Pusat Latihan Membatik "Deanoor Milano" di Pusat Kraftangan Sabah di Keningau dengan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah.

Dan paling terbaru, DEANOOR akhirnya telah membuka butik yang pertama di tanah air iaitu di Gedung Mewah Metrojaya Sdn Bhd, Mid Valley bagi membolehkan DEANOOR menyalurkan produk eksklusif berkonsepkan batik. DEANOOR percaya kerjasama berprestij ini akan menjadi titik permulaan kepada jenama DEANOOR dalam memajukan industri dan rekaan batik di dalam dan luar negara...
DEANOOR juga bakal melebarkan sayapnya di tanah air dengan membuka sebuah lagi jenamanya di Johor Bharu.



Bergambar dan bersemuka dengan Datin Deanoor yag sangat friendly dan merendah diri =D

DEANOOR bukan sahaja menawarkan koleksi pakaian untuk wanita, malahan label DEANOOR juga mempunyai koleksi pakaian lelaki, aksesori dan juga selendang batik yang menarik perhatian dan semestinya eksklusif!



AJ berpeluang menjadi antara beberapa orang terawal yang mengunjungi DEANOOR di Gedung Mewah Metrojaya sangat bangga dan teruja melihat kehalusan dan hasil rekaan batik DEANOOR.

Syabas dan tahniah buat Datin Deanoor atas usahanya dalam memartabatkan batik ke persada tempatan dan antarabangsa!


Datin Deanoor dan Datin Djalina
Untuk lebih info mengenai label DEANOOR :

DEANOOR Milano Sdn Bhd
Datin Deanoor
Conceptual Exclusive Fashion Director
+603 41019856 
timiishak@deanoor.com.my
sabahbatik1957@gmail.com
bydeanoor@gmail.com
Website : deanoor.com.my
 Instagram : BatekPatek

Berikut antara koleksi DEANOOR yang diperagakan oleh artis dibawah naungan GSR Production  (Liza Semian, Lia Asmizza, Elya Miera, Ikram Rashid)


Terima kasih Datin Deanoor dan Datin Djalina atas kesudian menjemput kami hadir ke Deanoor Soft Launch and Preview, Metrojaya Mid Valley...
AJ doakan semoga usaha kalian akan semakin berkembang dari masa ke semasa... =D

 
P/s : Cantik!

Wednesday, 20 May 2015

Monster's Crazy Crunchy [MCC] Rainbow Rice.. Nyum Nyummm!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa penggemar coklat???? Cer angkat tangan sikit....
AJ pun salah seorang penggemar coklat tegar okay...
Kalau nampak coklat ber"blink-blink" biji mate wehhh.....

 Korang penah dengar tak " Monster's Crazy Crunchy [MCC] versi Rainbow Rice "???
Produk ini merupakan keluaran Monster Food Sdn Bhd (1133826-W) hasil usaha anak tempatan dan dijamin halal.... =D


Seriously first time rase coklat dalam jar ni AJ terus jatuh cinta.....
Mana taknya MCC ni memang sedap sangat!
AJ puas hati dengan produk ni... Dengan rasa coklat yang cukup padat ditambah dengan rainbow rice yang rangup memang 1 kombinasi yang menarik......
Ianya juga mudah diadun sebati.....
Kalau coklat korang tu keras/beku, jangan risau....
Korang cuma perlu RENDAM saja bahagian penutup dengan air panas selama hanya 1 MINIT sahaja, GAUL sebati dan siap untuk diMAKAN!
Mudah kan??? Ingat 3 step ni je....
RENDAM, GAUL dan MAKAN!
The 3 steps :

RENDAM
GAUL dan MAKAN

HABIS?? Confirm habis punya...
Kihkihkih....

MCC ni boleh dimakan di mana-mana sahaja.. Baik kat rumah, dalam kereta atau sambil tengok wayang pun boleh!

Lagi 1 yang paling AJ suka, bila kita simpan coklat ni dalam peti sejuk 2-3 hari pun rainbow rice tu still rangup walaupun dah digaul.... Sikit pun tak lemau...

Macam mana nak dapatkan produk Monster's Crazy Crunchy [MCC] versi Rainbow Rice ni??


Whatsapp Hotline MCC :  +013 889 0044
Kalau nak tau sedap tak sedap korang boleh juga layari :
Instagram : @crazycrunchyofficial
 Website : www.crazycrunchy.com
Oh ya lupa pulak cheq nak habaq.... Rege sebalang MCC ni RM7 je okay!
Berpatutan weh! Bolehlah borong untuk keluarga, kengkawan dan jiran-jiran tetangga jugak!

Oh MCC... I'm in love!
P/s : Nak order lagi bagi kat kengkawan rapat sorang sebalang... =D


Travelog AJ | Short Escape | Bukit Tinggi dan Genting Highlands, Pahang


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bulan ni memang aktiviti mingguan AJ berjalan je kot....
Kalau minggu lepas AJ ke Bukit Fraser, Pahang, minggu ni pulak AJ masih menjelajah Negeri Pahang......
Banyak jugak tempat menarik kat Pahang ni rupanya...
Mulanya tak plan pun nak pegi jalan-jalan tu...
Tetibe kakak AJ tu tanye " Nak pegi mane ek arini? "
Makanya terlintas kat kepala AJ " Bukit Tinggi! "
Abah ngan Mak AJ pun ON jugak... Kami angkut sekali anak buah AJ yang 2 orang tu....

" Family AJ ni simple je... As long as ade duit dan masa, Insyaallah ke mane je kami sampai.....
Cukup makan, pakai dan sikit belanja untuk travel tu dah kire ok.... Tambah sikit-sikit untuk emergency.... =D "



Dalam pukul 1 petang bertolak dari KL melalui Highway Karak... Lebih kurang 45 minit korang ikut susur keluar Berjaya Hill Resort... Sampai atas tu AJ terus pegi Animal Park... Kat situ kene bayar RM 4 seorang....
Kat sini korang boleh bersuka ria dengan arnab, rusa yang dilepaskan macam tu je dan keldai.... Elok sampai sana, hujan turun selebat-lebatnya... Nasiblah taman tu ade tempat untuk berteduh...


Sekitar Animal Park, Bukit Tinggi..

Dalam pukul 5.30 petang baru hujan teduh...
Mulanya nak naik sampai Colmar Tropicale, tapi rugi pulak sebab kene bayar RM 13/dewasa dan RM8/kanak-kanak termasuk Taman Botanikal dan Taman Jepun... Lepas tu pukul 6 petang, 2 taman tu dah tutup.... Mana nak sempat jalan kat taman tu 30 minit je...
So kitorang decide untuk ke Genting Highlands pulak.... Dan repeat balik Bukit Tinggi next time... =D

From Genting Highlands with love! ♥

Perjalanan dari Bukit Tinggi ke Genting Highlands tu tak jauh pun.. Dalam 20-30 minit macam tu, yelah naik bukit kan.....
Sekarang ni Genting Highlands takde outdoor theme park dah... Yang ade indoor je....
Sebab Resort World tengah buat projek baru 20th Century Fox yang dijangka siap 2016..
Disebabkan bawak anak buah AJ,  kitorang redahkan jugak main indoor theme park tu.... =D
Harganya RM29.90/kanak-kanak*, RM31.90/dewasa* dan korang boleh masuk ke galeri Ripley's Believe It or Not sekali...

[*]Tak berapa pasti sen dia tu betul ke tak... =D (My bad)
Lupa pulak nak snap...

Sekitar galeri Ripley's Believe It or Not!

Masa AJ pegi last weekend galeri Ripley's tu tutup sampai pukul 11 malam dan indoor theme park sampai pukul 1 pagi...

Kat situ habis semua permainan kitorang naik... Mak ngan Abah AJ pun kami angkut naik same... Hehehehhe....
Anak buah AJ sampai taknak baliklah....
Berkali-kali naik turun permainan tu.... Hehehehe......
Lebih kurang pukul 1 lebih pagi barulah turun dari Genting..... Energy level yang tinggal mase tu 0.09% je.... Penangan taknak balik anak buah AJ yang kedua tu...
Tapi enjoy gile!

Macam biase, jom layan gambar!

Si Comel di Animal Park...
Tengok anak rusa tu, makin lama makin dekat dengan lensa kamera....
Kaki #selfie jugak rupanya.. Hehehhehe.. =P

Galeri Ripley's Believe It or Not!

Indoor Theme Park, Genting highlands...
Atok, Nenek, Maksu ngan Mak Lang pun sama naik! Hahahha.. =P



" Family is not an important thing, it's EVERYTHING! "


P/s : Hujung minggu ni ntah mane la diorang nak pegi gamaknya....
😀